1. Perasaan meremang apabila kita mendengar lagu disebabkan dopamine yang dibebaskan di dalam tubuh badan kita.

2. Cakera padat dicipta oleh syarikat Philips dan Sony pada tahun 1980.

3. Bermain alat muzik dapat meningkatkan IQ kita sebanyak lima mata.

4. 500,000 salinan album diperlukan untuk mendapatkan anugerah piring emas di Amerika Syarikat. Manakala 100,000 salinan di UK dan di Malaysia pula hanya 50,000 salinan diperlukan.

5. Bunyi muzik telah disalurkan melalui wayar telefon pada tahun 1876, tahun dimana telefon dicipta.

6. Menyanyi memberi senaman kepada jantung dan paru-paru serta menghasilkan endorphins yang membuatkan kita rasa senang.

7. Video pertama yang ditayangkan di MTV adalah lagu ‘Video Killed the Radio Star’ milik Buggles yang disiarkan pada 1 Agus 1981.

8. Penyanyi rapper NoClue adalah rapper yang terpantas di dunia dimana dia dapat menutur 723 suku kata dalam masa 51.27 saat (14.1 suku kata sesaat).

9. Degupan jantung kita berubah mengikut rentak muzik yand didengar oleh kita.

10. Alat muzik termahal di dunia adalah, sebuah violin Stradivarius. Ia dijual pada 2011 dengan harga sebanyak 15.9 juta US dollar.

11. Kekangan kejuruteraan pada 1920’an menyebabkan muzik pada masa itu direkodkan pada 10-inci (25 cm) 78 rpm Shellac gramophone. Ianya dapat merekodkan lagu berdurasi tidak lebih daripada 3:15 minit. Semenjak daripada itu ianya telah menjadi sebuah standard bagi purata panjang sebuah lagu.

12. Lagu pertama dikodkan kedalam bentuk mp3 adalah lagu Tom’s Diner nyanyian Suzanne Vega.

13. Kumpulan The Beatles memegang rekod jualan album di US (106 juta), diikuti oleh Garth Brooks (92 juta), Led Zepplin (83 juta), Elvis Presley (77 juta) dan The Eagles (65 juta). Jualan seluruh dunia The Beatles telah menjual lebih dari 1 billion rekod.

14. Jualan album terbanyak di Malaysia adalah daripada kumpulan Raihan menerusi album Puji-pujian dengan jualan album sebanyak 1.5 juta unit pada tahun tersebut. (3.5 juta unit sehingga kini)

15. Muzik mempunyai ketagihan yang lebih kurang sama seperti dadah dan seks.

16. Menurut The Guinness Book of World Records, lagu The Devil Glitch adalah lagu pop yang paling panjang pernah direkodkan. Berdurasi selama 69-minit dan mengandungi 500 rangkap lirik. Ianya memasuki dalam buku rekod pada Julai 1997.

17. Leo Fender, pencipta gitar Telecaster and Stratocaster yang terkenal tidak boleh bermain gitar.

18. Lagu yang melekat bermain-main di dalam kepala kita dipanggil Involuntary Musical Imagery atau lebih dikenali sebagai “earworm”.

19. Royalti lagu yang paling menguntungkan adalah lagu Happy Birthday nyanyian Hill Sisters (1893). Anggaran keuntungan: $50 juta US dollar.

20. Judul lagu yang terpanjang di dunia dimiliki oleh penyanyi Christine Lavin dengan lagu berjudul “Regretting What I Said to You When You Called Me 11:00 On a Friday Morning to Tell Me that at 1:00 Friday Afternoon You’re Gonna Leave Your Office, Go Downstairs, Hail a Cab to Go Out to the Airport to Catch a Plane to Go Skiing in the Alps for Two Weeks, Not that I Wanted to Go With You, I Wasn’t Able to Leave Town, I’m Not a Very Good Skier, I Couldn’t Expect You to Pay My Way, But After Going Out With You for Three Years I Don’t Like Surprises”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply