11 Ciri Chrome Yang Tidak Diketahui

105

Saya yakin ramai pengguna di luar sana mempunyai pelayar internet masing-masing tak kiralah sama ada Chrome, Firefox, Microsoft Edge atau Opera. Bagi pengguna Chrome, anda pasti sudah biasa dengan semua ciri yang terdapat pada pelayar tersebut. Tetapi sedikit pertanyaan, anda perasan tak ciri-ciri Chrome yang saya nyatakan ini? Jika anda tidak perasan, anda boleh gunakannya dengan berkesan bila anda melayari internet.

TAB PIN
Setiap kali kita melayari internet, sudah jadi kebiasaan kita buka beberapa tab dalam satu pelayar yang sama. Tapi bagaimana kalau nak melayari laman sesawang sama dengan kerap dan sudah jadi rutin seharian kita? Jangan risau, anda hanya perlu pin tab laman sesawang tersebut. Caranya mudah saja, hanya klik bahagian kanan tetikus dan akan keluar semua pilihan untuk tab. Pilih bahagian pin tab dan ia akan dibawa ke sebelah kiri semua tab anda, sentiasa ada jika anda mahu melayarinya. Satu lagi kelebihan bila kita pin tab ini ialah saiz tab yang dipin akan mengecil, sekaligus akan memberi ruang untuk kita melihat tab-tab laman sesawang lain.

TUTUP BUNYI LATAR BELAKANG
Mesti rasa menyampah kan bila baca sesebuah artikel atau tengok laman media sosial, keluar audio latar belakang yang kadang-kadang membuatkan kita rasa terganggu. Ada satu ciri Chrome menunjukkan tab mana yang memainkan audio dengan menunjukkan simbol speaker kecil pada tab yang membuat bising. Jika ada video yang dimainkan pada salah satu daripada tab-tab yang dibuka, hanya perlu cari ciri ini. Jika anda mahu tutup audio video tersebut, hanya perlu klik bahagian kanan tab dan tekan Mute Tab. Anda boleh bekerja dengan tenang tanpa perlu meninggalkan tab laman sesawang yang sedang dilayari.

HALANG FUNGSI AUTOMAIN
Jika anda merasakan menutup bunyi latar belakang ini semakin menjengkelkan, jangan risau, ada satu penyelesaian untuk anda. Ketika ini, Google sedang menguji beberapa ciri baru untuk Chrome tetapi belum lagi dilancarkan secara rasmi. Pergi ke bahagian URL Chrome dan taip chrome://flags/#autoplay-policy. Selepas itu, Chrome akan menunjukkan senarai ciri baru yang diuji Google termasuk fungsi automain. Jika anda nak aktifkan polisi automain, pilih Document user activation is required. Selepas selesai memilih, tekan butang Relaunch Now untuk memulakan semula pelayar Chrome.

HALANG PEMBERITAHUAN PERMINTAAN
Satu lagi perkara yang kadang-kadang menjengkelkan kita ialah apabila sesebuah laman sesawang meminta sama anda nak mereka memberitahu tentang perkara-perkara terbaru berlaku dalam laman mereka atau tidak. Dan selalunya, jawapan yang dipilih adalah tidak. Tetapi jangan risau, ada solusi untuk perkara ini. Pergi ke bahagian Settings dan klik bahagian Advanced. Pilih subseksyen Privacy and security dan tekan Content Settings. Seterusnya, tekan Notifications dan pilih jawapan untuk semua permintaan ini dari Ask kepada Blocked. Selepas ini, anda tidak perlu garu kepala melayan permintaan-permintaan laman sesawang.

CARA PALING PANTAS UNTUK GOOGLE SEARCH
Selalunya bila kita nak cari sesuatu maklumat, kita biasanya akan taip pada tab URL Chrome dan anggap itu cara paling pantas. Salah, itu bukan cara paling pantas. Jika anda nampak sesuatu perkataan, klik bahagian kanan tetikus dan pilih Search Google for …. dari menu kandungan. Tab baru akan dibuka dengan menunjukkan semua keputusan pencarian Google. Jika anda tertanya-tanya tentang ayat, tandakan frasa yang nak dicari dan klik bahagian kanan tetikus.

ZUM UNTUK PEMANDANGAN NORMAL
Pasti ada satu masa kita rasa kenapa laman sesawang yang dipilih tidak memberi zum pemandangan yang kita nak. Bagi pengguna Windows atau MacBook, ada satu jalan keluar bagi situasi ini. Untuk kembalikan zum pemandangan kepada normal, hanya tekan Command-0 (MacBook) atau Ctrl-0 (Windows).

PILIH TAB PELBAGAI
Jika anda rasakan tab pelayar dibuka semakin banyak dan memerlukan anda membuka tetingkap pelayar baru, jangan risau, ada solusi untuk anda. Anda boleh pilih tab-tab ini dengan tekan butang Command (MacBook) atau Ctrl (Windows) dan pilih tab-tab laman sesawang mana yang anda pindahkan. Dari situ, tab-tab yang ditanda nampak lebih cerah berbanding tab-tab lain. Selepas selesai pilih, lepaskan butang Command atau Ctrl dan bawa dari tetingkap pelayar sekarang ke tetingkap pelayar baru.

ALAMAK, TERTUTUP TAB!
Sesetengah masa, tatkala kita tergopoh-gopoh bekerja, kita tertekan butang pangkah pada tab pelayar dan apa saja maklumat yang kita cari atau kerja yang diuruskan terus hilang. Anda boleh kembalikan semula tab tersebut dengan menekan butang Command-Shift-T (MacBook) atau Ctrl-Shift-T (Windows).

MULAKAN DARI APA YANG TERTINGGAL
Tahukah anda, anda sebenarnya boleh meneruskan kerja dengan memberitahu Chrome untuk mula semula bukan dengan laman kosong tetapi laman sesawang yang dilawat termasuklah tab-tab laman sesawang. Jika anda mahu melakukannya, pergi ke bahagian Settings, tengok On startup dan pilih Continue where you left off.

KENAPA TERLALU PERLAHAN?!
Kita semua tahu jika kita rasakan komputer kita terlalu perlahan, kita akan rujuk pada Task Manager dan tengok apa aplikasi yang guna banyak CPU dan sumber memori. Tetapi tahukah anda, Chrome juga mempunyai Task Manager sendiri berkenaan isu ini? Untuk buka Chrome Task Manager, tekan butang tiga titik dan pilih More Tools > Task Manager. Tetingkap Task Manager ini akan tunjuk berapa peratus tab dan aplikasi gunakan dari segi CPU dan sumber memori. Tandakan tab atau aplikasi yang mahu ditutup dan pilih End Process untuk tamatkan aplikasi atau tab yang memakan sumber memori dan CPU.

JIMATKAN MASA DENGAN PENGISIAN AUTO
Penat isi semua borang dalam talian dengan semua maklumat? Anda boleh simpan semua maklumat dan benarkan Chrome isi semua maklumat untuk anda. Pergi ke Settings > Advanced > Passwords and forms > Autofill settings untuk simpan alamat dan maklumat pembayaran dengan Chrome. Setiap kali anda isi maklumat dalam talian, masukkan huruf pertama, nama atau nombor kand kredit dan Chrome akan tawarkan untuk isi maklumat bersesuaian dalam borang tersebut.

SUMBER

Elliott, Matt. (2018). CNET. 11 Chrome features you’ll wish you’d known all along. https://www.cnet.com/how-to/11-chrome-features-youll-wish-youd-known-all-along/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.