Apa Yang Sejarah Beritahu Kita Tentang Epidemik?

280

https://bit.ky/kombowww

Bolehkah kita belajar daripada sejarah mengenai bagaimana peny4kit merebak dan bagaimana kita menghadapinya?

‘Strategi untuk menangani wabak telah membentuk asas kepada pembentukan polisi di masa hadapan’

John Henderson, Professor Sejarah Zaman Pembaharuan Itali di Birkbeck, Universiti London dan penulis Florence Dikepung: Mendepani W4bak di dalam sebuah Kota Moden Terawal (Yale, 2019)

Berita mengenai rebakan dan tindak balas kepada koronavirus telah menggempur hidup seharian kita, bertukar-tukar mencipta rasa takut dan selamat, ekoran media sosial yang menaruh rasa kacau-bilau sementara pihak berwajib menekankan bahawa epidemik masih di bawah kawalan.

Namun frasa-frasa dan tema-tema yang membentuk pengumuman rasmi bukan sesuatu yang baru. Ia wujud ekoran tindak balas berabad-abad lama terhadap epidemik di mana tiada yang lebih jelas berbanding dengan sampar. Tentunya, strategi untuk menangani sampar zaman pra-perindustrian Eropah telah membentuk asas kepada polisi masa hadapan dan tercermin di dalam inisiatif kesihatan awam terkini.

Polisi ‘pembendungan’, ‘pengurangan (mitigasi)’, dan ‘kuarantin’ bukan benda baru. Ironinya, berdasarkan prevalens terkini koronavirus di utara dan tengah Itali, tiada sangka di situ juga evolusi pertama beberapa strategi kesihatan awam utama bermula ketika zaman Pembaharuan.

Cordon Sanitaire dipenuhi dengan 4skar sepanjang barisan hadapan telah menghalang penularan wabak ke dalam negeri lalu memberikan impak negatif ke atas ekonomi seperti mana sekatan yang dikenakan ke atas industri, perdagangan dan perniagaan. Bandar-bandar yang mungkin lebih terlindung kini ekoran dinding zaman pertengahan telah menggaji pengawal bagi menghalang sesiapa yang cuba untuk masuk.

Jalan-jalan telah dinyahkuman dengan ranting pohon Juniper terbakar. Sementara itu, rumah yang dijangkiti, perabot dan tempat tidur telah disucikan dengan sulfur. Doktor-doktor memakai topeng muka w4bak yang berparuh memenuhi jalan-jalan sepertimana pegawai perubatan masa kini memakai pelitup mulut yang lebih ringkas.

Seterusnya sepertimana sekarang, kerisauan yang dinyatakan mengenai perkumpulan orang ramai lalu majlis awam dihalang dan sekolah serta pasar ditutup. Mereka yang sakit akan dibawa ke pusat kuarantin yang luas — ‘Lazaretti’ — sementara kontak akan diasingkan selama 40 hari di rumah atau di institusi besar jauh daripada dinding-dinding bandar.

Strategi-strategi ini menekankan peranan kerajaan di dalam pembendungan dan pengurangan sementara ia mencari jalan mengelak tercetus perasaan panik dan ketakutan. Walaupun ini merupakan zaman sebelum media sosial, khabar angin disebarkan dan sebilangan masyarakat pinggiran telah dituduh menyebarkan peny4kit itu lalu menimbulkan persoalan mengenai impak polisi rasmi ke atas kebebasan manusia.

‘Epidemik menyer4ng daripada luar dan dibawa masuk ke dalam’

Samuel Cohn, Profesor Sejarah Pertengahan, Universiti Glasgow dan penulis buku Epidemik: Benci dan Belas Kasihan semenjak Wabak di Athens hingga AIDS (Oxford, 2018)

Saya menumpukan pada salah satu aspek epidemik, malah salah satu daripada sumber sejarah semenjak dahulu kala hingga abad ke-19 telah kebanyakanya melaporkan mengenai tindak balas manusia.

Sekurang-kurangnya semenjak awal 1980an dan HIV/AIDS, tindak balas berkaitan epidemik sepanjang masa tertumpu hampir sepenuhnya kepada rasa curiga, menyalahkan dan keganasan kepada orang miskin, orang luar dan mangsa penyakit. Ini mudah untuk dibayangkan.

