Kapsul Masa: Alat Penghubung Generasi Masa Akan Datang?

0
1682
views

Manusia di sepanjang zaman sejak tamadun purbakala seperti Mesir, Rom, Yunani,China dan tamadun hebat yang lain diseluruh dunia mencari jalan penyelesaian menyimpan relik yang berharga bermulalah dari pengetahuan senibina, barang-barangan, novel, puisi, sastera, dan sebagainya dengan  membina makam, kamar mahupun bilik yang gah dan kompleks, perangkap maut untuk melindungi harta dari pencuri.

Namun peperangan, perubahan iklim dunia dan keadaan politik dan perubahan kefahaman/idealogi, kemajuan teknolgi membawa kepada kemusnahan dan perubahan kepada bahan simpanan. Walaupun beberapa millenia berlalu, objek dari zaman berkenaan ada yang kekal dan segelintir yang hilang, selalunya makam  firaun di Mesir ditanam bersama objek seperti makanan dan patung dewa-dewa untuk memastikan kegunaannya selepas meninggal dunia, selain hanya merupakan sebuah makam dengan mumia, ia merupakan informasi kebanyakkan kita hari ini masih diterima pakai dan berguna kepada generasi masakini untuk mempelajari bagaimana masyarakat zaman tersebut hidup.

Beberapa ahli falsafah, saintis moden Amerika telahpun bersetuju  menyelamatkan arkib  tersebut dari ancaman luaran dan dalaman (samada dari 10 tahun ke 1000 tahun, dan lebih 3,000 tahun) agar sejarah boleh diajarkan dan dipelajari untuk generasi masa akan datang. Ya, objek simpanan itu ialah “kapsul masa.

Sebuah kapsul masa yang dihasilkan haruslah kedap udara, tahan karat, hakisan asid akibat perbezaan aras PH didalam tanah, kelembapan, tekanan udara sekeliling, dan diperbuat dari bahan-bahan yang tidak merembeskan gas mengurai yang boleh merosakkan media-media didalam kapsul tersebut.

Kebiasaannya, sebuah kapsul masa yang dibina dengan besi tahan karat samada “Stainless steel alloy” akan digunakan. Oleh kerana gas oksigen yang terperangkap didalam kapsul masa yang mampu merosakkan khazanah yang berharga, ia akan digantikan samada dengam gas nadir seperti argon atau nitrogen. Sebuah kapsul masa biasanya dikosongkan dan divakumkan sebelum diisi gas berkenaan. Media didalam kapsul tersebut seperti kertas suratkhabar dan bahan-bahan organik seperti benih-benih pokok akan melalui sesi rawatan khusus agar ia tidak mereput sama sewaktu “melalui perjalanan ke abad seterusnya.”

Antara salah satu contoh kapsul masa yang berusia 220 tahun ialah “Kapsul masa Paul Revere” yang ditanam sendiri oleh Paul Revere Samuel Adams dan William Scollay pada tahun 1795. Pada Disember 2014, Pekerja yang membaiki kebocoran di Massachusetts State House di Boston menemui kapsul tersebut yang diletakkan di penjuru bangunan berkenaan pada 1795. Pihak berkuasa di Boston’s Museum of Fine Arts meluangkan masa berjam lamanya mengeluarkan kotak kuprum yang berkarat seberat 10 paun dengan artifak didalamnya. Disepanjang penemuan berkenaan, adalah 5 keping surat khabar yang berlipat dengan sekurang-kurangnya 24 duit syiling – bertarikh antara 1652 sehinggalah 1855 – termasuk duit syiling separuh sen, satu sen, 10 sen dan duit syiling 25 sen. Set syiling yang seterusnya termasuk syiling pokok Pine dan pingat  kuprum menunjukkan George Washington.

Ketua pemuliharaan objek Museum of Fine Arts Boston iaitu Pam Hatchfield membuka penutup besi dari kapsul masa tersebut di muzium sewaktu pembukaan kapsul masa yang berusia 220 tahun itu. Kredit imej : Associated Press (AP)
Suratkhabar berlipat berusia 220 tahun ditemui dalam keadaan yang utuh dan baik. Kredit imej : Reuter

Menyusul selepas itu pula adalah kapsul masa Westinghouse oleh syarikat Westinghouse Electric & Manufacturing Company. “Time Capsule I” yang dihasilkan untuk kegunaan 1939 New York World’s Fair dan “Time Capsule II” dihasilkan untuk 1964 New York World’s Fair. Kedua-duanya ditanam 50 kaki dibawah Corona Park di Flushing Meadows–, tapak kedua-dua pameran dunia berkenaan; kapsul 1965 diletakkan 10 kaki ke utara dari kapsul masa 1939. Kapsul berkenaan akan dibuka pada masa yang sama pada tahun 6939. Iaitu lima ribu tahun selepas kapsul pertama ditutup. Ya, 5,000 tahun!

