10 Peristiwa Paling Memakan Nyawa Dalam Sejarah

1,693

Dalam kompilasi fakta kali ini, saya ingin membawa anda ke beberapa kejadian yang paling banyak menyebabkan kematian. Daripada kemalangan kapal terbang dan peperangan, sehinggalah ke fenomena alam semulajadi. Apakah kejadian yang paling banyak mengorbankan nyawa manusia dalam setiap kemalangan mahupun jenis peristiwa yang berlaku

1. KEMALANGAN KAPAL TERBANG – PELANGGARAN MAUT DI LAPANGAN TERBANG TENERIFE

Terdapat banyak kemalangan yang melibatkan penerbangan, antaranya pelanggaran di udara, terhempas akibat sistem penerbangan serta kesilapan pegawai trafik udara. Walau bagaimanapun, kemalangan kapal terbang paling banyak mengorbankan nyawa berlaku pada tahun 1977.

Ironinya, kemalangan pelanggaran kapal terbang ini berlaku di landasan kapal terbang, di mana faktor salah faham di antara juruterbang dan pegawai trafik menyebabkan salah sebuah kapal terbang yang menyangka mendapat kebenaran untuk berlepas daripada pegawai trafik udara, tetapi sebenarnya tidak.

Pesawat yang tergendala masa pelepasannya ini menyebabkan juruterbang hilang kesabaran, ditambah pula dengan faktor kabus yang memenuhi landasan akibat cuaca buruk. Kedua-dua kapal terbang model Boeing 747 yang sarat dengan penumpang berlanggar antara satu sama lain, mengorbankan 583 orang. Kesemua penumpang dan anak kapal pesawat KLM yang tergesa-gesa untuk berlepas maut, manakala untuk pesawat Pan Am, 61 orang terselamat.

2. KEMALANGAN JALAN RAYA – TEROWONG SALANG

Pada 3 November 1982, konvoi tentera Soviet sedang menghala ke selatan melalui terowong bernama Salang yang terletak di Afghanistan. Walau bagaimanapun, salah satu trak berlanggar dengan sebuah lori membawa minyak, menyebabkan kebakaran besar di dalam terowong itu.

Kebanyakkan mangsa maut akibat terhidu asap, kerana sistem pengaliran udara di dalam terowong itu hampir tiada. Kemalangan ini mengorbankan 2700 (2000 orang awam, 700 askar Soviet) orang dan menimbulkan spekulasi kerana tentera Soviet menyembunyikan kebenaran ini terhadap orang ramai.

3. KEBAKARAN – GEREJA COMPANY OF JESUS

Kejadian ini berlaku hampir 150 tahun lepas, di mana di sebuah gereja yang terletak di Santiago, Chile. Kebakaran berpunca daripada lilin yang dikatakan terjatuh akibat ditiup angin, serta menyambar gereja ini. Kebakaran ini mengorbankan 3000 orang, di mana punca utamanya adalah keadaan pintunya yang hanya boleh dibuka ke dalam serta dikatakan bahawa paderi di yang duduk di gereja ini menyelamatkan diri melalui satu laluan ke biliknya (sacristy) dan mengunci pintu dengan alasan untuk menyelamatkan barang-barang berharga milik gereja daripada mereka yang ingin mengambil kesempatan semasa kebakaran berlaku.

4. PELANGGARAN KAPAL LAUT – MV DONA PAZ

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1987, di mana sebuah feri di Filipina bernama Mv Dona Paz belanggar dengan kapal tangki yang membawa minyak. Kapten yang mengemudi feri tersebut disabitkan kesalahan, kerana semasa kejadian tersebut berlaku, dia sedang duduk berehat di kabinya dan menonton filem di televisyen.

Dia hanya mengarahkan seorang anak kapal yang tiada pengalaman untuk memeriksa haluan feri tersebut. Pelanggaran ini mengorbankan 4386 orang. Hanya 24 daripada kedua-dua feri tersebut terselamat, menyebabkan jumlahnya 3 kali ganda berbanding dengan insiden kemalangan kapal Titanic, sehinggakan peristiwa ini digelar ‘Asia’s Titanic’ oleh masyarakat barat.

