“TIDAK MUNGKIN SST MEMBEBANKAN RAKYAT LEBIH DARIPADA GST KERANA JUMLAH KUTIPAN GST BERNILAI RM44 BILLION YANG MANA IANYA LEBIH BANYAK DARIPADA ANGGARAN KUTIPAN SST IAITU RM21 BILLION.”

“OLEH ITU JIKA DIBANDINGKAN DENGAN GST, KERAJAAN TELAH MENGEMBALIKAN RM23 BILLION KEPADA RAKYAT”

BENARKAH KENYATAAN INI?

Ada beberapa perkara yang harus diperhalusi dan diambil kira bagi memahami mengapa kutipan GST lebih tinggi berbanding SST dan adakah benar bahawa RM23 bilion akan dikembalikan kepada rakyat.

1. Bilangan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai

GST mengenakan cukai ke atas semua barang dan perkhidmatan melainkan mana-mana item yang dikecualikan. SST pula secara amnya semua barang dan perkhidmatan tidak dikenakan cukai melainkan beberapa item yang dinyatakan.

Sebagai rekod, SST sebelum ini telah cukai ke atas 359 barangan dan 73 perkhidmatan, mewakili 46% daripada keseluruhan barangan dan perkhidmatan pengguna.

Manakala GST pula mengenakan cukai ke atas 670 barangan dan perkhidmatan, mewakili 71% daripada keseluruhan barangan dan servis pengguna.

Maka dari segi bilangan barang sahaja, kutipan GST memang sepatutnya lebih tinggi dari SST dan untuk mengatakan bahawa kutipan GST lebih tinggi kerana cukai berlapis ini adalah tidak tepat.

2. Lari Cukai

Antara punca kutipan SST lebih rendah berbanding GST adalah daripada aktiviti mengelak cukai. Purata nilai aktiviti mengelak cukai bagi IKS sahaja sebelum 2014 tidak pernah kurang daripada RM600 juta setahun (Berdasarkan apa yang dikesan kerajaan sahaja).

Tengok sahaja harga yang naik selepas GST diperkenalkan adalah satu tanda aktiviti mengelak cukai ini berlaku. Hal ini kerana peniaga cuba untuk ‘cover’ margin keuntungan dengan memindahkan kos bayaran cukai kepada pengguna.

Malah bukti yang paling jelas sekali adalah apabila kerajaan lama dahulu menganggarkan RM30+ Billion kutipan GST setahun, namun mereka berjaya memungut cukai GST sehingga mencecah RM44 Billion. Perkara ini membuktikan sistem SST itu mempunyai loophole yanng besar berbanding GST.

3. Black Money aka Illicit Money

Duit-duit haram dan ‘black economy’ seperti perkhidmatan ahlong, mafia, gangsters dan pelacuran sudah pasti tidak pernah membayar cukai bagi ‘perniagaan’ mereka. Sebelum ini secara tidak lansung mereka perlulah juga membayar GST pembelian barang tetapi dengan SST mereka boleh ‘lari’ daripada membayar cukai.

Ini belum lagi mengambil kira duit-duit yang di’cuci’ menggunakan yayasan dan persatuan.

Satu lagi, illicit money, duit-duit haram ini juga tidak lagi boleh dicukai apabila tiada lagi sistem GST.

Tahukah anda berapa besarnya illicit outflow dari Malaysia yang telah keluar negara sejak 2005 hingga 2014?

Menurut Dr Jomo dalam kajian beliau di Global Financial Integrity (GFI) yang mana telah meletakkan Malaysia sebagai negara nombor 5 di dunia bagi illicit capital flight, kiranya kedudukan Malaysia ini baik sedikit sahaja berbanding China, Russia, Mexico and India.

between 8 and 13 per cent of the US$3.6 trillion total trade from 2005 to 2014, which translated to between about US$287 billion and US$466 billion.

In 2014, the last year which comprehensive data was available, illicit financial outflows from Malaysia were estimated at between 6 and 10 per cent of total trade of about US$443.2 billion, or between about US$26.6 billion and US$44.3 billion” – Dr Jomo

Bayangkan betapa banyaknya cukai yang kerajaan boleh kutip daripada duit-duit tersebut sekiranya ianya dibelanjakan di dalam Malaysia kita sebelum mereka buat capital flight?

4. Tiada lagi sistem cukai berkesan untuk pekerja asing, PATI dan pelancong

Dengan ketiadaan sistem GST makanya tiadalah juga cukai terus bagi golongan-golongan diatas. Berapa kerat sahaja pekerja asing dan PATI yang membayar cukai pendapatan?

Penghapusan GST ini merupakan satu khabar gembira bagi pekerja asing dan PATI, dapat gaji bersih begitu sahaja. Dalam masa yang sama mereka juga turut menikmati infrastruktur dan kemudahan awam di Malaysia.

Kesimpulannya, berdasarkan hujah-hujah diatas, untuk menyatakan bahawa jumlah kutipan cukai SST itu sedikit maka ianya tidak membebankan rakyat seperti mana GST dan RM23 Billion telah dikembalikan kepada rakyat adalah satu statement yang ‘overshoot‘.

RUJUKAN:

1) New Straits Times: 30/4/2018 – After three years, GST has saved billions lost in SSTKit Penerangan GST

2) Research Gate: Cash economy: Tax evasion amongst SMEs in Malaysia

3) Malay Mail: 2/5/2017 – Up to US$431b in illicit outflows from Malaysia over past decade


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.