Yakin dengan ketahanan karat 5 alaf didalam tanah, besi Kromarc digunakan untuk “Time Capsule II” terdiri dari 52.60% besi, 21.24% Nikel, 15.43 Kromium, 8.20% Mangan, 0.22% Silikon, 0.05 Karbon, 0.013% Fosforus, dan 0.012% Sulfur.

Seorang kanak-kanak memerhatikan monumen kapsul masa berkenaan di expo dunia berkenaan di 1964 New York World’s Fair, Corona Park.
Kredit imej, Wikimedia
Kedudukan “Time Capsule I” yang ditanam kedalam tanah
Kredit imej : Wikimedia.org

Para saintis memasukkan barang-barang yang mewakili dari era
berkenaan kedalam kapsul tahun 1965, iaitu Time Capsule II
Kredit imej : westland.net

Antara barang yang termasuk didalam kapsul 1965 ialah:

·         Bikini

·         Kamera Polaroid

·         Pembalut plastik

·         Berus gigi elektrik

·         Damak

·         pen mata bola

·         Blok molekular

·         Bendera Amerika dengan 50 bintang

·         Wayar superkonduktif

·         Sekotak detergen

·         Radio transistor

·         Sel bahanapi

·         Jam elektronik

·         antibiotik

·         Kanta lengkap

·         Gulungan  Mikro-filem

Waqaf Saham

·         Kad kredit

·         laser Rod ruby

·         Magnet seramik

·         Penapis rokok

·         Rakaman lagu Beatles

·         Benih yang telah melalui proses irradiasi

·         Makanan sejuk-beku

·         Lampu suluh yang boleh dicas semula

·         Fiber sintetik

·         Pelindung haba dari Aurora 7

·         Revised Standard Version of the Bible

·         Filem bersejarah mengenai  USS Nautilus

·         Bahan diperkuatkan dengan fiber

·         Lencana identiti filem

·         Bahan dari satelit  Echo II

·         Unit memori komputer

·         Peranti pengesan radiasi bersaiz poket

·         grafit dari reaktor nuklear yang pertama

·         Pemancar radio satelit Vanguard

·         Bekas untuk Karbon-14

·         tektite

·         zirkonium asli

·         Air Laut Pasifik yang telah di nyahsuling

·         Pil kawalan kelahiran

·         pinggang memasak piro-seramik

·         Injap jantung plastik

·         Panduan rasmi mengenai New York World’s Fair

·         Gambar foto mengenai kejadian penting

Isi kandungan dikapsul masa “Time Capsule I” diisi dengan tandatangan Albert Einstein dan mesej ke generasi masa hadapan, bersama buku ditulis kedalam buku bertajuk “Book of Record of the Time Capsule of Cupaloy” Tujuan buku ini untuk mengekalkan kewujudan kapsul masa berkenaan untuk 5,000 tahun seterusnya, dan memberi maklumat agar orang pada tahun 6939 mencarinya, antaranya manual cara mengeja, bertutur dan memahami abjad pada era 1938. Ini dipercayai agar ia boleh difahami untuk generasi 5,000 tahun kehadapan. Ia diwujudkan sedemikian kerana ipercayai Bahasa Inggeris akan pupus dan lenyap untuk 5 alaf seterusnya.

Kapsul itu termasuklah ilustrasi menunjukkan dengan tepatnya dimana setiap 33 bunyi nada mengenai Bahasa Inggeris pada tahun 1938 dihasilkan dalam bentuk kaviti oral yang Dr.Harrington gelar ia sebagai “mouth map”. Manakala untuk Time Capsule II, diisi dengan falsafah, angkasa, tenaga atomik dan perkembangan saintifik sehinggalah beberapa barang seperti yang dinyatakan di senarai diatas. Kapsul berkenaan juga dikedap dan dipastikan diisi dengan gas nadir seperti Argon dan Nitrogen.

illustrasi menunjukkan cara menyebut aksara penduduk bumi 5,000 tahun dahulu apabila bakal dibuka pada tahun 6939. Dengan menunjukkan kedudukan lidah dan vokal bunyi. Kredit imej : Wikimedia

Apakah pendapat anda mengenai kewujudan kapsul masa yang mampu memberikan pengetahuan kepada generasi masa akan datang? Ataupun arkib yang disimpan didalam bilik tersorok adalah lebih terselamat? Itu terpulang kepada pemilik kapsul untuk menentukan lokasi terbaik untuk penanaman kapsul.

Sumber:

Sarah Pruit (2015) Contents of Boston Time Capsule Buried by Samuel Adams and Paul Revere Unveiled. History.com

Joel Christie (2015) A message from ‘His Excellency’ Sam Adams and ‘The Most Worshipful’ Paul Revere to the 21st Century: Time capsule buried by the real ‘Sons of Liberty’ opened after 220 years. Daily Mail