https://shopee.com.my/thepatriotsasia

10 Wabak Terburuk Dalam Sejarah

6,337

Wabak penyakit adalah antara peristiwa terburuk dalam sejarah dunia selain perang dunia. Pendedahan pesakit yang membawa penyakit berjangkit ke dalam komuniti sememangnya mencetuskan malapetaka yang tidak diingini. Untuk artikel ini, kita membincangkan 10 peristiwa wabak terburuk di dunia supaya sejarah ini dapat mengajarkan kita bahawa betapa bahayanya penyakit berjangkit ini tersebar tanpa pengawasan lanjut dari pihak perubatan serta pendirian sesetengah masyarakat yang anti-vaksin dan percaya propaganda konspirasi vaksin.

  • Tahun 165: Wabak Antonine

Dikenali sebagai Wabak Galen, ia adalah wabak penyakit purba yang berjangkit di Empayar Rom  oleh para tentera yang pulang dari Asia Dekat (Mesir dan Turki). Sebab berlakunya wabak ini tidak diketahui namun para intelektual mengesyaki bahawa penyakit yang tersebar itu adalah cacar atau campak. Menurut kisah dari orang Rom sendiri, wabak ini berlaku selepas penaklukan Rom di Seleucia pada musim sejuk 165-166 Masihi. Kemudian penyakit ini berjangkit di Gaul oleh pasukan tentera legion yang sakit. Yang memilukan, Lucius Verus iaitu Maharaja Rom ketika itu telah meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Wabak Antonine berlarutan sehingga 15 tahun dan menurut sejarawan Rom iaitu Dio Cassius, setiap hari seramai 2,000 orang rakyat Rom telah m4ti dijangkit penyakit. Kadar kem4tian akibat penyakit ini meningkat sehingga 25%. Sepanjang 15 tahun, seramai 5 orang juta rakyat Rom m4ti dijangkit, menjadikan wabak Antonine membvnuh 1/3 dari populasi rakyat Empayar Rom.

  • Tahun 541 – 542: Wabak Justinian

Wabak kedua teruk berada di Empayar Byzantine yang berpusat di kota Konstantinople setelah jatuhnya Empayar Rom Purba. Sebab berlakunya Wabak Justinian ini adalah kehadiran kutu tikus sebagai pembawa penyakit dan tikus yang berjangkit itu dibawa oleh kapal-kapal dagang ke pelabuhan-pelabuhan penting.

Sesetengah sejarawan menganggap wabak ini adalah wabak paling teruk dunia kerana ia mer4gut ny4wa seramai 25-50 juta orang, bersamaan 13-26% dari populasi dunia ketika itu. Wabak ini dinamakan sebagai Justinian kerana pemerintahan ketika itu adalah Justinian I, pengasas empayar Byzantine. Baginda juga terjangkit dari wabak tersebut namun terselamat dari diragut ny4wanya.

Tahun 2013, para saintis berspekulasi akan apakah virus atau bakteria yang bertanggungjawab terhadap Wabak Justinian. Organisma yang mereka debatkan serta bersepakat adalah spesis Yersinia pestis, bakteria yang sama bertanggungjawab berlakunya Wabak Hitam yang popular. Menurut kajian lagi bakteria ini mempunyai persamaan dengan bakteria Yersinia pestis di kawasan pergunungan Tian Shan (Gunung Syurga) yang merentang dari Kyrgyzstan, Kazakhstan, hingga ke China. Berkemungkinan wabak tersebut bermula dari perkampungan berdekatan pergunungan tersebut.

