Benarkah Kulit Putih Itu Cantik?

0
721
views

Kita sedia maklum, wanita di Negara Asia mahu menjadi cerah dan putih, sementara wanita Barat mahu mendapatkan warna kulit keperangan.

Selain daripada faktor sikap manusia yang selalunya ‘we always want what we don’t have’ dan tidak bersyukur, perkara ini boleh dijelaskan dengan faktor sains dan juga budaya.

Pengkaji di Universiti Toronto, Kanada mengatakan bahawa kajian mereka membuktikan bahawa mitos mengenai wanita yang berkulit cerah mempunyai asas mengikut realiti saintifik. Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terlibat dalam kajian itu berkata bahawa hasil kajian menunjukkan pemilihan estetik kita secara umumnya menggambarkan faktor moral yang kita terdedah dengan sewaktu membesar, pengaruh persekitaran, seperti nilai ibu bapa, budaya, dan agama. Dalam budaya terutamanya, masyarakat mempunyai satu set ideal tentang bagaimana wanita sepatutnya kelihatan (rupa) dan bagaimana wanita sepatutnya berkelakuan (behavior, act).

Secara umumnya, warna cerah dan gelap mempunyai maksud tertentu yang dikaitkan sejak sejarah dulu kala, dan secara separa sedar, manusia mengaitkan sifat moral warna umum ini terhadap warna kulit wanita.

Justeru, wanita yang berkulit cerah dan putih dikaitkan dengan cantik, pandai, gembira, peramah, baik hati dan segala nilai-nilai yang baik. Manakala wanita yang berkulit gelap dikaitkan dengan segala sifat yang buruk seperti pemalas, kurang cerdik, tidak berapa cantik, ketinggalan, lembab dan sebagainya.

Ini merupakan pendapat umum dan generalisasi yang popular menjadikan syarikat farmaseutikal dan kecantikan mengambil peluang menghasilkan barangan kosmetik, kecantikan dan kesihatan yang berkaitan dengannya. Mereka gambarkan bahawa kulit cerah itu sempurna dan menjadi idaman setiap lelaki dan wanita. D

an kita pun tertipu hasil lambakan imej daripada media di setiap arah. Walaupun jika ada antara kita yang tahu bahawa kulit cerah tidak semestinya bermaksud seseorang itu cantik, secara tidak sedar, kita akan turut ‘tertipu’ dan terikut persepsi umum ini kerana kita dihidangkan dengan mesej yang sama dan konsisten bertahun-tahun lamanya melalui pendedahan media.

Saya pasti ada antara ibu bapa yang mempunyai anak cerah dan anak yang berkulit sawo matang turut merasakan ‘layanan’ dan ‘perhatian’ berat sebelah yang diberikan oleh saudara mara atau masyarakat sekeliling terhadap anak?

Biasanya kanak-kanak yang berkulit cerah atau putih akan dipuji seperti cantik, comel, model dan pujian lain bersifat fizikal sementara kanak-kanak yang kulitnya berwarna gelap sedikit akan dipuji dari segi sifat yang bukan fizikal seperti rajin, pandai, pandai bergaya atau pujian terhadap apa yang dipakai seperti baju, beg, kasut dsb. (Ini bukan berlaku kepada semua ya, cuma secara umumnya).

Industri kecantikan memperoleh banyak keuntungan hasil persepsi ‘putih itu cantik.’ Lelaki tidak terkecuali terpengaruh dengan persepsi ini. Memberi komen negatif terhadap wanita berkulit gelap di media sosial, dan ada yang mahukan pasangan berkulit cerah saja agar boleh mendapat anak yang cantik-cantik.

Sesungguhnya perkembangan ini membimbangkan! Semakin banyak isu kanak-kanak yang terpengaruh dengan persepsi ini hinggakan mereka membesar dengan merendah diri dan tidak yakin dengan warna kulit sendiri. Ada yang baru di sekolah rendah sudah mula menggunakan produk pemutih seperti losyen pemutih dan menelan pil pemutih. Ibu bapa ada yang meluahkan rasa bimbang kerana tidak tahu bagaimana untuk mengembalikan rasa yakin anak-anak terhadap imej diri sendiri.

Banyak NGO dan gerakan yang muncul bagi mengubah persepsi negatif ini dan meraikan warna kulit pelbagai ton. Di India, kempen ‘Dark is Beautiful’ disokong oleh artis-artis terkenal Bollywood. Penyanyi Rihanna pula menggunakan pengaruhnya dan mengeluarkan krim asas (foundation) yang mempunyai 40 ton warna yang berbeza bagi meraikan warna kulit wanita yang pelbagai.

