“Lu punya nasib lu makan. Dia punya nasib dia makan. Apa salah ke makan sama-sama”. – Seniman Bujang Lapok

Itulah bait-bait dialog salah satu babak di dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1961. Tetapi tahu kah anda siapakah gerangan pelakon tambahan berbangsa Singh yang melafaskan dialog itu? Individu yang berbangsa Singh yang kita semua boleh lihat di dalam filem itu bernama Pritam Singh.

Beliau bukannya seorang pelakon, tetapi beliau bekerja sebagai pengawal dengan syarikat Shaw Brothers untuk mengawal laluan ke pintu masuk di studio Jalan Ampas. P.Ramlee telah memberi peluang kepada beliau melakonkan beberapa babak di dalam filem itu.

Ternyata lakonan dan dialog beliau masih diingati oleh para penonton generasi kini apabila menonton filem ini. Seniman Bujang Lapok adalah satu-satunya filem yang dilakonkan oleh Pritam Singh. Beliau masih setia bertugas sebagai pengawal di studio itu sehingga tahun 1980-an, walaupun studio Jalan Ampas sudah menutup operasinya pada tahun 1967.

Kalau Pritam Singh hanya berlakon di dalam filem Seniman Bujang Lapok sahaja, jadi siapa pelakon berbangsa Singh yang berlakon di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga dan beberapa lagi filem-filem arahan P.Ramlee.

Sebenarnya di zaman kegemilangan filem Melayu era studio Jalan Ampas, ada tiga orang pelakon tambahan yang berbangsa Singh dikatakan kerap muncul sebagai watak sampingan, lebih-lebih lagi di dalam filem arahan P.Ramlee.

Pelakon berbangsa Singh itu ialah Sarawan Singh dan Sarban Singh. Disini saya lampirkan imej bergambar ketiga-tiga pelakon tambahan berbangsa Singh ini serta senarai filem yang mereka lakonkan. Semoga info ini dapat memberi satu maklumat baru kepada pada pembaca yang setia di The Patriots.

3 Singh Legenda

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.