3 Kali Kapal Yang Dinaikinya Tenggelam, Dia Tak Tenggelam

543

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kem4t1an merupakan satu perkara yang pasti buat tiap-tiap yang bernyawa. Kem4t1an itu akan tiba tidak awal mahupun lewat sesaat. Kata orang, jika belum sampai aj4l, jatuh bangvnan pun boleh terselamat.

Hal ini terjadi kepada seorang anak kapal bernama Violet Jossep. Violet Jossep merupakan seorang anak kapal yang bertugas di kapal Titanic. Jika seseorang itu terselamat dari Titanic sudah cukup menarik, bagaimana pula seseorang itu terselamat dari kem4l4ngan yang melibatkan “adik-beradik” Titanic yang lain?

Sejak dilahirkan, Violet Jossep boleh dikatakan agak bertuah. Di dalam adik-beradiknya, boleh dikatakan hampir separuh men1nggal ketika usia muda dan Violet merupakan adik-beradik pertama di dalam lingkungan keluarga mereka yang terselamat. Ketika usia kanak-kanaknya, Violet juga disahkan menghidap batuk kering dan doktor mengatakan hayatnya tidak lama. Namun, beliau berjaya sembuh dari peny4k1t tersebut.

Violet memulakan pekerjaan sebagai anak kapal ketika syarikat White Star Line berada di dalam keadaan genting. Pada ketika itu, aset syarikat tersebut berkurangan kerana mereka menggunakan segala kewangan mereka untuk pembinaan kapal kelas Olympic, iaitu RMS Olympic, Titanic dan Britannic.

Titanic (kiri) dan Olympic (kanan) yang sedang dibina.

Violet Jossep agak bertuah kerana berjaya mendapat kerja sebagai pelayan kapal di RMS Olympic. Kerjaya Violet Jossep di atas Olympic mendapat perhatian kerana bukan sebarangan orang boleh bekerja di kapal tersebut. Namun, pada satu hari, ketika RMS memulakan pelayaran dari Southampton, Olympic dil4nng4r oleh HMS Hawke.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun cukup memberikan pengalaman buruk kepada anak kapal dan penumpang Olympic. Ini kerana, bahagian kiri Olympic mengalami kerosakan yang agak teruk. Violet juga turut mengalami gegaran semasa insiden itu terjadi.

Gambar Olympic dan Hawke yang berl4ngg4ran antara satu sama lain.

Namun, Violet tetap meneruskan perkhidmatannya di laut dan kali ini beliau berpindah ke RMS Titanic.  Rakan-rakan sekerjanya menyarankan agar beliau berpindah ke Titanic walaupun Violet agak gembira di Olympic kerana menurut mereka, Titanic akan memberikan pengalaman baharu kepada Violet.

Ternyata benar dakwaan rakan-rakan Violet, VIolet terlibat di dalam tragedi paling tragik di dalams sejarah maritim.  Ketika Titanic berlangg4r aisberg, Violet sedang berehat di kabinnya. Violet kemudian bersiap-siap untuk membantu penumpang. Di kelas pertama, Violet diminta oleh Thomas Andrews untuk memberi contoh yang baik terutama kepada penumpang yang tidak berbahasa Inggeris.

Violet kemudian menaiki bot keselamatan #16 dan berjaya diselamatkan oleh RMS Carpathia. Sekali lagi, Violet terselamat dari kem4l4ngan kapal. Walaupun peristiwa Titanic menjadi pengalaman buruk buat Violet, Violet masih meneruskan perkhidmatannya di laut.

Selepas penenggelaman Titanic, Violet semula ke Olympic sehingga Pe-Rang Dunia Pertama tercetus dan sejurus selepas itu, beliau berkhidmat di kapal HMHS Britannic, adik kepada RMS Olympic dan Titanic.  Kali ini, Violet berkhidmat sebagai jururawat di atas kapal hospital Britannic itu.

Pada pagi 21 November 1916, Britannic telah dit0rp3d0 oleh sebuah kapal selam Jerman. Kali ini, nyawa Violet betul-betul di hujung tanduk. Bot keselamatan yang dinaiki Violet mvsnah kerana dih3nt4m oleh kipas kapal. Violet sempat terjun dari bot tersebut. Tidak seperti kem4l4ngan yang lain, kejadian kali ini memberikan Violet trauma dan berehat selama beberapa tahun.

Walaupun Violet terlibat di dalam kem4l4ngan-kem4langan tragik, Violet kembali semula ke laut dan sempat berkhidmat kembali ke laut bersama Red Star Line.  Kali ini, Violet berpeluang untuk mengelilingi dunia sebanyak dua kali semasa berkhidmat di atas kapal Bergernland. Violet berkhidmat sebagai anak kapal sehinggalah tahun 50an.

SS Belgenland

Nampaknya, ajal Violet bukanlah di atas laut, sebaliknya beliau kembali ke negeri cacing di rumahnya di atas katil pada usia 83 tahun. Violet cukup bertuah kerana terselamat dari tiga-tiga kem4l4ngan tragik yang dialami oleh adik-beradik Titanic ataupun sebenarnya kapal-kapal ini m4l4ng kerana terdapat Violet Jossep bekerja di atas kapal mereka?

RUJUKAN:

Kershner, K. (2017, November 21). Meet Violet Jessop, Survivor of Three Shipwrecks. Retrieved January 05, 2021, from https://history.howstuffworks.com/historical-figures/unsinkable-violet-jessop.htm

Archives, T. (2012, March 01). Africa through a lens: The National Archives. Retrieved January 05, 2021, from https://www.nationalarchives.gov.uk/titanic/stories/violet-constance-jessop.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.