Peradaban Atlantis

1693
views

Kisah tamadun Atlantis tercatat dalam karya Plato iaitu ‘Timaeus’ dan ‘Critias’. Karya ini ditulis dalam bentuk dialog antara dua orang ahli politik, iaitu Critias dan Hermocrates dan dua orang ahli falsafah iaitu Socrates dan Timaeus.

Dalam ‘Critias’, pengenalan dimulakan dengan pembahagian kawasan untuk dikuasai antara dewa-dewa Yunani. Dewa Poseidon diberikan sebuah pulau seluas neara Libya dan Asia Kecil yang terdiri daripada gunung-ganang.

Pulau tersebut terletak melepasi Gerbang Hercules (Pillar of Hercules) yang menjadi laluan laut antara Sepanyol dan Afrika menuju Lautan Atlantik.

Pada satu hari, Poseidon jatuh cinta pada seorang manusia bernama Cleito. Poseidon bentukkan pulau yang dia kuasai itu seperti gambar di bawah sebagai anugerah percintaannya.

Tiga lorong air dan tembok yang mengelilingi pusat seperti cincin itu dibangunkan untuk melindungi Cleito. Mereka melahirkan lima orang anak.

Salah seorangnya adalah dewa Atlas. Kebetulan nama Atlas anak Poseidon ini sama dengan titan Atlas yang sangat popular sebagai titan yang telah memikul dunia sebagai hukuman setelah perang antara dewa-dewa dan titan-titan.

Nama Lautan Atlantik (Sea of Atlas) dan kota Atlantis (Island of Atlas) adalah bersempena dengan nama Atlas ini. Atlas merupakan raja pertama kota tersebut.

Atlantis merupakan kerajaan yang kaya dan subur. Tatanan masyarakatnya sangat sempurna dan mempunyai leluhur yang tinggi. Kaya juga dengan pengetahuan.

Dalam karya ‘Timaeus’, Socrates pernah membayangkan sebuah masyarakat yang sempurna seperti yang pernah dijelaskan panjang lebar dalam karya ‘Republic’ iaitu konsep ‘Philosopher King’.

Socrates bertanya kepada tiga orang yang terlibat dalam dialog ini contoh-contoh masyarakat tersebut. Critias menyebut peradaban Atlantis. Socrates sebenarnya membayang Athens sebagai masyarakat yang sempurna kerana terdiri banyak sekolah falsafah.

Apabila Atlantis mula berkuasa, mereka menguasa banyak wilayah di sekitar wilaya utara Afrika sehinggalah mereka diundurkan oleh tentera Athens.

Ketamakan dan kegilaan kuasa dalam kerajaan Atlantis telah membuatkan dewa-dewa murka lalu banjir besar menimpa kerajaan ini. Lalu, Atlantis pun tenggelam tidak ditemui.

Karya ini mempunyai pelbagai tafsiran, tapi ahli-ahli sejarah bersepakat kota ini adalah kota fiksyen yang Plato jadikan sebagai alegori untuk menjelaskan konsep masyarakat sempurna yang dipimpin oleh ahli falsafah.

Ada juga tafsiran lain bahawa Atlantis ini sebenarnya benua Amerika yang waktu itu masyarakat dunia Eropah belum lagi menemuinya. Banyaklah tafsiran dibuat.

Tapi kisah Atlantis ini sangat popular dalam pelbagai kisah fiksyen di masa kini yang telah menjadi ‘pop-culture’.