1) HOUSECARL
Huskarl merupakan pengawal peribadi para pemimpin Scandinavia dan England pada zaman pertengahan. Unit elit ini bertindak sebagai pertahanan terakhir bagi individu-individu berkuasa yang mampu mengupahnya. Unit ini dengan mudah berupaya menguruskan sebarang ancaman. Dengan dilengkapi baju besi dan baju gambeson, di samping kapak Dane yang masyhur dan pedang Viking serta perisai bulat, keefisienan housecarl sememangnya tidak ada tandingan.

2) PEGAWAI VARANGIAN
Miklagard atau Konstantinopel merupakan markas bagi Pengawal Varangian yang berasal-usul dari Viking ini. Mereka berkhidmat untuk maharaja-maharaja Empayar Byzantine. Memandangkan dunia politik pada masa itu lazim menyaksikan insiden pembunuhan, maka pahlawan-pahlawan Viking ini diberikan bayaran yang lumayan untuk melindungi maharaja.

Dengan dilengkapi senjata dan perisai terbaik yang mampu ditawarkan oleh Empayar Byzantine, mereka telah berjaya melindungi beberapa orang maharaja selama bertahun-tahun di samping menundukkan sejumlah pemberontakan, mengancam musuh-musuh politik dan memperkukuhkan barisan tentera dalam pelbagai pertempuran dan peperangan yang menagih penglibatan mereka.

3) DRUZHINA
Membawa maksud rakan komrad dalam kebanyakan bahasa Slavic, mereka secara asasnya merupakan sekumpulan rakan yang diupah oleh seseorang pembesar Slavic. Mereka dilengkapkan dengan senjata dan perisai yang ringan. Selepas pembesar tersebut menyandang kedudukan yang tinggi sebagai knyaz, raja atau tsar, druzhina juga akan menaiki status kebangsawanan dan digelar sebagai boyar. Boyar sangat sinonim sebagai veteran perang. Pada tingkat darjat ini, mereka menggunakan senjata dan perisai terbaik yang terdapat di wilayah-wilayah Kievan Rus dan Novgorod.


4) PUTERA-PUTERA BOYAR
Bangsawan muda ini lazim mempamerkan semangat yang tinggi untuk membuktikan kemampuan mereka di medan perang. Mereka dipanggil sebagai putera-putera boyar. Mereka dilengkapi dengan baju lamellar dan gambeson, serta sebilah kapak dan sebentuk perisai bulat. Mereka sememangnya layak mewarisi legasi kecemerlangan bapa mereka di medan tempur. Oleh kerana itu, mereka turut diberikan baju zirah khas berserta topeng yang tercantum dengan topi perisai.

5) LONGBOWMEN (Pemanah Busur Panjang)
Berkemungkinan unit ini merupakan yang terkuat dalam pasukan tentera Inggeris. Mereka kebiasaannya merupakan pemburu dan petarung yang kemudiannya dikerah untuk berkhidmat sebagai tentera. Longbowmen diberikan busur panjang (senjata yang memberi nama pada unit mereka), baju gambeson sebagai perlindungan dan pedang pendek untuk kegunaan dalam pertarungan jarak dekat. Berbekalkan daya penglihatan yang tajam, tubuh badan yang sasa, serta kemahiran memanah yang cukup terlatih, unit ini berhasil mencetuskan huru-hara kepada musuh-musuh England.

6) PENEMBAK TARBIL GENOA
Dianggap sebagai unit kebanggaan Republik Genoa, penembak tarbil (crossbow) dilengkapi dengan zirah rantai dan baju gambeson. Selain itu, mereka turut diberikan tarbil dan sebilah pedang pendek serta perisai Pavise. Semasa berada di medan tempur, mereka lazimnya dipimpin oleh golongan bangsawan Genoa. Unit ini dianggap sebagai pertahanan dan penyerang terbaik yang dimiliki oleh pasukan mereka.

7) LANDSKNECHT
Infantri upahan elit ini berkhidmat untuk Empayar Suci Rom. Mereka merupakan unit yang bertanggungjawab meraihkan kemenangan demi kemenangan bagi pihak empayar. Landsknecht dilengkapi dengan baju besi yang ringan dan berwarna-warni, sesuai dengan keadaan di mana mereka perlu menghayun pedang dua-tangan Messer dan Zweihander secara bebas dan lincah. Dianggap sebagai veteran perang yang banyak terlibat dalam pelbagai kempen peperangan, unit ini merupakan antara yang paling mahal dalam senarai tentera Empayar Rom Suci, memandangkan nyawa mereka hanya singkat sesuai dengan peranan penting dan berbahaya yang mereka galas di medan perang.

8) HUSSAR
Hussar merupakan tentera barisan hadapan yang berjaya menghalang gempuran Muslim-Uthmaniyah dari terus memasuki dunia Eropah, sekaligus dianggap sebagai penyelamat agama Kristian. Mereka merupakan sebuah unit kavalri ringan yang dilengkapi dengan tombak dan baju lamellar. Selain itu, mereka turut dikenali dengan tali pinggang yang diperbuat daripada haiwan eksotik serta sayap pada badan belakang mereka yang diperbuat daripada bulu helang dan gagak. Unit ini seringkali berjaya mengawal rentak pertempuran sekaligus memenanginya.

9) CONQUISTADORS
Para penakluk ini dipengaruhi oleh rasa tamak yang kemudiannya mendorong mereka untuk menghantar koloni ke Dunia Baru. Mereka dilengkapi dengan pedang dan senjata api. Lengkap dengan baju besi serta kemahiran berperang (bermain pedang dan membedil musket), mereka merupakan unit yang bertanggungjawab menamatkan sejumlah ketamadunan dunia.

10) JANISARI
Dunia Kristian di Balkan jatuh ke dalam cengkaman Uthmaniyah. Menerusi polisi cukai darah yang dikenakan, Uthmaniyah mengerah pemuda-pemuda yang sihat tubuh badan agar berkhidmat dalam pasukan tentera sekaligus membentuk unit yang pada hari ini dikenali sebagai Janisari. Berbekalkan senjata terbaik dan baju besi ringan serta kemahiran mengendalikan senjata api, unit hamba elit ini tidak hanya membenarkan Empayar Uthmaniyah menjamin kekuasaan ke atas wilayah-wilayah naungan mereka, malah  malah untuk memperluaskan lagi jajahan takluk empayar tersebut.

DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:

Alcibiades. (5 Disember 2017). 10 Elite Units In Medieval Ages. About History.https://about-history.com/10-elite-units-in-medieval-ages/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.