Pada beberapa hari yang lepas, negara Republik Turki menyambut ulangtahun ke-100 sebuah perjanjian damai yang ditandatangani antara Kuasa Bersekutu dengan delegasi Empayar Uthmaniyyah iaitu pada tarikh 10 Ogos 1920. Perjanjian ini dimeterai bagi menandakan berakhirnya Per*ng Dunia Pertama terhadap empayar tersebut.

Perjanjian ditandatangani di sebuah kilang porselin di luar Paris, tidak sampai beberapa tempoh, perjanjian itu kemudian dianggap sebagai ‘rapuh’ sesuai dengan lokasi berlakunya perjanjian itu di kilang menghasilkan porselin. ‘Orang sakit Bosphorus’, sebagaimana gelaran yang diberikan kepada Empayar Uthmaniyyah oleh beberapa pihak sekutu, akan dipisah, dirobek, dibahagi-bahagikan, hingga hampir tiada apa pun yang tinggal untuk rakyat Turki.

Dengan Empayar Uthmaniyyah yang telah kepenatan kerana akibat dari per*ng dari tahun 1918, gelanggang telah siap sedia dibuka bagi tujuan menghadapi pukulan yang terakhir lagi mem*tikan iaitu Sevres.

Walaupun ia tidak pernah dilaksanakan, Perjanjian Sevres terus bergema hingga seratus tahun kemudian. Sebenarnya, Sevres telah membuka pintu masuk terhadap campur tangan kuasa luar dan sikap ‘double standard’ yang diterapkan oleh negara-negara Eropah terhadap Turki.

Perjanjian Sevres dapat digambarkan sebagai perjanjian yang setara dengan Perjanjian Versailles tetapi kurang terkenal bagi Empayar Uthmaniyyah. Ciri-ciri khas dari perjanjian ini adalah lebih sesuai digambarkan sebagai satu tindakan yang kelihatan sebagai ‘menghukum’ Uthmaniyyah.

Walaupun Perjanjian Versailles juga sama menyebabkan pihak pemenang melakukan penindasan terhadap pihak yang kalah, ‘hukuman’ melalui Perjanjian Sevres ternyata jauh lebih berat. Seperti yang digambarkan oleh Justin McCarthy, Pihak Sekutu mendominasi syarat-syarat perjanjian damai seolah-olah bangsa Turki benar-benar dikalahkan sepenuhnya.

Perjanjian Sevres lebih mengutamakan kepentingan Pihak Sekutu diikuti oleh kepentingan kaum Yunani dan Armenia. Sebenarnya, perjanjian Sevres sudah berada diambang kemuncak untuk melaksanakan sebuah projek nasionalis Yunani yang dikenali sebagai Idea Megali, ia dirancang untuk memadamkan hak Turki dari wilayahnya di Eropah, serta sebahagian besar pesisir Aegean dan Laut Hitam.

Perjanjian Sevres dicatit menjadi satu dokumen yang panjang dan terperinci yang merangkumi 433 artikel. Tujuannya adalah untuk pemisahan, penakl*kan, dan pelucutan hak terhadap segala saki baki tanah milik Uthmaniyyah menjelang berakhirnya Per*ng Besar (Per*ng Dunia Pertama).

Perjanjian itu menyelesaikan beberapa isu yang dimulakan dari penubuhan negara baru di wilayah Turki hinggalah kepada isu-isu dan perincian yang kecil mengenai gerabak kereta api.

Bahagian yang paling mencabar kesabaran dan maruah Turki adalah adalah Bahagian III, Seksyen I, Artikel 36 yang sepatutnya memperuntukkan Kota Konstantinopel (Istanbul) untuk kekal berada di bawah pemerintahan Turki tetapi keputusan ini boleh berubah jika Turki gagal “mematuhi ketentuan Perjanjian ini dengan setia.”

Ini adalah manfaat yang akan digunakan pihak Sekutu bagi memastikan kepatuhan pemerintah Istanbul yang sudah pun akur. Selanjutnya, Artikel 37 menetapkan pembentukan “Suruhanjaya Selat-selat” yang terdiri daripada para perwakilan Kuasa Sekutu, termasuk Yunani, yang pada hakikatnya akan diberikan kuasa mengawal laluan Selat Turki.

Dengan pandangan pendokong Idea Megali yang menunjukkan kecenderungan terhadap kota Konstantinopel, Artikel 36 dan 37 sememangnya tidak menyenangkan hati Turki.

