DAHULU tarikh keramat ini hampir dilupakan di dalam kotak pemikiran rakyat Sarawak sehinggalah di ketika Sarawak dipimpin oleh mantan Ketua Menteri iaitu Allahyarham Tok Nan tampil dengan langkah berani memartabatkannya semula.  Tarikh ini diangkat dan dinobatkan semula dengan menjadi cuti umum serta ada sambutan di peringkat Negeri.

Disebalik signifikasi tarikh 22 Julai ini sehingga sekarang masih ramai yang mempunyai kefahaman yang berbeza apabila berbicara tentang pengertiannya.  Dari golongan bawahan membawa kepada golongan intelektual sehingga sekarang masih memperdebatkan samada ianya “Hari Kemerdekaan Sarawak” atau tidak.  Namun walau apa jua perdebatan yang berlaku yang pasti perlulah diketahui bahawa pada tanggal 22 Julai 1963 inilah tarikh keramat di dalam memperkatakan bahawa Sarawak sudah mempunyai satu barisan kabinet Negeri yang dipimpin oleh anak watan Sarawak. Barisan kabinet pertama inilah menjadi pemangkin kepada halatuju Sarawak suatu waktu dahulu.

Bila berbicara mengenai ke arah Sarawak berkerajaan sendiri itu bukanlah hanya main tangkap muat sebaliknya sudah tentu mempunyai proses-proses yang tertentu.  Dan tidak semudah itu Koloni Mahkota Sarawak British hendak membenarkan Sarawak dipimpin oleh anak watannya.  Dan di dalam konteks ini di ketika perbincangan terus diadakan untuk mengwujudkan Negara Malaysia, pemerintah British bersetuju untuk mengadakan satu proses demokrasi seperti negara lain iaitu proses pilihanraya. Sekitar tahun 1962 lagi telah diadakan satu pilihanraya di Sarawak yang mana menyaksikan beberapa buah parti politik turut bertanding buat kali pertamanya. SNAP, PANAS, SUPP dan PESAKA adalah antara parti politik yang mewarnai pilihanraya pada masa itu.

Ternyata keputusan pilihanraya telah memihak besar kepada SNAP yang mana pada ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan.  Pada 9hb Julai 1963 bertempat di Kota London, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani oleh 4 entiti iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Sarawak, North Borneo (Sabah) dan Singapura manakala Kerajaan British sebagai pemegang amanahnya.  Pada 18hb Julai 1963 bertempat di Sibu pada ketika inilah melalui sokongan 23 orang dari “Sarawak Alliance” pada ketika itu telah dipilih Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama.

Di pihak Koloni Mahkota Sarawak British melalui Gabenor iaitu Sir Alexander Weddel pula pada tanggal 22hb Julai 1963 telah mencetak dan mengeluar “The Sarawak Government Gazette Extraordinary Part V” yang mana di dalam mengandungi dua notis mengikut kuasa Sarawak (Constitution) Orders in 1956 to 1963.  Dengan notis pertama bernombor siri 1167 mengistiharkan Ketua Menteri Sarawak yang pertama adalah Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan.

Dan notis kedua bernombor siri 1168 pula memperkatakan ahli “Supreme Council” yang pertama iaitu Teo Kui Seng, James Wong Kim Min, Dustan Endawie anak Enchana, Awang Hipni bin Pengiran Anu dan Abdul Taib bin Mahmud.  Inilah barisan kabinet pertama Sarawak yang lahir pada tanggal 22hb Julai 1963 yang menjadi pemangkin halatuju Sarawak, Malaysia sehingga sekarang.

Walaupun sepatutnya pengistiharan Negara Malaysia yang dibentuk oleh Malaya, Sarawak, North Borneo (Sabah) dan Singapura dirancang pada tanggal 31hb Ogos 1963 namun terdapat beberapa hal yang berbangkit yang harus diselesaikan terlebih dahulu seperti bantahan daripada negara jiran tetangga pada waktu itu tentang penubuhan Malaysia.  Dek kerana inilah banyak dokumentasi di pihak United Nation pada masa itu mengalami beberapa kelewatan sehingga menyaksikan pengistiharan sebuah negara baru bergelar Malaysia hanya diwar-warkan pada tanggal 16hb September 1963.

Tarikh 22hb Julai bukanlah satu tarikh yang biasa-biasa sahaja.  Sebaliknya ia mempunyai perkaitan langsung dengan apa adanya Sarawak sekarang.  Dalam pada itu tiada siapa boleh menidakkan bahawa Sarawak mahupun Sabah bukanlah hanya negeri biasa-biasa sahaja tetapi mempunyai keistimewaan sebagai pembentuk Negara Malaysia bersama Malaya.  Dan barisan kabinet pertama Sarawak inilah juga pemain kepada persetujuan samada untuk bersama-sama membentuk Negara Malaysia melalui usulan di Supreme Council Sarawak selepas ianya ditubuhkan suatu waktu dahulu.

Fahamilah persejarahan sebenar mengenainya supaya kita menjadi satu masyarakat yang berilmu dan bukannya hanya memainkan sentimen atas angin semata-mata. Luaskan minda dan berlapang dadalah dengan sejarah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 22/7/1963 – 22/7/2017 KEPADA SELURUH RAKYAT SARAWAK WALAU DIMANA JUA ANDA BERADA.

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

#HariSarawak22Julai

Rujukan:

  1. Utusan 21 Julai 2013 – Tarikh 22 Julai Itu Bermakna Buat Sarawak

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130721/wb_02/Tarikh-22-Julai-1963-bermakna-buat-Sarawak

  1. http://www.pusatsejarahrakyat.org/sejarah-rakyat/22-julai-1963/
  2. http://www.jiwabakti.com.my/22-julai-1968-s4s-kelirukan-rakyat.html
  3. Sarawak Gazette Extraordinary Part V

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Leave A Reply