11 Spesis Ikan Air Tawar Terbesar Dunia

1,394

Dalam kehidupan laut terdapat banyak spesis ikan. Dari sebesar-besar ikan seperti Whale Shark, sehingga sekecil-kecil ikan boleh dijumpai dalam kehidupan laut.

Setakat tahun 2000, menurut the National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), 95% laut masih belum diteroka oleh manusia. Sampai sekarang kita tak tahu spesis apakah yang menghuni dibawah dasar laut. Adapun ikan tidak hanya boleh ditemui di laut sahaja, bahkan ia hidup ditempat berair yang lain seperti sungai, tasik, kawasan paya dan longkang.

Terdapat kehidupan air tawar sama sahaja seperti kehidupan laut. Mempunyai banyak jenis spesis ikan, dari kecil sehingga besar. Dibawah ialah senarai ikan air tawar terbesar di dunia.

1# Beluga
Beluga antara spesis ikan Sturgeon yang mendiami sebahagian laut hitam (Black Sea) dan laut Caspian (Caspian Sea). Selain rupanya yang ganas, purata jangka hayat Beluga boleh mencecah sehingga 100 tahun. Ukuran terbesar Beluga yang pernah dijumpai adalah sekitar 7 Meter dan seberat 1 tan! Oleh kerana spesis ini terus berkembang sepanjang hayatnya, ia menjadikan Beluga sebagai spesis ikan air tawar terbesar di dunia.

2# Mekong Giant Catfish

Sekali imbas, Ikan ini hampir sama seperti Ikan Keli. Ya, Mekong Giant Catfish dan Ikan Keli dari keturunan yang sama. Yang membezakan antara dua jenis ikan tersebut ialah dari segi ukuran saiz. Banyak jenis ikan dapat membesar sehingga bersize ‘gergasi’ tapi semua itu tak dapat ‘challenge’ Mekong Giant Catfish yang hidup kawasan air tawar di Asia Tenggara.

Ikan yang berkebolehan membesar sehingga 10 kaki panjang (3 Meter) dan seberat 294 Kg. Membuatkan ia sebagai spesis yang tinggi nilainya. Malangnya ikan ini telah diwartakan sebagai spesis terancam kerana kerancakan pembangunan di Sungai Mekong yang merencatkan kawasan habitatnya, selain penangkapan ikan secara berlebihan membuatkan ikan ini semakin pupus. Walaupun ada usaha melindungi spesis terancam ini, ia masih kekal berada dalam kategori ‘critically endangered’.

3# Alligator Gar

Okey, Ikan ini dinamakan sebagai Alligator Gar kerana ia memiliki mulut yang panjang. Terdapat berlainan spesis Alligator Gar yang dijual di kedai akuarium kerana ukuran yang lebih kecil dan sesuai dijadikan sebagai ikan hiasan di rumah.

Ikan jenis karnivor ini berkeupayaan hidup dalam air laut masin dan air tawar. Dan ia antara ikan air tawar kedua terbesar di Amerika Utara, berukuran lebih 10 kaki (3 meter) dan seberat 158KG. Jangka hayat mampu bertahan mencecah 50 tahun. Alligator Gar boleh dijumpai di perairan Mississippi dan sekitar Gulf Coast State.

4# Arapaima

Siapa tak kenal Ikan Arapaima?. Ikan sungai paling mahal boleh mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit.

Ikan berasal dari Sungai Amazon ini berkemampuan membesar sehingga 10kaki dan seberat 135KG ini merupakan spesis ikan‘ purba’ yang hidup sekitar Meocene era anggaran 5-23juta tahun lalu, justeru menjadikan ia antara spesis ‘fliving fossil’ yang masih wujud sehingga sekarang. .

Selain itu, Ia turut dikenali sebagai Pirarucu oleh orang Brazil, dan Paiche di Peru. Oleh kerana faktor tangkapan ikan secara berlebihan, ukuran Araipama makin mengecil sekurangnya 6 kaki. Antara kebolehan lain Araipama adalah mampu bertahan selama 24 jam tanpa air.

5# Giant Freshwater Stingray

Antara spesis Ikan Pari terbesar di dunia yang dikenal pasti oleh saintis pada 1990. Ikan berasal dari Asia Tenggara ini mempunyai kelasnya tersendiri. Berukuran besar lebih 15 kaki (4.5 Meter) selain ekornya panjang 15 inci (38 cm) serta berduri tajam dan mampu menyuntik venom ke pada tulang mangsa. Malangnya, nasib spesis ini sama sahaja seperti yang lain, ia turut terancam kepupusan akibat akviti manusia yang merosakkan kawasan habitatnya.

