Bergelar seorang bapa boleh memberikan pengalaman yang memuaskan di dunia, dan pengalaman itu merupakan pengalaman seumur hidup! Adakala boleh menjadi rumit juga. Setiap lelaki yang bergelar bapa mahu menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anaknya. Namun begitu, apabila menyebut tentang memberikan perhatian kepada anak, lelaki tidak mendapat begitu banyak perhatian daripada masyarakat kerana secara kebiasaannya, kanak-kanak akan menghabiskan lebih banyak masa dengan ibu. Sebenarnya, sesetengah kanak-kanak lebih rapat dengan bapa, lebih banyak berbanding kanak-kanak yang rapat dengan ibu.

Bapa moden hari ini mula mempelajari atau menambahbaik hubungan mereka dengan anak-anak. Di sini, ada beberapa soalan yang jika anda merupakan seorang bapa, boleh bertanya kepada diri sendiri untuk menjadi bapa yang terbaik bagi anak-anak anda.

Adakah anda meluangkan masa yang mencukupi untuk anak-anak anda?

Masa dan perhatian anda merupakan hadiah yang paling bermakna yang boleh anda berikan kepada anak-anak anda. Jadi, jadikan ia point utama untuk meluangkan sebanyak mana masa anda bersama mereka. Kanak-kanak, bermula seawal bayi akan lebih rapat dengan siapa yang kerap mereka lihat. Perkara yang tak mungkin kita semua mahu adalah menjadi orang asing di mata anak-anak sendiri. Memang perlu difahami bahawa anda sibuk bekerja, tetapi tak mungkin ia menyakitkan untuk memberikan sedikit prioriti apabila perkara itu berkaitan dengan anak anda. Simpanlah sedikit masa yang berkualiti untuk diluangkan bersama kesayangan anda.

Berapa kerap anda memuji anak anda?

Anak anda akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian anda, pada masa yang sama mahu membuatkan anda kagum dengan mereka. Biarkan mereka tahu bahawa usaha mereka berbaloi. Apabila mereka melakukan sesuatu yang mengagumkan, puji kejayaan mereka walaupun untuk perkara yang kelihatan kecil seperti baru mengenal warna, mengambil langkah yang pertama atau melakar corak lukisan yang melucukan. Kata-kata penghargaan seperti ‘oh, kamu memang budak yang hebat,’ atau ‘kamulah anak ayah yang bijak,’ akan membuatkan mereka tahu bahawa kamu sangat menghargai mereka!

Adakah anda memberi terlalu banyak perhatian terhadap kesilapan dan kesalahan mereka?

Mendidik kanak-kanak boleh menjadi pekerjaan yang mencabar. Tetapi penting untuk tidak hilang sabar atau memendam perasaan peribadi. Cuba untuk tidak terlalu fokuskan kesalahan mereka sehingga mengabaikan kejayaan mereka. Puji mereka kerana mencuba. Semua itu akan menjadi proses pembelajaran bagi anda berdua.

Adakah anda mendengar apabila anak anda bercakap sesuatu?

Apabila anak anda mula belajar bercakap, atau baru memasuki sekolah. Akan ada banyak perkara yang mahu diceritakan. Tentang apa yang mereka lakukan, siapa yang melakukan, apa yang mereka lihat dan sebagainya. Sebagai ayah, bersedia untuk memasang telinga untuk mendengar semua cerita yang mengujakan itu. Kerana ibu mungkin sudah mendengarnya lebih awal. Beri perhatian kepada anak anda ketika mereka kecil akan memberikan manfaat kepada anda kemudian, terutama setelah mereka dewasa. Ketika itu anda mungkin akan dicari untuk berkongsi isu maklumat yang penting, ataupun tidak.

Bagaimana anda mendisiplinkan anak anda?

Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Sesetengah mungkin lebih bersifat tegas, manakal sesetengah yang lain pula mengambil pendekatan yang lebih lembut. Apa yang penting di sini adalah hasil positif tindakan mendisiplinkan anak anda, di mana akhirnya mereka akan menjadi baik dan lebih baik. Tiada siapa yang boleh beritahu, apa yang terbaik untuk anda, tetapi anda boleh bertanya diri sendiri sama ada tindakan anda membuahkan hasil yang positif. Jika anda rasa anda terlalu strict, dan anak anda mengikut arahan anda kerana takut, berbanding hormat. Mungkin anda perlu pertimbangkan untuk mengubah sedikit cara pendisiplinan anda. Pada masa yang sama, jika cara anda yang terlalu cool tidak begitu membantu anak anda menjadi lebih baik, mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk bertindak sedikit tegas. Itu keputusan anda, jadi beri perhatian apa yang anak anda perlukan daripada anda.

