1. TIADA BELANG HARIMAU YANG SERUPA
Kucing besar ini menggunakan bulunya untuk menyamar. Setiap harimau mempunyai corak belang yang unik yang boleh digunakan untuk mengenalinya, sama seperti cap jari manusia. Sebahagian harimau mempunyai bulu warna jingga dengan belang berwarna hitam; sementara sejumlah yang lain berwarna hitam dan berbelang gelap sambil beberapa harimau lagi berwarna putih dan berbelang gelap, atau bahkan kesemuanya berwarna putih (albino).

2. HARIMAU ADALAH SPESIS YANG TERANCAM

Manusia buat sekian lamanya telah memburu harimau untuk mendapatkan bulu dan bahagian tubuhnya yang lain. Harimau juga telah kehilangan habitat akibat pertanian dan pembalakkan yang dilakukan oleh manusia. Misalnya di Sumatera, Indonesia yang menjadi tempat tinggal bagi Harimau Sumatera telah kehilangan separuh dari litupan hutannya (50%). Dalam masa hanya seratus tahun, 97% populasi harimau telah lenyap, tiga subspesis telah pupus dan seluruh spesis ini dijangka akan mengalami kepupusan dalam masa sedekad.

3. HARIMAU DI DALAM KURUNGAN JAUH LEBIH BANYAK BERBANDING DI HUTAN

Dianggarkan terdapat 3000 ekor harimau di hutan manakala 5000 hingga 10 000 ekor berada di dalam kurungan, di Amerika Syarikat. Sekitar 90% daripada jumlah itu dikurung di dalam zoo, laman belakang fasiliti pembiak baka, gerabak sarkas, dan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

4. HARIMAU ADALAH HAIWAN TERBESAR DALAM KELUARGA KUCING

… Disusuli oleh singa di tempat kedua dan jaguar (harimau kumbang) di tempat ketiga, Harimau Siberia adalah subspesis paling besar dengan berat yang mampu mencapai 675 paun dan berupaya membunuh haiwan yang bersaiz dua kali ganda lebih besar berbanding dirinya.

5. HARIMAU ADALAH HAIWAN YANG MEMILIKI WILAYAH

Harimau hidup bersendirian dan menghidu-tanda di wilayah-wilayah mereka. – yang mana ia boleh mencapai sehingga 10 000 kilometer persegi (Perlis 821 km persegi dan Kuala Lumpur 243 km persegi). Harimau jantan melindungi wilayahnya daripada pencerobohan harimau jantan yang lain. Pun begitu, ia membenarkan harimau betina untuk memasuki wilayahnya untuk tujuan pengawanan. Wilayah harimau jantan lazimnya jauh lebih besar berbanding wilayah harimau betina, dan mungkin boleh bertindih dengan 1-7 wilayah harimau betina.

6. TERDAPAT SEHINGGA SEMBILAN SUBSPESIS HARIMAU

Dalam satu masa, subspesis ini melibatkan subspesis Bengal, Siberia, Indocina, Selatan Cina, Sumatera, Malaya, Kaspia, Jawa dan Bali. Di antara kesemua subspesis ini, Kaspia, Jawa dan Bali telah pun mengalami kepupusan manakala subspesis Selatan Cina pula telah pun pupus di hutan belantara dan selebihnya berstatus terancam.

7. JANGKA HAYAT HARIMAU MAMPU MENCAPAI 10-15 TAHUN

Harimau secara tipikalnya bersifat kemalaman (nocturnal) dan hidup secara terpencil. Pada permulaan hidupnya, harimau meluangkan selama dua setengah tahun bersama ibunya sebelum menjalani kehidupan berdikari untuk seumur hidup.

8. BANYAK BUDAYA MENGANGGAP HARIMAU SEBAGAI SIMBOL KEKUATAN DAN KEGAGAHAN

Walau bagaimanapun, anggapan ini juga memiliki kesan susulan yang buruk memandangkan memburu harimau ini juga dianggap sebagai lambang keberanian. Di Asia, harimau adalah salah satu dari lima jenis haiwan yang menerima upah paling tinggi sekiranya berjaya diburu. Selain itu, 60% penduduk Cina memburu haiwan untuk tujuan perubatan. Ekonomi yang galak di Asia Tenggar mendorong kepada permintaan yang tinggi terhadap produk hiliran berasaskan harimau. Secara umum, perdagangan antarabangsa melibatkan produk haiwan liar ini dianggarkan mencapai 6 billion dollar setahun.

9. KESEMUA HARIMAU ADALAH KARNIVOR, NAMUN TERGOLONG DALAM KARNIVOR YANG MASIH MENJAGA PERILAKU

Harimau jantan kebiasaannya memburu dan memakan hasil buruannya secara sendirian. Sekiranya ia mempunyai keluarga, harimau berkenaan akan memberi laluan kepada harimau betina dan anak-anaknya untuk makan terlebih dahulu. Makanan mereka lazimnya berupa khinzir, rusa, badak dan anak gajah. Mereka mampu memakan sehingga 21 kilogram daging sehari.

10. HARIMAU MAMPU MEMILIKI SEHINGGA TUJUH EKOR ANAK

Harimau betina dewasa secara umum mampu beranak setiap dua tahun. Namun, sekitar separuh sahaja dari anak harimau dapat terus hidup. Hal ini kerana sang ibu tidak dapat meninggalkan kumpulannya (anak-anaknya) buat tempoh masa yang cukup lama untuk membunuh haiwan mangsa yang cukup untuk melangsungkan kehidupan mereka. Anak-anak harimau hanya dapat menyertai ibunya berburu setelah berusia 8 hingga 10 bulan, dengan pengawasan rapi daripada sang ibu.

11. HARIMAU BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA TARING MEREKA UNTUK HIDUP

Rahang harimau dicipta untuk ‘mematahkan leher, menghancurkan tulang hingga ke sumsum dan melumatkan daging sehingga cukup lembut untuk ditelan”. Gigi taring mereka sangat tajam dan dipenuhi dengan saraf untuk membenarkan mereka berburu dan menyerang mangsa dengan jitu dan tepat. Sekiranya seekor harimau kehilangan taringnya, ia tidak lagi mampu membunuh dan hanya menunggu ajal datang menjemputnya, akibat kebuluran.

SUMBER:

Yelena Melnichenko. (1 Julai 2019). 11 Fierce Facts About Tigers. Mental Floss. http://mentalfloss.com/article/64948/11-ferocious-facts-about-tigers


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.