Kejadian terhempasnya pesawat LionAir JT610 menyebabkan netizen tertanya-tanya mengenai apa yang perlu dilakukan sewaktu pesawat sedang menjunam dan mencari penyelesaian mereka sendiri untuk nahas yang akan datang

Ramai netizen di facebook meragui tahap keselamatan pesawat penumpang yang mereka naiki. “Jikalau pesawat terhempas, kenapa tiada payung terjun macam jet pejuang? Tekan “eject” terus tercampak keluar, lepastu yang macam sky-diving tu rileks sahaja jatuh lepastu buka payung terjun.”

Nampaknya jika di ikutkan realiti, kata-kata mudah dilaksanakan berbanding perbuatan itu sendiri. Didalam artikel ini, terdapat beberapa sebab payung terjun bukanlah pilihan untuk keluar dari pesawat penumpang sejika berlakunya nahas diudara.

Latihan intensif diperlukan untuk membuka payung terjun pada altitude dan masa yang tepat dan sesuai

Pertama sekali, untuk melakukan penerjunan dari udara dengan payung terjun memerlukan latihan yang intensif, dengan panduan teknikal yang majoriti penumpang akan sukar memahaminya untuk mengendalikan pendaratan payung terjun. Dengan penumpang sebanyak 100 hingga 800 orang (untuk sebuah pesawat besar seperti Air-Bus A380 atau Boeing 787 ) yang terdiri dari pelbagai umur dan taraf kesihatan, pemahaman terhadap asas latihan terjunan payung terjun akan menjadi mustahil sama sekali.

Latihan minima 4 jam diperlukan untuk membenarkan seseorang penerjun payung terjun yang baru untuk memahirkan diri mereka membuka payung terjun. Tambahan pula, sewaktu penerjunan dilakukan, mereka akan melakukan secara berkumpulan ataupun berseorangan.

Jika seorang penerjun itu berjaya keluar, mereka harus menjarakkan diri antara satu sama lain sebanyak 500 ke 1,500 kaki. Jika ia dilakukan serentak, risiko untuk terbelit antara satu sama lain akan terjadi. Lebih-lebih lagi, dengan 500 penumpang yang sesetengahnya ada yang memahami asas terjunan payung terjun mahupun tidak, sudah tentunya akan membawa maut dengan keadaan panik sebegini apabila penumpang ingin bergegas segara keluar dari pesawat.

Kelajuan minima serta ketinggian terbang pesawat penumpang lebih laju dari pesawat sky-dive yang biasa.

Pada 35,000 kaki (pada 3 kali ganda ketinggian terjunan “sky-dive” biasa yang dilakukan pada altitud 15,000 atau 10,000 kaki), pada ketinggian ini, kandungan oksigen yang amat tipis dan setiap penumpang perlu ada perkakas khas untuk terjunan altitud tinggi yang termasuklah tangki oksigen, topeng oksigen, altimeter baju terjunan dan sebagainya hanya untuk berhadapan dengan udara tipis.

Disaat ini, suhu udara di luar yang mencecah -50 celsius sudah pasti menyebabkan penumpang mengalami hipothermia sebelum payung terjun dibuka pada altitud 15,000 ke 20,000 kaki. Samada penumpang tersebut sudah lama mati beku akibat suhu berkenaan sebelum ke altitud selamat dimana payung terjun dibuka, menyebabkan pembukaan payung terjun menjadi lebih sukar ataupun tidak berguna lagi.

Memburukkan keadaan lagi, pesawat penumpang kebiasaannya bergerak pada kelajuan 500 Km/h ke 1,000 Km/h dan pada kelajuan ini sudah pasti penumpang akan termasuk kedalam enjin jet, terlanggar dengan sayap pesawat atau berlanggar antara penumpang lain pada kelajuan tinggi. (badan penumpang mungkin akan berkecai pada kelajuan sebegini) Sudah tentunya orang yang berada didarat dihujani dengan serpihan badan manusia pada kelajuan tinggi apabila cebisan itu jatuh dari 35,000 kaki (dan situasi ini menjadi amat ngeri untuk orang dibawah

Berat perkakas payung terjun memberi impak kepada nilai ekonomi tiket pesawat

Dengan tambahan berat perkakas payung terjun yang setiap satunya seberat lapan belas kilogram (mahupun lebih), ia memberi impak kepada ruang dalaman penumpang kabin yang sudah sememangnya sempit, dengan berat lebihan dari beg payung terjun ia akan menambah lebihan 2 tan berat kepada pesawat dan meningkatkan penggunaan minyak pesawat dan menyebabkan harga tiket menjadi tidak ekonomikal.

Dengan set payung terjun berharga didalam lingkungan ribuan ke belasan ribu ringgit, ia menjadi sesuatu beban kewangan kepada syarikat penerbangan (contohnya sebuah payung terjun dengan harga RM 20,000 perlu diletak setiap satu dibawah tempat duduk penumpang dengan 500-700 penumpang) sudah pasti memberi impak besar kepada kewangan syarikat penerbangan.

Rekabentuk jet keseluruhan mungkin perlu diubahsuai semula untuk menempatkan pintu belakang keluar yang selamat dari segi aerodinamik secara keseluruhannya untuk penumpang yang melakukan terjunan, kerana membuka pintu pesawat pada kelajuan tinggi dengan kabin penumpang yang bertekanan tinggi akan menyebabkan kes penyahmampatan (decompression) yang serius dan mengugat kestabilan pesawat yang telahpun rosak kritikal sewaktu terjunan kecemasan dibuat. Secara keseluruhannya ia menjadi sukar dan impraktikal dengan pesawat penumpang yang penuh penumpang yang panik dan kecoh.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Diploma didalam bidang Senibina (Architecture) dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan dan bakal melanjutkan lagi pengajian senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia (Insyallah). Bekerja disebuah syarikat melukis pelan buat masa ini. 5 Tahun pengalaman dengan Autocad dan 3D render, pernah menghasilkan karya model Titanic dari kotak yang telah menjadi perhatian pengunjung di Pertubuhan Akitek Malaysia pada 2017 (MAYAS Art Exhibition by Pertubuhan Akitek Malaysia). Hobi suka menulis mengenai teknologi kejuruteraan senibina, tenaga hijau dan sains , melukis dan membuat model pada masa lapang. Amat meminati sejarah peradaban Islam, ketamadunan Melayu dan Yunani

Comments are closed.