Adakah anda membawa pulang kerja ke rumah?

Kebanyakan bapa tahu apa perasaannya pulang ke rumah dalam keadaan lapar dan penat setelah seharian bekerja. Mungkin ada ketika di mana urusan kerja tidak berjalan lancar, atau ada pekerja yang buat masalah di tempat kerja, atau berlaku salah faham. Walaubagaimanapun, kebanyakan bapa yang pulang ke rumah juga akan disambut dengan wajah comel yang teruja mahu meluangkan masa bersama anda atau berkongsi cerita tentang hari mereka kepada anda. Mungkin anda mahu mengabaikannya saja dan mencari ruang ketenangan bagi diri sendiri, tetapi anda tak boleh berterusan melakukannya kerana mungkin akan menjejaskan kualiti hubungan di antara anda dan anak anda. Jadi, anda perlu tolak tepi kerja anda untuk seketika waktu dan berikan perhatian terhadap keperluan anak anda. Dengan latihan dan kesabaran, anda pasti akan biasa dan menganggap semuanya sebahagian daripada alam semulajadi anda. Hahaha.

Adakah anda menyediakan hidangan untuk anak anda?

Mungkin ini tidak kelihatan begitu penting bagi anda, tetapi anak-anak suka apabila mereka melihat bapa bekerja di dapur. Seperti satu ‘treat’ bagi mereka. Tak kisah apa yang anda sediakan untuk mereka, walaupun sepotong roti sandwich. Meluangkan masa di dapur bersama anak mencipta hubungan yang istimewa di mana wang tidak boleh membelinya. Melihat bapa di dapur juga membuatkan anak-anak berasa penting dan disayangi. (No offence, para ibu-ibu sekalian!)

 Apa contoh yang anda tetapkan sebagai seorang bapa?

Ini mungkin antara perkara terpenting yang perlu diberi perhatian dalam minda apabila anda mempunyai anak. Kanak-kanak cenderung untuk mencontohi apa yang mereka lihat dan dengar. Perkara akhir yang kita tak mahu daripada mereka adalah mengutip segala unsur negatif yang mereka lihat dan dengar, terutamanya daripada anda! Jadi, apabila anda di rumah sering bercakap buruk dan menyumpah seranah, sebenarnya anda memberikan contoh yang buruk kepada anak-anak anda, kerana tak mustahil. Mereka juga akan mencontohi perangai anda.

Adakah anda menghormati ibu bapa lain?

Sebagai contoh, jika ada kanak-kanak di taman permainan yang bersikap nakal terhadap anak-anak anda, apa yang akan anda lakukan? Untuk sesetengah kes seperti ini, ingat, ibu bapa mereka mungkin sudah menghadapi kesukaran untuk mengawal anak mereka, jadi cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan. Anda mungkin tak terkejut, berapa ramai ibu bapa yang bergaduh dengan ibu bapa lain kerana masuk campur urusan anak-anak mereka secara kasar. Perkara yang wajar dilakukan adalah, beritahu dengan sopan kepada kanak-kanak itu bahawa perbuatan itu tidak bagus, dan beritahu juga kepada ibu bapanya. Cara lain adalah bawa anak anda ke tempat lain yang tiada gangguan.

Adakah anda pemurah dengan pelukan dan ciuman?

Kanak-kanak sukakan pelukan dan ciuman yang datang daripada bapa mereka, lebih-lebih apabila mereka tidak melihat anda sepanjang hari. Jadi, letih atau tidak, letak semuanya ke tepi dan berikan anak anda pelukan dan ciuman, serta bermainlah dengan sesungguhnya dan anak-anak anda pastu akan menghargainya!

Pernahkan anda membawa anak-anak ke tempat baharu?

Setiap orang boleh mengubah pemandangan, walaupun hanya di taman permainan yang berbeza. Kanak-kanak sukakan pengalaman baharu bersama bapa mereka. Ia memberi peluang kepada anda untuk mengukuhkan ikatan bersama anak di samping anda meneroka dan bercakap tentang perkara baharu yang boleh dibandingkan dengan tempat yang biasa anda pergi.

Adakah anda menunaikan janji yang dibuat bersama mereka?

Kanak-kanak sangat serius memegang janji. Mungkir janji hanya akan menghancurkan kepercayaan anak-anak terhadap anda, lebih dari apa yang anda sangkakan. Tambahan pula, tidak menunaikan janji akan membuatkan kanak-kanak kecewa, di mana akhirnya mereka akan turut kecewa dengan anda. Untuk selamat, pastikan anda berjanji tentang perkara yang anda yakin boleh penuhi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Comments are closed.