Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet mempunyai ego masing-masing yang enggan kalah sesama sendiri.

Selepas P3rang Dunia Kedua, mereka bersaing dengan begitu sengit sampai apa-apa saja dalam negara mereka mesti lebih baik.

Meskipun dengan kemajuan semasa, Amerika Syarikat boleh menggeletar dalam ketakutan selepas Soviet melancarkan Sputnik-1 pada 4 Oktober 1957.

Memang betul Amerika Syarikat lebih maju dalam teknologi nuklear. Tetapi antara tahun 1955 hingga 1961, Soviet terbukti menghasilkan jauh lebih ramai saintis berbanding musuh ketat mereka.

Jadi apabila Sputnik-1 berjaya menyentuh ruangan angkasa, Amerika pun sangka Soviet lebih maju.

Terus mereka berasa tidak selamat, dan Presiden Dwight Eisenhower pun banyak melabur dalan pendidikan dan penyelidikan (Kay, 2013).

Kejayaan Sputnik-1 telah melancarkan perlumbaan angkasa antara Amerika dan Soviet.

Malah setahun kemudian, Amerika melengkapkan diri mereka dengan agensi NASA yang diamanahkan sebuah projek besar. NASA perlu melancarkan seorang manusia ke orbit yang mesti didaratkan dengan selamat (Swenson, 1966).

Dalam kalangan 508 juruterbang, NASA memilih 110 orang yang layak dari segi usia (bawah 40 tahun), pendidikan tinggi (ijazah sarjana sekurang-kurangnya) dan ketinggian (kurang daripada 1.8 meter).

Calon 110 orang ini dipecahkan kepada tiga kumpulan mengikut kelayakan masing-masing.

Kumpulan pertama mempunyai 35 ahli. Di kalangan mereka ialah Alan Shepard yang akhirnya dipilih pada 1 April 1959.

Namun kedudukan Shepard tidak terjamin kerana NASA mempunyai hak untuk menukar pilihan bila-bila masa. Ini kerana persaing rapatnya iaitu John Glenn. Shepard berusaha untuk menyaingi John Glenn, berhenti merokok dan berjoging setiap pagi (tetapi masih meminum minuman keras dan berz1na).

Semasa latihan, Shepard melakukan 120 simulasi penerbangan. Tetapi tarikh penerbangan Shepard kerap ditunda daripada asalnya 26 April 1960 ke 5 Disember.

Kemudian misi Shepard ditunda lima kali sehinggalah tarikh akhir iaitu 5 Mei 1961.

Sementara itu di Rusia, seorang pemuda tampan telah dipilih untuk menjulang panji merah di langit. Yuri Gagarin telah melengkapkan Program Vostok sampai pesaing-pesaingnya pun dengan rela berundur diri (Siddiqi, 2000).

Dan akhirnya pada 12 April 1961, Gagarin membuat rekod dunia sebagai manusia pertama di angkasa dan orbit.

Sekali lagi Krisis Sputnik-1 berlaku di Amerika Syarikat. Apabila diberitahu, Shephard mengetuk meja dengan begitu kuat sampai pegawai NASA menyangka tangannya patah.

Daripada status “manusia pertama”, Shepard perlu menelan hakikat bahawa beliau akan jadi “rakyat Amerika pertama” untuk ke angkasa.

Shephard tidak mendapat menandingi pencapaian Gagarin pun. Freedom 7 dibina dengan saiz tiga kali ganda lebih kecil daripada Vostok.

Freedom 7 semasa pelancaran

Gagarin berada di orbit selama 108 minit, manakala Shepard pula hanya 15 minit sebelum turun ke laut. Tetapi penerbangan Gagarin semuanya automatik. Manakala Shepard dibenarkan mengemudi Freedom 7.

Malah pelancaran Shepard pun bermasalah juga. Beliau memang dijadualkan untuk ke orbit selama 15 minit sahaja. Jadi baju angkasa dipakainya tidak dibina untuk mengeluarkan n4jis.

Tetapi pelancaran Freedom 7 ditangguhkan selama lapan jam, sampai Shepard terpaksa kencing dalam baju angkasanya.

Air kencingnya telah merosakkan pengimbas kesihatan, bermakna NASA tidak dapat memantau keadaan Shepard semasa penerbangan.

Hanya selepas misi Freedom 7 barulah NASA memasangkan kelengkapan n4jis supaya perkara ini tidak berulang.

Sama seperti Gagarin, Shepard juga dijulang sebagai wira negara dengan perarakan besar di Washington, New York dan Los Angeles.

Tetapi hakikatnya, Shepard boleh menjadi manusia pertama di angkasa… cuma pelancarannya ditunda terlalu kerap yang akhirnya memberi laluan kepada Soviet.

RUJUKAN:

Kay, S.(2013). America’s Sputnik Moments. Survival. 55 (2).

Siddiqi, A. (2000). Challenge to Apollo: The Soviet Union and the Space Race, 1945-1974. Halaman 262.

Swenson, L.S. (1966). This New Ocean: A History of Project Mercury. Halaman 134.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.