Ilustrasi menunjukkan para paderi memohon keampunan dari Jesus untuk hilangkan kesengsaraan Wabak Justinian
  • Tahun 1346 – 1353: Wabak Hitam

Wabak Hitam, Black Death atau Pestilence. Inilah wabak popular yang telah sekian lama kita maklumkan. Wabak ini mer4gut ny4wa paling ramai dalam sejarah dunia, iaitu sekitar 75 – 200 juta orang di seluruh Eurasia, persamaan 30 hingga 60% populasi orang Eropah. Bilangan orang yang m4ti dijangkit telah menurunkan jumlah populasi dari 475 juta orang hingga 350 juta orang pada kurun ke-14 Masihi. Bakteria Yersinia pestis adalah organisma yang bertanggungjawab akan kem4tian berjuta-juta rakyat Eurasia.

Selain mer4gut ny4wa paling ramai di dunia, wabak ini popular berbanding wabak-wabak lepas kerana ia mampu menggoyangkan ikatan keagamaan dan sosial, serta ekonomi sehingga ia menjadi peristiwa terburuk dalam sejarah Eropah. Kerana Wabak Hitam, agamawan melolong bahawa wabak ini adalah hukuman Tuhan. Kerana Wabak Hitam, ramai orang Eropah menunding bahawa orang luar yang bermigrasi adalah penyebab utama. Kaum yang paling teuk dikerjakan mereka adalah orang Yahudi.

Punca perebakan wabak ini adalah dari Asia Tengah. Tikus yang membawa kutu berjangkit ini mengembara di sepanjang Jalan Sutera menuju Crimea pada tahun 1343. Dari Crimea, kapal-kapal dagang menjadi pengangkutan tikus untuk menyebarkan populasi di seluruh perairan Mediterranean dan Eropah.

Bakteria Yersinia pestis. Bakteria yang bertanggungjawab berlakunya Wabak Hitam.
  • Tahun 1846 – 1860: Wabak Cholera Ketiga

Wabak ini berasal dari siri wabak cholera yang bermula dari India pada abad ke-19 Masihi yang mer4gut ny4wa rakyat-rakyat luar India. Cholera adalah nama bagi sejenis bakteria Vibrio Cholerae yang hadir dari sumber air yang tidak bersih dan tercemar. Di Rusia, seramai sejuta orang rakyat meninggal dunia.

London pada tahun 1853 telah kehilangan ny4wa seramai 10,000 orang dan Great Britain mempunyai kem4tian seramai 23,000 orang, menjadikan kem4tian ini adalah yang teramai dalam sejarah Great Britain itu sendiri. Punca wabak ini merebak adalah pengambilan sumber air yang tidak bersih sehingga bakteria ini mampu merebak mudah dari India. Wabak ini merebak dari delta Ganges di India kemudian mengurangkan populasi Asia, Eropah, Afrika, dan Utara Amerika dengan teruk.

  • Tahun 1889 – 1890: Wabak Influenza

Dikenali sebagai Asiatic Flu atau Russian Flu, wabak ini adalah wabak influenza terburuk dunia dengan mengorbankan sejuta penduduk dunia. Dikatakan penyebab wabak ini adalah merebaknya sejenis virus Influenza A subtype H2N2. Namun kajian terbaru menunjukkan virus yang bertanggungjawab adalah virus Influenza A subtype H3N8. Kes wabak pertama berlaku di tiga lokasi berbeza pada Mei 1889: Bukhara di Turkestan, Athabasca di Kanada, dan Greenland. Populasi yang semakin meningkat pada abad ke-19 Masihi membolehkan virus ini mudah merebak sehingga mengancam dunia.

Virus Influenza A, organisma yang mengancam dunia pada abad ke-19 dan ke-20 Masihi.
  • Tahun 1910 – 1911: Wabak Cholera Keenam

Juga dari siri wabak Cholera, kali ini ia mengamcam dunia pada awal abad ke-20 Masihi. Wabak ini mengorbankan 800,000 rakyat India kemudian merebak ke Asia Tengah, Afrika Utara, Eropah Timur, dan Rusia. US juga terlibat dalam Wabak Cholera Keenam ini dengan kehadiran pesakit Cholera yang dibawa oleh kapal stim Moltke dari Naples ke New York. Namun US bertindak dengan memulaukan pembawa penyakit dan keputusannya 11 orang US telah diragut ny4wa. Tahun 1923, siri wabak Cholera telah berhenti walaupun masih berjangkit di India.