Malah menurut statistik yang dikeluarkan oleh Poshly, 60 percent pengguna wanita melaporkan kesukaran mencari krim asas yang sesuai dengan ton warna kulit mereka. Terbaharu, Kim Kardashian dikecam kerana mengeluarkan 16 ton warna sahap noda (concealer) namun hanya satu yang sesuai untuk wanita yang berkulit gelap. Masyarakat di Barat semakin peka terhadap ketidakadilan terhadap wanita berkulit gelap, namun Negara Asia masih jauh ketinggalan di belakang.

Waqaf Saham

Apa yang kita boleh lakukan bagi membantu meningkatkan kesedaran terhadap persepsi ini?

1. Semua warna kulit ialah cantik.

Kita boleh tanamkan rasa yakin terhadap warna kulit kanak-kanak di sekeliling kita dengan memberikan layanan dan pujian yang adil kepada mereka agar mereka berasa yakin dengan diri. Elakkan dari menyebut perkara seperti, ‘Untungnya dapat anak perempuan kulit putih’ dan ‘Kenapa kakaknya gelap tapi adiknya cerah?’

Kita orang dewasa juga boleh mengubah persepsi dan pandangan kita dengan memberikan layanan dan pujian yang lebih adil kepada semua wanita tanpa mengira warna kulit.

2. Kawan pengaruh media.

Saya tahu susah untuk mengelak daripada melihat iklan kecantikan berkaitan warna kulit di media sosial dan papan iklan (billboard). Namun kita boleh berusaha untuk mendedahkan diri dengan persepsi yang berbeza. Sebagai contoh, lihat IG masing-masing dan cuba kira berapa ramai artis, personaliti atau model yang kita ikuti itu berkulit cerah dan berapa ramai yang berkulit gelap.

Adakah model/personality/model ini mempromosikan produk atau rawatan mencerahkan kulit? Jika ya, saya kira sebaiknya kita unfollow saja akaun mereka. Pendedahan kerap kepada imej dan mesej sebegini akan menyebabkan kita secara tidak sedar akan terpengaruh kepada mesej berat sebelah. Cuba cari personality/artis yang berkulit sawo matang atau gelap, dan follow mereka. Ini salah satu cara yang boleh dilakukan untuk meneutralkan pandangan kita terhadap sesuatu.

Kenyataannya, semua makhluk ciptaan Tuhan itu cantik. Jika anda merasakan ada orang yang cantik dan ada orang yang hodoh, itu kerana persepsi anda terjejas disebabkan pengaruh persekitaran seperti budaya, sejarah, dan media. Luaskan pembacaan dan pergaulan agar anda lebih terbuka!

Bacaan lanjut:

  1. ‘Connection between skin-tone and attraction’

https://www.telegraph.co.uk/news/uknews/1581929/Connection-between-skin-tone-and-attraction.html

  1. Why men prefer fair-skinned maidens and women like dark, handsome strangers

http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-535828/Why-men-prefer-fair-skinned-maidens-women-like-dark-handsome-strangers.html

  1. The white skin beauty myth

https://www.smh.com.au/opinion/the-skin-colour-myth-is-perpetuated-in-the-most-insidious-ways-20151001-gjz2b4.html

  1. Why the obsession with lighter skin?

http://www.dailylife.com.au/news-and-views/dl-culture/why-the-obsession-with-lighter-skin-20140203-31wil.html

5. Dark is beautiful: the battle to end the world’s obsession with lighter skin

https://www.theguardian.com/inequality/2017/sep/04/dark-is-beautiful-battle-to-end-worlds-obsession-with-lighter-skin

  1. Rihanna Fenty Beauty Foundation Comes In 40 Shades & “420” Is The First To Sell Out

https://www.elitedaily.com/life/everything-need-know-40-rihannas-fenty-beauty-foundation-shades/2068061

  1. Kim Kardashian’s new makeup line forgets dark-skinned women

https://www.thelily.com/kim-kardashians-new-makeup-line-forgets-dark-skinned-women/

 

 

Previous articlePotterwatch – Apabila Media Arus Perdana Hilang Kredibiliti
Next articleAnalogi Dua Arus
E. H. Nathasia, penulis 25 Tip Motivasi Terbaik, penterjemah dan penceramah motivasi. Sedang mengikuti Program Sarjana Sains Sosial dalam Pengajian Strategi dan Pertahanan di Universiti Malaya.
SHARE