Coronavirus adalah salah satu keluarga virus bernama Coronaviridae yang mampu menjangkiti sistem pernafasan haiwan mamalia dan manusia, terutamanya hidung, sinus (bahagian dalam hidung), dan tekak.

Virus ini ditemui sekitar 1960-an tapi ketika itu ramai tidak tahu asal-usul virus tersebut. Nama ‘Corona’ diambil sempena nama ‘Crown’ bermaksud mahkota kerana rupa virus itu berbentuk seolah-olah mahkota yang mengelilingi tubuh sfera-nya.

Jangkitan Coronavirus boleh merebak melalui hubungan seperti sentuhan antara haiwan-manusia dan sesama manusia, terutamanya sebaran batuk dan bersin. Gejala-gejala pesakit virus ini adalah batuk, hidung berair, sakit tekak, kadang-kala deman dan kesukaran bernafas.

Namun bagi memastikan pesakit betul-betul menghidap Coronavirus, kajian makmal diperlukan. Jika pesakit mempunyai sistem imunisasi yang lemah, akan berlaku pneunomia, kegagalan gingal, dan seterusnya kematian.

Ada 3 jenis Coronavirus yang pernah melanda dunia:

1. SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)

SARS dikenalpasti di China pada tahun 2003. Civet Cat adalah penyebar virus SARS kepada penduduk China. Sebanyak 8437 buah kes dilaporkan di 30 buah negara dan mempunyai kematian seramai 774 orang pesakit. Sesetengah kes dilaporkan pesakit meninggal dunia akibat pneumonia.

2. MERS (Middle East Respiratory Syndrome)

MERS dikenalpasti di Arab Saudi pada tahun 2012. Penyebab kepada sebaran virus ini adalah hasil hubungan dengan unta. Sebanyak 2429 buah kes dilaporkan dari 27 buah negara Timur Tengah. Tahun 2015, terdapat kes MERS di Korea Selatan, menjadikan inilah kes MERS pertama di luar kawasan panas jangkitan virus ini.

3. Wuhan Coronavirus/2019-nCoV

Virus ini dikenalpasti di China pada tahun ini, 2020. Ini adalah virus terbaru dari keluarga Coronaviridae dikesan pada 7 Januari setelah mengkaji sebaran penyakit sesama manusia. Sehingga hari ini seramai lebih 40 kem4tian sehingga 13 buah kota yang mempunyai 36 juta orang penduduk dikuarantin.

Para saintis menjejak bahawa sumber penyebaran virus baru ini berasal dari kota Wuhan pada Disember 2019, lebih tepat di pasar ikan yang turut menjual haiwan-haiwan eksotik secara haram. Menurut WHO (World Health Organisation), haiwan eksotik ini adalah sumber utama sebaran virus ini.

Banyak media massa tularkan berita penduduk Wuhan menjamah sup kelawar dan menyalahkan bahawa sup kelawar-lah penyebab jangkitan virus baru ini merebak. Namun, menurut Wei Ji, ahli mikrobiologi bersama kumpulan penyelidikan dari Peking University Health Science Center School of Basic Medical Sciences di Beijing, dua spesis ular iaitu Many-banded Krait dan Chinese Cobra adalah penyebab jangkitan Wuhan Coronavirus.

Dalam kajian mereka, elemen yang hadir dari virus ini mempunyai persamaan dengan elemen yang hadir dalam tubuh kedua-dua spesis ular ini. Tambahan, spesis ular ini ada dijual dalam pasar Wuhan. Jadi, mereka berpendapat bahawa ular-lah pembawa virus 2019-nCoV.

Walau bagaimanapun, sesetengah pengkaji terutamanya ahli virologi (mengkaji virus) membantah kenyataan Wei Ji. Paulo Eduardo Brandão, ahli virologi dari University of São Paulo menyatakan bahawa mustahil mana-mana spesis ular dijangkiti oleh Coronavirus selain haiwan mamalia dan burung. Kenyataan beliau ini juga disokong oleh Cu Jie, juga ahli virologi dari Pasteur Institute of Shanghai, menyatakan Coronavirus dan SARS berada dalam kumpulan virus yang sama dan hanya haiwan mamalia saja mampu virus ini menjangkit.

