3 Perkara Kita Wajib Tahu Mengenai Asal Usul Melayu

3,941

Antara bangsa di bawah, yang mana paling dekat dengan bangsa Melayu?

a) Siam

b) Jawa

Jawapan: Jawa

Kalau bangsa Parsi?

a) Arab

b) Jerman

Jawapan: Jerman

Eh, betul ke?

Benda ni bermula waktu aku lepak dengan pensyarah genetik aku, Dr Naim di UIAM Kuantan pasal evolusi, untuk video ML Studios. Selepas lama menyembang, tiba tiba Dr Naim bercerita pasal budaya.

Sebagaimana evolusi yang sebut organism ni berpunca dari satu organisma, maka budaya pun macam tu. Dari satu kelompok induk masyarakat, kemudian ada yang berhijrah ke luar dan membentuk budaya baru. Walau bagaimanapun, budaya baru ni masih terkandung budaya lama.

Masyarakat induk ni ialah rumpun asal, dan masyarakat hijrah ni sub-rumpun/bangsa. Bila Dr aku cerita macam tu, tetiba aku teringat pasal mitologi Yunani, Hindu dan Norse. Aku baru perasan mitologi rumpun Indo-Aryan-Eropah ni sama.

  • MITOLOGI HERO DAN ULAR

Dalam mitologi Yunani ada kisah pasal Hercules vs Hydra. Kemudian, kita ada Zeus vs Typhon. Ini dua hero yang lawan ular dalam milotogi Yunani. Next, kita move on to Norse. OK, kalau korang pernah main God of War 4, kan ada babak Kratos jumpa ular besar Jormungandr tu kan?

Haa, kalau versi original, Thor ni hero yang lawan Jormungadr. Hindu ada apa? Ada dewa Indra vs Vritra. Parsi? Yang ni kena tengok agama Majusi. Ya, mereka pun ada. Ahura Mazda vs Zahhak. Dia yang lagi menarik pasal persamaan ni ialah, semua hero tu ialaha ‘sky god/thunder god’, kecuali Hercules. Itu pun, Hercules ni anak Zeus.

  • DWI-PENCIPTA DAN ALAM

Dalam mitologi Majusi, alam ni dicipta dalam bentuk telur oleh Ahura Mazda untuk mengekang kejahatan Angra Mainyu. Kemudian, dia cipta Gayomard, manusia pertama dan seekor lembu. Namun, dua hidupan ni mati dibunuh Angra Mainyu tapi sisa mereka menjadi hidupan dan alam sekarang. Dalam mitologi Norse, ada cerita pasal hidupan pertama bernama Ymir yang melahirkan manusia. Kemudian, dewa2 Norse macam Odin guna sisa badan Ymir untuk membentuk bumi.

Dalam mitologi Hindu, ada cerita cerita pasal alam ni dicipta selepas Purusha, hidupan pertama dikorbankan oleh dewa untuk mencipta alam. Mengikut kajian pakar antropologi David W. Anthony, kalau kita susun balik mitos kosmogeni rumpun ni, selalunya melibatkan dua hidupan bernama YEMO dan MANU dan seekor lembu.

Kemudiannya, Manu akan korbankan Yemo atay lembu dan alam dicipta. Kalau perasan la, Gayomard tu ada root letter YeMo, Angra Mainyu ada MaiNyU dan ada cerita pasal lembu. Kalau pasal Norse, YMir yang kena korban. Mitologi Hindu tiada kata akar ni, tapi cerita dia lebih kurang macam Ymir.

  • BAHASA

Sudah tentulah, mana lengkap kajian antropologi kalau tiada kajian bahasa kan? Jadi anda perhatikan dewa dalam rumpun mereka ni sebab bunyi lebih kurang sama. Kata akar dia DEUS PHATER (Sky Father). Greek panggil zEUS. Latin ada JuPiTER. Hindu ada Deva. Majusi ada DAEva.

