10 Perang Paling Dasyat Dalam Sejarah

0
3149
views

Dalam pembentukan sesebuah tamadun kerajaan dalam sejarah dunia, peperangan merupakan salah satu aspek yang penting bagi menunjukkan kemegahan masing-masing dan mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar. Senarai di bawah ialah 10 peperangan paling dahsyat dan paling berdarah dalam sejarah dunia yang di ukur dari segi anggaran kematian dalam tempoh peperangan sama ada kematian berpunca daripada peperangan, pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, kecederaan yang membawa kematian, dan wabak penyakit. Senarai ini merupakan pendapat peribadi penulis dan sesiapa sahaja boleh bersetuju dengan pendapat ini ataupun tidak.

10. Penaklukan Awal Muslim (622-750)

Kerajaan Islam Madinah merupakan kerajaan Islam pertama yang di tubuhkan oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 622. Jihad merupakan salah satu sumber dalaman yang kuat bagi umat Islam ketika berdepan musuh-musuh Islam. Dalam Islam, terdapat etika ketika berperang, dan hanya boleh membunuh orang yang berperang sahaja, apabila musuh ingin berdamai, pemimpin Islam perlu menerima damai tersebut.

Dalam sejarah awal perkembangan Islam, perluasan kuasa kerajaan Islam yang bermula sejak Kerajaan Islam Madinah berkembang secara drastik semasa era Khulafa ar-Rasyidin dan Khilafah Bani Umayyah terutamanya ketika era Khulafa ar-Rasyidin dan pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abd Malik (Bani Umayyah). Ketika era penaklukan awal Islam dihiasi oleh deretan jeneral Islam yang hebat di medan perang seperti Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Saad bin Abi Waqas, Amru al-As, Ammar bin Yasir, Tariq bin Ziyad, dan ramai lagi.

Umat Islam mencapai kemenangan yang membanggakan ketika berhadapan dua buah empayar “superior” dunia ketika itu iaitu Empayar Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Sasaniyyah (Parsi). Walaupun dengan bilangan tentera yang kecil tetapi umat Islam mampu mengalahkan ratusan ribu tentera musuh. Kemaraan umat Islam hingga ke Perancis di sebelah Barat, dan menundukkan banyak empayar-empayar Kristian, manakala di sebelah Timur, kemaraan umat Islam hingga memasuki benua India dan sempadan China. Khalifah dan jeneral di atas berjaya membuka wilayah sangat luas dan mengembangkan agama Islam di wilayah yang baru ditakluk oleh umat Islam.

Anggaran umat Islam yang syahid (sama ada ketika perang atau di bunuh musuh secara beramai-ramai), musuh yang terbunuh, dan rakyat yang terkorban akibat kebuluran, penganiayaan dan penyakit mencecah 7 hingga 8 juta orang. Seorang sejarawan Zionis bernama Pamela Geller mendakwa penaklukan Muslim atas nama Jihad mengorbankan kira-kira 270 juta orang tetapi pendapat ini di tentang keras oleh semua pakar sejarah kerana langsung tidak logik dan tidak masuk akal, dan lebih kepada retorik dan propaganda zionis untuk memburukkan imej Islam.

Gambar 1: Penaklukan awal Islam

9. Perang Saudara China (1927-1950)

Perang Saudara China (Chinese Civil War) merupakan salah satu perang yang panjang yang terjadi dalam sejarah moden China. Perang ini terus bersambung ketika era Perang Dingin antara Blok Barat dengan Blok Komunis. Perang ini tercetus pada April 1927 yang merupakan konflik berdarah antara Komunis China dengan Nasionalis China. Pasukan Nasionalis China yang setia dengan negara Republik China (RoC) yang terdiri daripada ahli politik dalam parti Kuomintang (KMT) atau Guomindang (GMD) pimpinan Chiang Kai-shek menentang gerakan komunis yang membentuk Parti Komunis China (CPC) yang diketuai Mao Zedong.

Permusuhan antara kedua-dua pihak bermula ketika kempen ketenteraan yang dilancarkan oleh KMT iaitu Ekspedisi ke Utara antara tahun 1926-1928 yang bertujuan untuk menyatukan semula negara China dengan menguasai pemerintahan berasaskan wilayah yang di gelar “warlord”. Kempen ini pada mulanya merupakan kerjasama antara kedua-dua pihak tetapi pemimpin tertinggi KMT mula curiga dan bimbang dengan aktiviti CPC dan ingin membersihkan wilayah yang dikuasai oleh KMT daripada CPC. Akhirnya, menjelang April 1927, berlaku pertempuran antara kedua-dua pihak yang menyebabkan ramai ahli CPC di tangkap dan dihukum bunuh. Peristiwa ini dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai Shanghai. Pada tahun 1928, KMT berjaya menawan Beijing dan menguasai sebahagian besar negara China dan beberapa “warlord” seperti Fengtian, Xinjiang, Ma, dan lain-lain tunduk kepada KMT. Kemenangan KMT merupakan malapetaka kepada CPC apabila mereka di buru oleh KMT hingga CPC mengundurkan diri jauh ke wilayah Shanxi, yang di kenali sebagai “Long March”.