Untuk memahami lebih mudah apa yang kedua-dua ahli virologi nyatakan, Saya akan jelaskan perjalanannya:

a. Coronavirus sebenarnya berasal dari kelawar dan haiwan inilah salah satunya haiwan yang melahirkan beratus-ratus virus seperti rabies, Ebola, virus Nipah, dan sebagainya. Biasanya virus-virus ini lahir dan mengembang dari hubungan langsung antara kelawar.

b. Namun ratusan virus ini tidak mampu menjangkiti kelawar kerana kelebihan yang kelawar miliki yang tiada pada haiwan mamalia lain, iaitu sayap. Coronavirus harus mengembangkan generasinya dengan suhu 37 darjah Celsius, namun kelawar yang biasa terbang mencari makanan membantutkan penyebaran virus ini kerana penerbangan kelawar ini telah memanaskan tubuhnya sehingga 40 darjah Celsius. Dengan suhu badan ini banyak virus tidak bertahan lama kemudian m4ti. Manakala virus yang masih bertahan berada dalam keadaan hibernasi.

c. Habitat kelawar kemudian diceroboh oleh manusia dan hidupan liar lain. Manusia yang membawa haiwan ternakan mereka menjadikan kelawar mempunyai hubungan baru dengan haiwan ini (biasanya melalui gigitan). Hubungan baru ini memberikan peluang kepada virus yang masih hidup dalam tubuh kelawar, terutamanya Coronavirus, untuk berpindah ke ‘rumah’ baru mereka, jadikan haiwan ternakan (terutamanya mamalia) sebagai perumah kedua.

d. Kehadiran perumah baru memberi peluang virus untuk mengembangkan generasi mereka tetapi tidak mampu menjangkit teruk kepada mamalia walaupun tubuh badan mamalia ini sesuai dengan apa yang virus inginkan. Mamalia hanya mengalami demam biasa, menjadikan virus seperti Coronavirus hanya sebagai virus biasa. Maka, mamalia yang berjangkit hanya mampu dijadikan sebagai pembawa virus.

e. Apabila hubungan mamalia berjangkit dengan manusia berlaku, inilah peluang terbaik Coronavirus untuk masuk ke tubuh manusia dan bermutasi serta kembangkan generasi lagi. Persekitaran tubuh manusia amat sesuai dengan apa yang Coronavirus inginkan untuk sebarkan jangkitannya. Maka, manusia menjadi mangsa sebenar Coronavirus, berbanding perumah kedua.

Dalam kes 2019-nCoV, mustahil untuk menjadikan ular sebagai perumah kerana suhu tubuh haiwan berbadan sejuk berubah-ubah sehingga Coronavirus tidak mampu bertahan dalam tubuh ular. Dengan menolak kenyataan Wei Ji, kes ini belum tamat lagi. Usaha mencari perumah kedua Wuhan Coronavirus masih diteruskan. Banyak lagi haiwan mamalia di pasar Wuhan perlu dikaji mendalam.

Walaupun kes ini timbul dalam beberapa buah negara Asia Tenggara, terutamanya Malaysia baru-baru ini, WHO menegaskan bahawa jangkitan ini tidak sampai tahap Kecemasan Kesihatan Dunia (World Health Emergency). Maka, kita hanya berdoa dan berharap saja supaya jangkitan Wuhan Coronavirus tidak menjadi malapetaka dunia seterusnya.

RUJUKAN:

Coronavirus: All you need to know about symptoms and risks. Al Jazeera. Retrieved 25 January 2020. https://www.aljazeera.com/…/coronavirus-symptoms-vaccines-r…

Coronavirus. WebMD Medical Reference. Retrieved 25 January 2020. https://www.webmd.com/lung/coronavirus#2

Drake. N. Why Bats Are Such Good Hosts for Ebola and Other Deadly Diseases. Wired. Retrieved 25 January 2020. https://www.wired.com/…/10/bats-ebola-disease-reservoir-ho…/

Sifferlin. A. (22 June 2017). Bats Are the Number-One Carriers of Disease. Time. Retrieved 25 January 2020. https://time.com/4827511/bats-viruses-diseases-pandemic/

Why Do Bats Transmit So Many Diseases? Iflscience. Retrieved 25 January 2020. https://www.iflscience.com/…/why-do-bats-transmit-so-many-…/

Callaway E. & Cyranoaki D. (22 January 2020). Why snakes probably aren’t spreading the new China virus. Nature. Retrieved 25 January 2020. https://www.nature.com/articles/d41586-020-00180-8


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.