28 April Dalam Sejarah

0
518
views

Dahulu, tarikh 28 April ialah hari yang disambut untuk memperingati dan menghormati mangsa yang terkorban dan tercedera dalam kemalangan dan tempat kerja dianjurkan oleh Pergerakan Kesatuan Sekerja (Union Trade Movement) sejak tahun 1996.

Pada tahun 2003, Persatuan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation/ILO) terlibat dalam kempen pada 28 April atas permintaan daripada Union Trade Movement. Maka program dan kempen keselamatan ini diteruskan pada setiap tahun diseluruh dunia sehingga hari ini.

Maka tarikh ini diiktiraf sebagai Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.

Antara tujuan sambutan ini ialah untuk menggalakan majikan atau organisasi mengadakan kempen atau program berkaitan keselamatan tempat kerja. Program seperti latihan kesedaran, sesi dialog atau mesyuarat, atau program berkaitan riadah turut diadakan oleh majikan dan organisasi semasa sambutan ini.

Tema 2018 – Generasi Selamat dan Sihat

Tema program atau kempen bagi tahun 2018 ialah Generasi Selamat dan Sihat (Generation Safe & Healthy). Tema ini memberi tumpuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan kepada pekerja-pekerja muda atau belia yang baru memasuki alam pekerjaan.

Banyak faktor boleh meningkatkan kelemahan pekerja muda terhadap risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, seperti perkembangan fizikal dan psikologi mereka, kurangnya pengalaman kerja dan latihan, Selain itu, kurangnya aspek kesedaran terhadap analisa bahaya dan risiko yang berkaitan dengan pekerjaan hingga membolehkan mereka mudah menerima tugas yang merbahaya tanpa memikirkan akibat jangka masa yang akan datang.

Berdasarkan analisa yang dikeluarkan oleh ILO, pekerja muda(15-24) lebih berisiko untuk mengalami kemalangan tempat kerja berdasarkan kurang pengalaman dan pengetahuan tempat kerja berbanding pekerja berumur 25 dan keatas.

Kempen Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2018 bertujuan meningkatkan kesedaran kepada mereka dengan memberi pendedahan kepada risiko pekerjaan dan risiko tempat kerja.

Waqaf Saham

ILO juga memberi penekanan untuk memberhentikan kegiatan menggaji pekerja dibawah umur oleh majikan tidak bertanggungjawab.

Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Malaysia.

Pihak JKKP Malaysia tidak ketinggalan dalam sambutan seperti ini. Tahun ini mana-mana organisasi atau Orang Yang Kompeten (OYK) mengadakan taklimat (Safety Toolbox Talk) berkenaan keselamatan, ambil gambar semasa taklimat, kemudian siar ke media sosial facebook, laman rasmi JKKP akan kongsi siaran itu di laman rasmi JKKP.

Dan aktiviti ini menarik minat pelbagai organisasi dan OYK untuk berkongsi gambar aktiviti mereka kepada JKKP. Tahniah kerana sokongan anda semua terhadap program anjuran JKKP tahun ini.

Majlis sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja ini juga telah menjadi salah satu agenda tahunan bagi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Majlis sambutan akan diadakan pada tarikh 5 Mei 2018 di Dewan Arena Chenor, Maran, Pahang dengan kerjasama JKKP Pahang, PERKESO dan NIOSH.

Akhir.

Anda datang ke tempat kerja dengan 10 jari tangan, jangan tinggal satu dekat tempat kerja.

Rujukan:

1. History of 28 April
http://www.ilo.org/safework/events/safeday/WCMS_316480/lang–en/index.htm

2. 2. ILO. Org (2018) World Day for Safety and Health at Work
http://www.ilo.org/safework/events/safeday/lang–en/index.htm

3. Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja.
http://www.dosh.gov.my/index.php/en/sambutan-hari-sedunia-bagi-keselamatan-dan-kesihatan-di-tempat-kerja-2018