Enam Wajah Yang Memaniskan M*T* Mandatori

3,087

Tiada apa boleh dikatakan bagi memelihara imej enam wajah yang menyiksa Zulfarhan Osman sampai ajal. Pemergian (atau paling tepat sekali, pemb*n*han) Zulfarhan telah mendukakan seluruh negara, sekaligus menunjukkan sifat sebenar manusia apabila bertindak di luar batasan. Namun satu perkara sahaja yang boleh dibuat demi Zulfarhan – keadilan. Enam wajah yang dibenci Malaysia perlu membela diri. Jika gagal, mereka akan dibawa ke tali g*ntu*g berdasarkan ketetapan hakim yang bertanggungjawab.

Sekarang cuba bayangkan jika hukuman bagi mereka ialah penjara seumur hidup atau sampai m*t*. Benar, sakit mengharungi penjara selamanya memang pedih. Namun setelah beberapa tahun, sudah tentunya banduan sedemikian sudah boleh belajar senyum dan ketawa. Adakah adil bagi beliau jika pemb*n*h-pemb*n*hnya mendapat peluang sedemikian pada ketika keluarga Zulfarhan akan bergelinangan air mata dalam kerinduan pada setiap masa?

Namun berikutlah kesimpulan bagi usaha kerajaan semasa dalam perjuangan untuk menghapuskan hukuman m*t* mandatori. Pertama sekali, haruslah diterangkan terlebih dahulu apa itu m*t* mandatori – “12 daripada 32 seksyen dalam 8 undang-undang persekutuan yang memandatorikan hukuman m*t* bagi sesiapa yang disabitkan kesalahan, walaupun diperakui bermasalah mental.” (Liew Vui Keong, 2018).

Bermakna hakim yang bertanggungjawab jika mendapati bersalah perlu menjatuhkan hukuman m*t* mandatori, kecuali kepada perempuan mengandung dan kanak-kanak berusia 18 tahun.

Apabila kerajaan Harapan mengumumkan usaha pemansuhan hukuman m*t*, jelas sekali berlaku polarisasi dari segi pendapat masyarakat. Seramai 1,279 banduan (pada tahun 2018) mendapat sinaran baharu untuk bernafas mungkin termasuk enam orang yang membunuh Zulfarhan Osman. Tentu sekali keluarga mangsa menentang tetapi pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia menyokongnya. Antara hujah mereka ialah kes pemb*n*han jatuh setelah Kemboja dan Thailand memansuhkannya.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perdana Menteri, pemansuhan hukuman m*t* mandatori tidak bermakna tiada lagi hukuman m*t*. Sebaliknya hakim mempunyai kebebasan untuk berbudi bicara (Mohamed Hanipa Maidin, 2019). Hakikat bahawa pihak hakim mempunyai kebebasan untuk berbudi bicara kepada pemb*n*h sudahpun menimbulkan tanda tanya.

Tidak sama sekali bermakna integriti kehakiman perlu dipersoalkan. Tetapi hakim juga seorang manusia, dan keputusan mereka tidak pernah maksum. Disebabkan itulah berlakunya pengulangan dalam pelbagai jenis kes. Sudah jadi suatu kebiasaan bagi seorang banduan untuk kembali ke penjara.

Bayangkanlah jika pihak guaman enam pemb*n*h Zulfarhan berjaya memenangkan hati hakim akan “d*r*h muda” mereka. Pada masa yang sama, twit Muhammad Akmal Zuhairi Azmal pada 31 Mei 2017 iaitu “heal fast please” juga boleh dijadikan sandaran tentang “ketidaksengajaannya”. Selain dari itu, mungkin dalam kalangan mereka mempunyai rekod jenayah bersih sebelum kes. Malahan mungkin di bangku sekolah lagi mereka tidak pernah mempunyai masalah disiplin.

Itulah tugas seorang peguam bela apabila anak guamannya dijamin salah. Jika tidak boleh didapati tidak bersalah, mereka akan pilih jalan yang paling kurang mudaratnya. Dalam kes ini, apabila wujudnya lubang untuk bersembunyi atau tingkap untuk meloloskan diri, pihak guaman mampu meyakinkan hakim pun. Dan akhirnya? Hukuman m*t* berjaya dielakkan, lalu digantikan pula dengan penjara pada tempoh tertentu (atau selamanya).

Suara hak asasi manusia juga relevan. Kebarangkalian untuk suatu keputusan didapati ralat sudah pastinya boleh berlaku. Contoh yang paling baik ialah Amerika Syarikat. Antara 1973-2003, sebanyak 8,466 tertuduh dijatuhkan hukuman m*t*. Hanya 16% daripada mereka sahaja menjalaninya. Mereka mempunyai peluang 3:1 untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan. (Baumgartner & Dietrich, 2015).

Amerika Syarikat juga mempunyai Ricky Jackson, Ronnie Bridgeman dan Wiley Bridgeman. Ketiga-tiga orang ini dijatuhkan hukuman m*t* pada 1975 atas jenayah yang tidak dilakukan. Dua tahun kemudian mereka dijatuhkan semula hukuman untuk dipenjara selamanya. Mereka dibebaskan pada tahun 2014, selepas 39 tahun menjalani hukuman walaupun tidak bersalah. Dan mereka memenangi saman berjuta-juta yang semestinya tidak boleh menggantikan masa terbuang (Shaer, 2017).

Dari perspektif begini, kebebasan hakim sememangnya penting supaya kejadian sedemikian boleh dielakkan. Namun apa lagi yang boleh disilap hukum dalam kes Zulfarhan? Jika ingin menghapuskan hukuman m*t* mandatori demi kebebasan hakim – sekurang-kurangnya biarlah jenayah membunuh dikekalkan seperti biasa.

Zulfarhan Osman meninggal dunia kerana dib*n*h. Enam wajah itu perlu membela diri. Jika gagal, mereka perlu dihukum m*t*. Sidang seterusnya ialah 02 Oktober 2019. Rakyat Malaysia harus bersyukur hukuman m*t* mandatori masih ada. Namun kesyukuran semata-mata tidak mencukupi. Sebarang usaha untuk memansuhkan m*t* mandatori bagi jenayah membunuh harus dibanteras… walaupun 100 tahun akan datang.

Kerana seorang lagi mangsa aniaya belum lagi diadili. Hanya hukuman m*t* mandatori sahaja yang boleh mengadili jenayah tersebut. Beliau merupakan seorang bomba yang kami tidak lupa.

RUJUKAN:

Baumgartner, F. and Dietrich, A. (2015). Most death penalty sentences are overturned. Here’s why that matters. [online]

Washington Post. Available at: https://www.washingtonpost.com/news/monkey-cage/wp/2015/03/17/most-death-penalty-sentences-are-overturned-heres-why-that-matters/?utm_term=.54a212761898 [Accessed 17 Mar. 2015].

Bharian.com.my. (2019). Hanya buang perkataan mandatori, bukan hapus hukuman m*t* – Hanipa. [online] Available at: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582440/hanya-buang-perkataan-mandatori-bukan-hapus-hukuman-m*t*-hanipa [Accessed 8 Jul. 2019].

Malaysiakini. (2018). 6 perkara anda perlu tahu tentang hukuman m*t*. [online] Available at: https://www.malaysiakini.com/news/451451 [Accessed 12 Nov. 2018].

Shaer, M. (2017). After 39 Years of Wrongful Imprisonment, Ricky Jackson Is Finally Free. [online] Smithsonian. Available at: https://www.smithsonianmag.com/history/years-wrongful-imprisonment-ricky-jackson-finally-free-180961434/ [Accessed Jan. 2017].

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.