Epidemik selalunya menular dari luar, dibawa masuk ke dalam oleh perumah asing dan dianggap muncul ekoran kemiskinan dan pencemaran. Malah, kerenceman rasa benci dan keg4nasan lebih terpecah berbanding apa yang biasa dijangkakan.

Kemarahan dan keganasan biasanya bergerak melawan arus, daripada orang miskin kepada pihak kerajaan, terutamanya apabila pihak bangsawan mengenakan kuarantin jenis ganas dan tentera mencari mereka yang dirasakan sebagai inkubator penyakit — orang miskin — sepertimana wabak bubonik di penghujung abad ke 19 di benua kecil India. Orang miskin telah dikandangkan ke dalam kem pemisahan binatang lalu menyebabkan pember0ntakan dan orang ramai berkumpul beribu-ribu ramainya melawan bangsawan penjajah dan kerajaan tempatan.

Gaya kebencian boleh dilihat pada arah bertentangan juga sepertimana pember0ntakan kolera daripada zaman 1830an hingga abad ke 20. Sekali lagi, orang miskin menjadi pencetus keg4nasan manakala, pegawai perubatan menjadi mangsa utama bersama tuduhan mencipta penyakit bagi mengurangkan populasi orang miskin.

Bagaimanapun, sejarah menunjukkan tindak balas g4nas itu merupakan pengecualian terutamanya sebelum abad ke 19. Ternyata epidemik boleh menghapuskan perseteruan kelas sepertimana di antara bangsawan senat dengan marhaen di Rom abad ke-5.

Wabak juga boleh meningkatkan rasa belas kasihan seperti mana berlakunya perlimpahan sukarelawan awam dan pengorbanan diri merentas dunia ketika berlaku Influenza Hebat pada tahun 1918-20.

Persoalan yang timbul: mengapa berbeza? Semenjak 200 tahun yang dahulu, satu pembolehubah yang terlihatkan: kadar kem4utan (kadar pes4kit yang mati) dan bukannya kematian. Ketika kolera tahun 1830an dan Ebola kini, s3rangan ke atas pegawai perubatan dan kerajaan mengulangi perkara yang serupa: ‘Mereka masuk hospital, namun mereka tidak keluar hidup-hidup.’

‘Ketakutan dan kecurigaan meledak lebih cepat daripada mana-mana virus’

Patricia Fara, Bekas Presiden Persatuan British untuk Sejarah Sains dan Felo Emeritus Kolej Clare, Cambridge.

Epidemik membiak rasa takut dan curiga yang meledak lebih cepat daripada mana-mana virus. Ketika sebuah peny4kit misteri meletus, tindak balas pertama yang mengeruhkan ialah panik — perkara kedua adalah untuk mengenalpasti punca. Daripada sibuk mencari penawar, menyalahkan kononnya punca kepada peny4kit itu menunjukkan permasalahan yang sudah wujud di dalam masyarakat itu.

Pada awal 1980, ketika punca AIDS masih tidak diketahui, akhbar Amerika telah menuduh orang Afrika melakukan hubungan kelamin dengan chimpanzee, manakala agen Soviet mengesan punca di makmal penyelidikan US. Namun ketika homofobia menembusi antarabangsa, kebencian yang paling dahsyat dihalakan kepada Pes4kit Kosong, seorang pramugara homoseksual yang secara tidak adil telah dinamakan sebagai sumber penyakit tersebut.

Pada tahun 1665, ketika berlaku serangan bakteria paling jahat di England, suspek utama ialah Tuhan. Ekoran kekurangan sebarang penjelasan lain, masyarakat menyerbu gereja lalu berdoa untuk dibebaskan daripada apa yang mereka tafsirkan sebagai balasan Tuhan ke atas dosa mereka.

Di dalam novel separa beliau, Jurnal Tahun Wabak, Daniel Defoa menyatakan kekecohan memuncak apabila pengasingan paksa dibuktikan gagal. Selalunya, beliau menegaskan, ‘kejahatan perseorangan’ akan mengalahkan ‘kebaikan umum/awam’. Risau dijangkiti, banduan yang kononnya sihat telah merempuh pintu berkunci bagi mendapatkan makanan, mencuri rumah-rumah terbiar atau melarikan diri ke luar bandar lalu menyebarkan peny4kit berjangkit lebih luas.

