19 Mac – Ulangtahun Permulaan Perang Kemerdekaan Turki

333

19 Mei (19 Mayıs) ada makna yang khusus di Turki. Ia disambut setiap tahun bagi memperingati permulaan Perang Kemerdekaan Turki (Millî Mücadele – ‘mücadele’ = mujadala) pada tahun 1919.

Dan tahun ini ialah ulang tahun ke-100 peristiwa tersebut, Erdoğan pun ada turun padang menghadiri pelbagai acara peringatan.

Millî Mücadele ini menandakan kelahiran sebuah negara bangsa moden bernama Turki. Sebelum itu, tidak wujud negara bernama ‘Turki’, yang ada hanya empayar bernama Khilafah Uthmaniyyah (diperintah oleh khalifah/sultan berketurunan House of Osman) yang tanah jajahannya meliputi Asia Barat, Afrika Utara dan Balkan. 

Menjelang akhir abad ke-19, empayar Uthmaniyyah dah jadi semakin lemah, tak mampu nak lawan imperialis Eropah (khususnya Britain, Perancis dan Rusia) yang menelan jajahan Uthmaniyyah bit by bit. Jadi apabila Perang Dunia Pertama (WW1) meletus antara pakatan Allies (Britain, Perancis, Rusia) dan Central Powers (Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria), Uthmaniyyah menyertai pakatan Central Powers dengan harapan dapat mengambil balik apa yang hilang ke tangan Britain dan Rusia yang menganggotai Allies.

Namun ‘gamble’ Uthmaniyyah silap, dan WW1 berakhir pada 11 November 1918 dengan kekalahan Central Powers termasuk Uthmaniyyah. 2 hari kemudian, tentera Allies dengan pantas memasuki Istanbul untuk klaim ‘prize’ mereka yang idamkan selama ini: tempat yang paling strategik di dunia di mana Selat Bosporus dan Dardanelles menghubungkan Laut Hitam dan Laut Mediterranea.

Khalifah ketika itu, Sultan Mehmed VI tak mampu nak buat apa. Mehmed VI hanya bekerjasama dengan Allies untuk menangkap ahli-ahli Committee of Union and Progress (CUP) yang pro-Jerman, membubarkan parlimen, mengikut apa yang Allies minta. 

Waktu tu negara-negara Allies sedang berunding Perjanjian Sèvres yang bertujuan untuk mengagih jajahan Uthmaniyyah. Syria dan Lubnan disapu oleh Perancis, Iraq, Jordan dan Palestin diambil oleh Britain. Hijaz merdeka. Bukan saja itu, malah kawasan Anatolia itu pun dibahagi-bahagikan antara Britain, Perancis, Itali dan Greece. Sebagai ganjaran kepada pemberontakan, timur Anatolia juga diberi kepada Armenia yang merupakan bekas subjek Uthmaniyyah.

Mehmed VI berharap, dengan bekerjasama dengan Allies, ‘hukuman’ ke atas Uthmaniyyah akan jadi lebih ringan. Tapi permintaan Allies yang melampau telah mencetuskan sentimen nasionalis Turki, dan gerakan nasionalis diwujudkan oleh orang bernama Mustafa Kemal, bekas ahli CUP dan mirliva (mejar jeneral) tentera Uthmaniyyah. 

Mustafa Kemal pada asalnya diarahkan oleh Mehmed VI untuk memantau proses penyahtenteraan di Samsun. Tapi sebaik saja Mustafa Kemal tiba di Samsun pada 19 Mei 1919, Mustafa Kemal memulakan kempen Millî Mücadele untuk mengusir kuasa-kuasa asing yang cuba menakluk Anatolia. Sebuah kerajaan baharu, Büyük Millet Meclisi (Perhimpunan Agung Kebangsaan) ditubuhkan di Ankara untuk mencabar Allies dan Sultan Mehmed VI di Istanbul.

Mustafa Kemal ialah seorang pemimpin tentera yang handal. Selain itu, dia juga mendapatkan bantuan daripada Soviet Union. Mustafa Kemal mengarahkan serangan terhadap Greece yang menduduki Izmir, sebab Greece lebih lemah berbanding Britain, Perancis dan Itali. Dan akhirnya pada September 1922, tentera nasionalis berjaya mengusir Greece dari tanah Anatolia. 

Melihat pada perkembangan, negara Allies lain sedar tiada gunanya nak melawan Mustafa Kemal lama-lama, bertambah pula Mustafa Kemal ada bekap Soviet. Maka, sebuah perjanjian baharu (Perjanjian Lausanne) dimeterai antara Allies dan Ankara. Sempadan yang ditentukan oleh perjanjian tersebut membentuk sempadan Turki pada hari ini.

Dan dengan itu, Kesultanan Uthmaniyyah tamat pada November 1922 selepas Sultan Mehmed VI melepaskan takhta dan lari ikut British. Pada 23 Oktober 1923, Mustafa Kemal mengisytiharkan sebuah kerajaan baharu iaitu Republik Turki yang berpusat di Ankara. Sepupu Mehmed VI, Abdülmecid II (Abdul Majid II) menggantikan Mehmed VI sebagai khalifah, tapi tidak mempunyai kuasa politik (kesultanan), hanya berperanan sebagai ketua agama (kekhilafahan).

Salah satu sebab perubahan ini ialah perasaan kecewa rakyat Turki terhadap kelemahan Sultan Mehmed VI dalam mempertahankan kepentingan negara. Bukan saja Istanbul buat kali pertama ditakluk oleh kuasa asing sejak tahun 1453, malah Mehmed VI juga membiarkan kuasa-kuasa asing mengagih-agihkan Anatolia, ‘homeland’ Bangsa Turki seolah-olah potong kek. 

Prestij monarki Uthmaniyah terus hilang dalam masa 1919-1923, dan bangsa Turki mengangkat Mustafa Kemal sebagai penyelamat bangsa, dan menggelarkan dia ‘Atatürk’ (Bapa Turki). Dan dengan itu, Atatürk meneruskn langkahnya dengan menamatkan Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi pada 3 Mac 1924. 

Sehingga hari ini, legasi Mustafa Kemal Atatürk masih tidak dapat dilangkau oleh sesiapa, termasuk Erdoğan sendiri. Sebab Atatürk menyelamatkan Turki daripada penghancuran mutlak di waktu paling genting. Atatürk sendiri menjadikan 19 Mei sebagai tarikh lahir rasmi dia (walaupun dia lahir pada 12 Mac) untuk ‘perpetuate’ kultus dan mitos Kemalisme.

Kadang-kadang bila kita baca balik sejarah itu, akan ada rasa sayang sekali. Katakan kalau waktu tu Mehmed VI sendiri yang memulakan gerakan nasionalis, mungkin keadaan Turki dan Timur Tengah hari ini akan jadi berbeza. Mungkin konflik Arab-Israel, Al-Qaeda dan ISIS tidak akan berlaku, sekiranya jajahan Uthmaniyyah masih utuh. 

Tapi itulah sejarah. ‘Fortuna’ tidak menyebelahi Uthmaniyyah, dan Mehmed VI tidak memiliki ‘virtù’ seperti Mehmed II. Disintegrasi politik umat menjadi pasti di bawah putaran roda sejarah. Benda yang sudah berlaku tak dapat ‘undo’, seperti Daenerys yang telah menghancurkan King’s Landing. There’s no turning back.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.