Antara kitab suci Hindu ni ialah Rig Veda. Majusi ada Avesta. Hindu ada Bhagavad Gita, Majusi ada Ghata. Kitab Gita dan Ghata ni ialah kitab zikir/puja mereka.

Perkataan tikus dalam bahasa rumpun ni semua root word dia MUS. MoUSe dalam English, MUS dalam Parsi, Perancis etc.

Oh ya, semua rumpun ni kaki perang. Tengok sahajalah tamadun awal dunia.

Sekarang, kita lompat pada rumpun Melayu. Kita ialah rumpun Austronesia. Austronesia ni rumpun apa?

Kalau rumpun Indo-Aryan-Eropah ni rumpun berperang, maka rumpun Austronesia ni pula rumpun pelayar purba. Kalau rumpun tadi asal dari sekitar Parsi, rumpun kita ni pula berasal dari selatan China/Taiwan dari kajian arkeologi. Namun, kajian DNA cerita kita berasal dari Asia tenggara. Setakat ni pengkaji masih debat pasal hal ni.

Teori Taiwan mengatakan kita berlayar dari Taiwan ke Benua Sunda (waktu Indonesia, Malaysia dan Borneo merupakan tanah besar) dan kemudiannya berlayar ke seantero dunia. Kalau ikut teori Asia Tenggara, kita ni based dekat Benua Sunda dan kemudiannya berlayar ke Taiwan dan seluruh dunia. Walaupun pakar masih berdebat, tapi fakta pelayaran tu masih ada. Dari dapatan ni, kita dapat bahagikan rumpun Austronesia kepada sub rumpun Melayu-Polynesia dan Formosan (Taiwan).

Malangnya, tak banyak kajian yang ada full pasal rumpun ni, jadi aku merujuk pada hipotesis aku perbincangan dengan geng sejarah dan lawatan ilmiah aku ke kawasan orang asli. Jadi, isi selepas ini jangan diangkat berat sebagai ilmiah kerana hanya hipotesis aku sahaja.

  • UBI DAN KELAPA

Disebabkan rumpun Austronesia kuat berlayar, maka mereka akan bawa makanan yang tahan lama. Disebabkan benda ni, anda pergi la mana-mana negara yang ada rumpun ni, mesti ada ubi taro dan kelapa. Ubi tu aku tak kisah sangat, tapi kelapa ni signifikan.

Habitat asal buah kelapa ialah Asia tenggara, tapi buah ni dah tersebar jauh sampai Madagaskar, New Zealand dan Hawaii. Apa persamaan antara negara ni? Penduduk asal mereka semua ialah orang Melayu-Polynesia.

  • MITOS SKY FATHER DAN EARTH MOTHER

Dalam mitologi Austronesia, selalunya mitos dua ‘divine beings’ ni disimbolkan dalam warna putih dan merah. Kesucian langit dan kekotoran tanah. Nak tau apa yang menarik tak? Motif ni ada dalam semua rumpun Austronesia. Kalau kawasan Asia Tenggara motif ni dipanggil sang saka. Sang Saka Merah (Indonesia) dan Sang Saka Malaya (Tanah Melayu). Tapi yang menarik pasal motif ni ialah ia membawa kepada perumpamaan lelaki dan perempuan ni sama taraf dan bahasa rumpun ni tiada ‘male/female pronoun.

Sebab tu kalau kita tengok budaya orang kita sampai la orang Maori sana tu, semua ada pemimpin lelaki dan wanita yang hebat. Berbanding dengan Indo-Aryan-Eropah dan Afro-Asiatik, fokusnya adalah lelaki. Mungkin sebab itu kita tak mempunyai stigma yang tinggi terhadap pemimpin wanita.

  • BAHASA

Disebabkan aku sudah tulis tentang hal ini, maka aku lekapkan suntingan gambar artikel aku tentang hal ini. Juga, disebabkan kita ni rumpun pelayar, root word PRH selalunya merujuk kepada kapal. PeRaHu untuk rantau Melayu-Jawa, PaRaHu untuk orang Polynesia.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.