5. KEMALANGAN INDUSTRI – BHOPAL

Sebuah kilang yang mengeluarkan racun rumpai yang terletak di India ini mengalami masalah kebocoran akibat penyelenggaraan sistem perpaipan yang teruk. Pada 2 Disember 1984, kebocoran gas bernama methyl isocyanate ini membunuh lebih kurang 3000 orang secara serta merta yang kebanyakkannya tinggal di kawasan sekeliling kilang ini. Jumlah sebenar mangsa yang terlibat adalah lebih 500,000 orang, yang mana 19,000 daripadanya maut.

Gas yang terbebas adalah gas bernama Methyl-Isocyanate dan kebebasannya ke udara menyebabkan ramai insan terdedah terhadapnya, menyebabkan radang paru-paru dan kerosakkan pada mata. Kawasan ini hanya tinggal sejarah di mana tiada lagi orang yang ingin tinggal berhampiran dengannya.

6. KEPANASAN MELAMPAU – GELOMBANG HABA EROPAH

Kejadian ini berlaku pada tahun 2003, di mana pada musim panas di Eropah yang menyebabkan kematian seramai 70,000 orang. Rata-rata yang maut adalah golongan orang tua. Cuaca meningkat sehingga ke tahap 40 darjah celcius. Kematian mereka adalah disebabkan oleh dehidrasi, heat stroke dan juga ketidak-seimbangan elektrolit.

7. PERANG MODEN- PERANG DUNIA KEDUA

Kematian yang berlaku pada konflik perang dunia kedua menyebabkan kematian lebih daripada 80 juta manusia. Kematian ini disumbang oleh holocaust, serta orang awam yang secara tidak langsung terlibat dalam konflik ini

Pada akhir perang dunia kedua, di mana semasa itu, Jerman sudahpun menyerah kalah, namun, askar-askar Jepun masih inginkan pertempuran berterusan. Hal ini menyebabkan askar Amerika Syarikat meledakkan 2 bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Hiroshima merupakan bandar yang lebih ramai penduduknya, jadi angka korban lebih tinggi. 150,000 mangsa yang rata-ratanya rakyat biasa maut daripada kesan bom tersebut.

8. TSUNAMI – TSUNAMI SRI LANKA

Pada tahun 2004, kita dikejutkan oleh tsunami yang berpunca daripada gempa bumi yang berlaku di Lautan Indian, yang mana gempa bumi tersebut merupakan gempa bumi yang ketiga terkuat, menyebabkan gelombang tsunami yang serta merta membunuh 200,000 orang pada hari kejadian.

9. BANJIR – NEGARA CINA

Pada tahun 1931, berlakunya suhu sejuk yang melampau di negara cina, yang mana menyebabkan penebalan salji lebih daripada biasa di gunung-gunung dan bukit-bukau. Setelah salji itu mencair pada musim panas, limpahan sungai Yangtze-Huai menyebabkan berlakunya satu banjir besar disamping taufan yang melanda sebanyak lebih 9 kali pada musim tersebut. Air yang melimpah meliputi 180,000 kilometer persegi yang menenggelamkan bandar-bandar berhampiran.. Bencana alam ini mengorbankan lebih kurang 4,000,000 rakyat

10. PENYAKIT BERJANGKIT – SPANISH FLU

Wabak yang disebankan oleh influenza H1N1 ini berlaku pada tahun 1918 di mana mengorbankan lebih 100 juta manusia dalam masa kurang daripada 2 tahun. Kematian seramai ini merangkumi 5% daripada jumlah populasi di bumi sewaktu kejadian ini berlaku. Anehnya, kebanyakkan yang maut terdiri daripada orang yang sihat, dan untuk orang tua dan kanak-kanak, hana sebahagia kecil sahaja yang terlibat.

Sudah tentu perkongisan saya kali ini adalah bersifat fakta-fakta yang pendek sahaja, dan dalam beberapa minggu akan datang, saya akan menerangkan setiap kejadian ini dengan lebih terperinci.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.