Gayong adalah khazanah negara yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Pada era 50an dahulu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman telah diperintahkan oleh sultan-sultan Melayu untuk mengajar rakyatnya ilmu seni mempertahankan diri agar menjadi benteng kepada Negara.

Gayong juga pernah diamanahkan untuk mengajar barisan pasukan pertahanan yang pertama dalam bidang Tempur Tanpa Senjata (TTS).

Di dalam Silat Seni Gayong, mempunyai 2 Adat Istiadat Tertinggi iaitu Majlis Lembaga Beradat & Majlis Kegurulatihan dan 1 Majlis Pentadbiran Pendiri NGO yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan NGO Gayong sah disisi undang-undang di Malaysia.

Majlis Kegurulatihan Silat Seni Gayong Malaysia.

Pada era 60an hingga akhir 70an Sandang Tertinggi Majlis Kegurulatihan Silat Seni Gayong Malaysia adalah bergelar Sandang Panglima Hitam Pelangi.

Sandang ini diberikan kepada guru-guru Gayong  yang mempunyai kemahiran dan pencapaian yang tinggi di dalam Silat Seni Gayong.

Di zaman Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman dipercayai ada hampir 21 orang yang memegang Sandang Tertinggi ini. Kebanyakkan mereka yang dianugerahkan sandang tersebut oleh Mahaguru kerana kepakaran mereka pada sesuatu kemahiran dalam Silat Seni Gayong.

Di dalam pasukan Panglima Pelangi Hitam, ada seorang ketua Pelangi Hitam yang paling berpengaruh, cukup mahir  dan amat dipercayai oleh Mahaguru. 

Ketua Panglima Pelangi Hitam ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Guru-guru Silat Seni  Gayong manakala Pengarah Guru-guru adalah Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri.

Gambar (di atas) menunjukan para Panglima Pelangi Hitam (5 orang) sedang mengangkat sembah perguruan dan “ambil tapak Panglima Gayong” di hadapan Mahaguru dan Ahli Majlis Kehormat Silat Seni Gayong.

Sandang Khas

(Kredit Foto: www.gayong.com.my)

Sandang di dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia terbahagi kepada 3 kategori iaitu Sandang Berjawatan, Sandang Kehormat dan Sandang Khas.

Sandang kebesaran adalah hak istimewa Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman selaku Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah.

Sandang Mahaguru adalah sandang yang hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman selaku Pewaris Agung Gayong.

Sandang Panglima Pelangi Hitam

(Kredit Foto: http://hulubalang-lagenda.tripod.com)

Pasukan Panglima Pelangi Hitam ini diketuai oleh Cikgu Abdul Majid Mat Isa (YBhg. Dato’ Guru Abdul Majid bin Mat Isa, kini Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, PSSPGM).

Cikgu Abdul Majid merupakan Ketua Panglima Pelangi Hitam yang bergelar Panglima Singa Malaya merangkap Timbalan Pengarah Guru-Guru Silat Seni Gayong yang pertama di dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia pada era 70an.

Sebahagian senarai nama yang ditauliahkan Sandang Panglima Pelangi Hitam yang dapat direkodkan:

1.) Cikgu Abdul Majid Mat Isa

2.) Cikgu Awang Daud

3.) Cikgu Ahmad Lazim

4.) Cikgu Ahmad Ismail

5.) Cikgu Khir 

6.) Cikgu Shuib Hussin 

7.) Cikgu Adiwijaya

8.) Cikgu Izhar Wahab 

9.) Cikgu Ismail Chik

10.) Cikgu Kamari Melan

11.) Cikgu Mohd Desa

12.) Cikgu Bakar Said

Sandang Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti

(Kredit Foto: Majlis Eksekutif Gayong – MEGA)

Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Sultan Perak mempunyai hirarki paling tinggi di dalam Silat Seni Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah daripada jurai keturunan Sultan Melaka.

RUJUKAN:

Briged Gayong,

Majlis Eksekutif Gayong – MEGA

Majlis Eksekutif Gayong – MEGA. https://web.facebook.com/pg/majliseksekutifgayong/photos/?ref=page_internal

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. http://www.gayong.com.my/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.