Walaupun Istanbul telah pun tunduk secara rasmi, perjanjian dalam artikel 63-122 boleh disebut sebagai “artikel pemisahan wilayah Turki.”  Untuk klausa yang memperuntukkan pembahagian wilayah dan penubuhan negara-negara baru dengan mengorb*nkan Turki dalam banyak hal adalah inti pati yang jelas melebihkan kepentingan Sekutu.

Wilayah Turki harus dipecahkan mengikut sempadan tertentu untuk negara Kurdi (Artikel 63-64), Yunani akan menggabungkan Izmir dan daerah sekitarnya untuk membentuk negara Greece (Artikel 65-83), dan Armenia akan diluaskan sempadannya dengan mengorb*nkan wilayah timur Turki (Artikel 88-90  ).

Perjanjian itu ternyata telah mematahkan sayap Sultan yang keadaannya sudah sedia lemah sebagai khalifah untuk semua umat Islam. Artikel 139 dimaksudkan untuk memastikan supaya bidang kuasa seorang Sultan dan Khalifah tidak akan melebihi batas wilayah pemerintah Istanbul yang semakin menyusut.

Penakl*kan terus diperluaskan ke sektor ekonomi. Satu Suruhanjaya Kewangan yang baru dan kuat akan dibentuk namun pada dasarnya ia hanya akan mengambil alih kawalan terhadap kewangan Turki dan pengurusan sumbernya.  (Perkara 236).


Perjanjian Sevres bukan hanya terkenal kerana intipatinya yang jelas bertujuan mahu menakl*k dan memecahbelahkan wilayah Turki, tetapi ia juga berusaha untuk menghilangkan identiti Turki dari warisan budaya dan dokumen sejarahnya. Objektif Artikel 423-425 jelas menyatakan hasrat ini.

Artikel 423 menetapkan bahawa Turki akan menyerahkan kepada pihak Sekutu segala “buku-buku, dokumen dan manuskrip bersejarah dari Perpustakaan Institut Arkeologi Rusia di Konstantinopel.”

Turki juga perlu menyerahkan senarai daftar hartanah tempatan kepada Greece yang melibatkan seluruh senarai wilayah-wilayah yang diambil alih oleh Yunani setelah tahun 1912 (Artikel 424).

Negeri-negeri baru yang ditubuhkan dari sisa runtuhan Empayar Uthmaniyyah harus diberikan segala dokumen dan arkib yang berkaitan dengan hartanah berbentuk wakaf dari bekas wilayah Uthmaniyyah masing-masing (Artikel 425).

PENENTANGAN

Perjanjian Sevres ditolak bulat-bulat oleh gerakan penentangan Turki. Parlimen Turki, yang ditubuhkan pada bulan April 1920, telah terbentuk dan memimpin satu rancangan perjuangan kebangsaan.

Pada 19 Ogos 1920, Parlimen Turki menolak perjanjian yang cukup menghina maruah mereka ini dan mengisytiharkan penandatangan dan pegawai yang menyokongnya sebagai bersalah kerana berlaku khianat.

Kandungan syarat-syarat yang ditetapkan oleh perjanjian Sevres mengesahkan bahawa Mustafa Kemal Pasha dan gerakan penentangan yang dipimpinnya telah menduga apa yang akan berlaku dengan tepat sejak awal lagi. Sebenarnya, kejayaan Gerakan Nasionalis Turki adalah untuk memastikan bahawa perjanjian itu tidak dilaksanakan oleh kuasa Eropah atau sekutu mereka.

Skala dan ruang lingkup pemisahan serta penakl*kan yang dibayangkan oleh kuasa-kuasa Eropah telah menjadi sebati dalam jiwa bangsa Turki sebagai satu pedoman sejak peristiwa itu. Sebenarnya, analogi Sevres dan sindrom Sevres sering saja muncul berulang kali apabila negara-negara Eropah kembali terlibat dalam amalan ‘double standard’ terhadap Turki.

Tempoh paling getir dalam sejarah Turki Moden ini memastikan prinsip asas dalam politik antarabangsa – iaitu fakta-fakta di lapangan akan membentuk perjanjian damai. Namun akhirnya, Per*ng Kemerdekaan Turki mengubah fakta-fakta ini dengan beralasan mahu membatalkan perjanjian Sevres dan sekaligus membawa kepada perjanjian damai sebenar yang diselesaikan di Lausanne.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.