Bakteria Vibrio Cholerae. Bakteria ini hanya hadir dalam sumber air yang tidak bersih dan tercemar dari sisa-sisa tubuh dan sampah.

  • Tahun 1918 -1920: Spanish Flu

Spanish Flu atau Wabak Influenza 1918 adalah antara wabak influenza terburuk melibatkan virus influenza H1N1. Wabak ini menjangkiti 500 juta orang seluruh dunia, termasuk pulau-pulau Pasifik dan kawasan Artik. Seramai 50 – 100 juta orang diragut ny4wa bersamaan dengan 5% populasi dunia, menjadikan ia sebagai wabak influenza yang berbahaya dalam sejarah dunia. Punca virus influenza ini wujud masih diperdebatkan kerana ketiadaan data yang berkaitan.

  • Tahun 1956 – 1958: Wabak Influenza Asia

Dikenali sebagai Asian Flu, wabak ini merebak oleh sejenis virus influenza A subtype H2N2. Punca wabak ini merebak berasal dari China. Sepanjang 2 tahun wabak ini berlangsung, virus H2N2 merebak dari daerah Guizhou ke Singapura, Hong Kong, dan US. Melalui rekod dari World Health Organization, seramai 2 juta orang telah diragut ny4wa seluruh dunia, termasuk 69,800 orang US.

  • Tahun 1968: Hong Kong Flu

Sekali lagi wabak influenza mengancam dunia, kali ini ia bermula dari Hong Kong dengan kehadiran virus influenza H3N2, generasi terbaru dari virus influenza A subtype H2N2. Hanya 17 hari saja, virus ini merebak ke SIngapura dan Vietnam. Tiga bulan kemudian, ia merebak lagi ke Filipina, India, Australia, Eropah, dan US. Hong Kong Flu ini telah mer4gut ny4wa seramai sejuta orang, bersamaan 15% populasi dunia.

  • Tahun 1981: Wabak HIV/AIDS

Tahun 1976, virus HIV dikesan di negara Democratic Republic of the Congo, kemudian pada tahun 1981 virus ini telah membvnuh seramai 36 juta orang, menjadikan wabak ini terburuk dunia pada abad ke-20 Masihi. Seramai 35 juta orang menghidap AIDS, termasuk 21 juta orang berada di kawasan Sub-Saharan Afrika. Pelbagai rawatan dan kempen kesedaran telah dijalankan di seluruh dunia dan dari tindakan global ini serangan virus ini berkurang dengan kem4tian seramai 1.6 juta orang pada tahun 2012.

RUJUKAN:

Aberth, John (2011). Plagues in World History. Lanham, MD: Rowman & Littlefield. p. 102.

Barry JM (2004). The great influenza: the epic story of the d*adliest plague in history. New York: Viking.

Benedictow, Ole Jørgen (2004). Bl*ck D*ath 1346–1353: The Complete History

Bruun, Christer, “The Antonine Plague and the ‘Third-Century Crisis’,” in Olivier Hekster, Gerda de Kleijn, Danielle Slootjes (ed.), Crises and the Roman Empire: Proceedings of the Seventh Workshop of the International Network Impact of Empire, Nijmegen, June 20–24, 2006. Leiden/Boston: Brill, 2007 (Impact of Empire, 7), 201–218.

Cohen, MS; Hellmann, N; Levy, JA; DeCock, K; Lange, J (April 2008). “The spread, treatment, and prevention of HIV-1: evolution of a global pandemic”. The Journal of Clinical Investigation. 118 (4): 1244–54.

OUTBREAK: 10 OF THE WORST PANDEMICS IN HISTORY. MPH Online. Retrieved on 11 December 2019.

Rosen, William (2007), Justinian’s Flea: Plague, Empire, and the Birth of Europe. Viking Adult

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.