6# Paddlefish

Ya, Paddlefish bukan Paddle Pop! Ada 2 jenis spesis Paddlefish yang dikenali sebagai Chinese Paddlefish dan American Paddlefish. Apa yang membuatkan ikan ini lebih unik adalah mulutnya memanjang dan berbentuk ‘paddle’

Paddlefish yang memakan Zooplankton ini dapat membesar sepanjang 10 kaki dan seberat 68KG. Tetapi seperti biasa, spesis Mandarin Paddlefish yang mendiami Sungai Yangtze diancam kepupusan akibat kerasukan manusia yang terlalu tamak sehingga mengancam habitat mereka.

7# Giant Barb

Sekali lagi, Banyak spesis ikan yang besar dapat ditemui di Asia Tenggara. Giant Barb yang telah ‘dewasa’ biasanya dapat membesar sehingga 10 kaki, untuk spesis ini agak sukar untuk menemui saiz kurang dari 5 kaki.

Ikan yang tidak berbahaya ini lebih suka makan organisma kecil seperti Algae dan phytoplankton, sekali sekala memakan buah. Giant Barb juga terancam kepupusan akibat kehilangan habitat.

8# White Sturgeon

Selepas Alligator Gar, White Sturgeon pula merupakan spesis ikan terbesar di benua Amerika Utara. Keluasan kawasan habitat White Sturgeon merangkumi Bahagian Pantai Barat Amerika Utara sehingga Aleutian Island iaitu sebuah pulau terletak sekitar Alaska.

Selain sungai, White Sturgeon mendiami tempat-tempat beraliran seperti Muara dan Laut. Apabila tiba musim mengawan, White Sturgeon akan berhijrah ke Hulu Sungai untuk bertelur dan jangka hayat spesis hidupan laut ini sekitar 80-100 tahun. Oleh kerana hayatnya yang agak panjang, mereka terus membesar sehingga 12-20kaki dan seberat satu tan!

Ikan ini begitu popular menjadi sasaran oleh nelayan di California. Tidak ada senarai/akta rasmi bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan tersebut, maka ia hanya dikategori dalam ‘Species of Special concern’ di California.

9# Nile Perch

Ikan Nile Perch merupakan spesis ikan air tawar terbesar di Afrika. Mendiami dalam Sungai Tropika di Afrika. Nile Perch dapat membesar sehingga 6 kaki panjang (1.8 Meter) dan disebabkan spesis ini agak popular dikalangan nelayan, maka ia diperkenalkan dan dilepaskan pada tasik/sungai yang bukan merupakan kawasan habitatnya

Kesan daripada itu, ia menjadi spesis invasif yang berbahaya buat ikan lain yang mendiami tasik itu. seperti tragedi yang berlaku dalam Tasik Victoria, lebih daripada 200 spesis ikan hampir terancam disebabkan Nile Perch yang telah merosakkan ekosistem tasik/sungai tersebut yang bukan tempat asal habitatnya.

10# Siberian Taiman

Ikan Siberian Taiman mendiami dan sering dijumpai di sungai-sungai dan tasik di Rusia, Mongolia dan Asia Tengah. Siberian Taiman merupakan spesis terbesar dalam keluarga ikan ‘Salmon’.

Jenis ikan ini tak macam spesis ikan air tawar yang lain dimana spesis-spesis itu membesar dengan pantas, Siberian Taiman membesar dengan perlahan dan jangka hayat yang panjang. Ikan yang sudah matang secara kasar mampu membesar sehingga 6 kaki. Dalam pada itu, Siberian Taiman jadikan Tikus dan Burung sebagai ‘santapan’nya.

Populasi Ikan Siberian Taiman makin menurun disebabkan pencemaran sungai dan aktiviti manusia yang menghapuskan kawasan habitat mereka.

11# Bull Shark

Spesis Jerung yang mempunyai gigi tajam dan berlapis selain sifatnya yang agresif dan berbahaya pada manusia ini menghabiskan masa berenang dalam kawasan Tropika dan Subtropika di seluruh dunia.

Spesis ikan pemangsa ini boleh membesar sehingga 6 kaki dan lebih. Uniknya Bull Shark adalah satu-satunya spesis jerung yang mampu bertahan lama hidup dalam kawasan air tawar.

Malang sekali, Bull Shark hampir pupus kerana pembangunan yang mengacau tempat asal habitatnya.’

RUJUKAN:

Nelson, Bryan. (2020). 11 Largest Freshwater Fish in the World. Treehugger. https://www.treehugger.com/largest-freshwater-fish-in-the-world-4869287

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.