Bagi mereka yang mampu mempunyai pengasingan luar bandar yang mewah, kadang-kadang menawarkan cuti sabbatikal yang produktif. Apabila dibebaskan daripada tugas-tugas beliau di Persatuan Diraja, Robert Hooke, seorang jurumiskroskop, telah menenggelamkan diri di dalam eksperimen dan membuat spekulasi mengenai fosil laut yang beliau temui di Surrey Downs.

Sementara itu, seorang pelajar sarjana muda Cambridge yang terkurung di kotej Lincolnshire buat sementara waktu mendakwa telah duduk di bawah sepohon epal lalu menerbitkan teori graviti dan menggunakan prisma bagi membuktikan matahari mempunyai warna seperti pelangi.

Namun sains tidak mampu untuk menerangkan mengenai sampar. Walaupun dengan lukisan pinjal beliau yang teliti, Hooke menafikan pengaruh mereka dan saintis moden tidak boleh menjamin pelindungan. Samada kita menyalahkan Tuhan atau seorang lelaki suci, ramai akhirnya akan m4ti ketika mana kebiasaan terganggu.

‘Cacar kekal satu-satunya peny4kit manusia yang berjaya dihapuskan’

Sandra Hempel, penulis Atlas Penyakit: Memeta Epidemik M4ut dan Penjangkitan daripada sampar kepada Virus Zika (White Lion, 2018)

Pada tahun 1970an, terdapat seorang pelajar yang akan menjadi salah seorang jurumikrobiologi klinikal terulung, telah dilarang untuk melakukan penyelidikan berkenaan peny4kit berjangkit. Ia sia-sia, ujar profesor beliau. Sekalung terima kasih buat vaksinasi dan antibiotik, epidemik peny4kit berb4haya seperti cacar, sampar, tifus dan malaria, akhirnya mengundurkan diri.

Bagaimanapun, hampir 50 tahun kemudian, cacar kekal sebagai satu-satunya peny4kit manusia yang berjaya dihapuskan. Buat masa sekarang, patogen baru telah muncul, menular daripada perumah haiwan kepada manusia, atau meletus keluar daripada habitat adat mereka di permukaan dunia yang terasing menuju ke dunia global.

Pada tahun 2002, telah muncul peny4kit jenis pneumonia yang tidak diketahui di China. Sindrom Pernafasan Akut Teruk atau SARS, sejenis koronavirus seperti COVID-19 dan selsema, telah membvnuh lebih 700 orang di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia. Ebola mula dikenalpasti pada tahun 1976 namun ia terhad kepada wabak kecil di Afrika Tengah.

Kemudian tiba-tiba pada tahun 2014, ia melanda Afrika Barat dan lalu seluruh dunia. Dan saat tiba tahun 2016 pandemik HIV dan AIDS, di mana ia mendapat perhatian dunia pada tahun 1980an, telah bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 35 juta kem4tian. Bagi mendapatkan perbandingan sepadan, kita perlu kembali kepada abad ke-14 dan M4ut Hitam.

Seterusnya terdapat kemunculan pelik pada penyakit-penyakit yang lebih mapan. Pada tahun 1916, poliomielitis yang hanya diketahui sebelum ini melalui wabak kecil yang boleh dibendung telah meletus di New York dan membvnuh 6000 orang merentas US. Menjelang 1940-an dan 1950-an, polio menyebabkan kelumpuhan atau membvnuh lebih separuh juta orang seluruh dunia setiap tahun.

Dan kami masih tidak memahami mengapa, pada tahun 1918, influenza tiba-tiba mula membvnuh jutaan orang muda yang sihat sehingga menjadi pandemik global. Sebelum itu, kem4tian selsema hanya terhad pada mereka yang tua dan s4kit.

Walaupun kemajuan di dalam sains perubatan begitu menakjubkan semenjak lewat abad ke 19, patogen-patogen yang bertanggungjawab membawa penyakit epidemik nampaknya terbukti lebih lasak, tangkas dan sukar diramal berbanding apa yang dibayangkan oleh profesor zaman 1970-an. Pertarungan untuk mengatasinya nampak jelas masih ketinggalan jauh.

RUJUKAN:   

History Today (4hb April 2020) What can History tell us about Epidemics. https://www.historytoday.com/archive/head-head/what-can-history-tell-us-about-epidemics

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.