Serangan Jepun ke atas China merupakan titik perubahan antara kedua-dua belah pihak kerana serangan Jepun menyebabkan berjuta-juta tentera KMT terkorban dan memakan belanja perang yang tinggi. Peluang ini di gunakan oleh CPC yang mengamalkan taktik perang gerila di pedalaman China menyebabkan moral dan sokongan penduduk China terhadap mereka semakin meningkat, manakala sokongan terhadap KMT semakin berkurang (terutamanya selepas Jepun melancarkan Operasi Ichigo pada tahun 1942) kerana tidak mampu berhadapan dengan Jepun dan isu rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawai KMT.

Selepas Jepun menyerah kalah kepada Kuasa Berikat, kawasan pendudukan Soviet di utara China di letakkan di bawah kawalan CPC menyebabkan CPC semakin kuat apabila menguasai kawasan yang luas, bandar-bandar penting, dan kawasan yang mempunyai penduduk lebih ramai. Soviet juga menyalurkan banyak bantuan ketenteraan, senjata, dan logistik kepada CPC dan bilangan ahli CPC juga bertambah kepada 2 juta orang. KMT mengerahkan ramai tentera ke utara China bagi menguasai semula utara China daripada CPC menyebabkan berlaku banyak pertempuran antara KMT dengan CPC.

Dengan sokongan penduduk setempat, Soviet, dan moral yang tinggi, CPC berjaya memaksa KMT berundur hingga ke Taiwan dan menubuhkan Republik Rakyat China (PRC) pada tahun 1949 selepas menguasai sebahagian besar Tanah Besar China. Peperangan terus berlangsung hingga tahun 1950 apabila CPC menguasai Barat Laut China, Xinjiang, dan Tibet. Tiada sebarang genjatan senjata antara kedua-dua pihak hingga sekarang dan masing-masing mendakwa mereka ialah kerajaan China yang sebenar.

Peperangan tersebut memakan korban manusia antara 8,000,000 hingga 11,500,000 orang selama lebih 23 tahun peperangan.

Gambar 2: Situasi negara China ketika perang saudara

8. Penaklukan Sepanyol Ke Atas Benua Amerika (1519-1572)

Tamadun Mesoamerika yang terletak di benua Amerika merupakan sebuah benua yang ganjil dan penuh misteri. Walaupun teknologi tentera mereka jauh ketinggalan berbanding Dunia Lama, tetapi ilmu astronomi mereka tidak kurang hebatnya. Penemuaan secara tidak sengaja oleh pelayar Sepanyol iaitu Christopher Columbus pada tahun 1492 membawa penerokaan Sepanyol yang membawa keuntungan yang lumayan apabila menguasai daratan benua yang sangat luas dan kaya dengan sumber alam. Dengan itu, Sepanyol melancarkan beberapa siri penaklukan dan kolonialisasi ke atas benua Amerika dan dengan rakusnya meruntuhkan peradaban Mesoamerika yang penuh dengan nilai budaya yang sangat unik yang tiada di tempat lain.

Penjajahan Sepanyol ke atas benua Amerika bermula dengan penaklukan ke atas Empayar Aztek pada tahun 1519 yang di ketuai oleh penakluk Sepanyol (dikenali sebagai Conquistador yang bermaksud penakluk) iaitu Hernan Cortes. Empayar Aztek seperti Empayar Suci Rom iaitu sebuah empayar yang terdiri dari berpuluh-puluh buah negeri kecil dengan Kota Tenochtitlan merupakan ibu kota utama dan terbesar dalam Empayar Aztek. Beliau mula mendarat di Kepulauan Hispaniola pada tahun 1504 dan mengambil bahagian dalam usaha menguasai pulau-pulau Caribbean dan seterusnya mara menerjah daratan benua Amerika yang luas pada tahun 1517 melalui Semenanjung Yucatan. Pada tahun 1519, Hernan Cortes mula memasuki bandar Tenochtitlan dan terkejut dengan kemajuan bandar dan taman yang berada di dalam kota tersebut seperti berada di dimensi dunia yang lain. Pada tahun yang sama berlaku peperangan pertama antara Sepanyol dengan Negeri Tenochtitlan akibat berlaku pembunuhan orang Sepanyol oleh kaum Aztek. Sepanyol yang kalah pada peringkat awal mula menjalin hubungan dengan negeri-negeri sekitar yang bermusuhan dengan Tenochtitlan (yang turut bekerjasama dengan negeri-negeri Aztek), dan hasil gabungan antara Sepenyol dengan negeri tersebut, Sepanyol berjaya meruntuhkan Empayar Aztek pada tahun 1521. Kekalahan utama Aztek berpunca daripada wabak penyakit cacar yang di bawa oleh orang Sepanyol, penyakit yang asing bagi kaum Aztek. Sepanyol turut menakluk negeri yang bersekutu dengan mereka.

Selepas kejatuhan Empayar Aztek, Sepanyol mula beralih untuk menundukkan Empayar Inka yang lebih besar berbanding Aztek. Sepanyol yang diketuai oleh Francisco Pizarro mula menemui Empayar Inka pada tahun 1526. Empayar Inka yang berperang sesama sendiri ketika itu antara Atahualpa dan Huascar sejak kematian ayahanda mereka mulai lemah, dan serangan penyakit cacar yang di bawa oleh orang Sepanyol secara perlahan meruntuhkan Empayar Inka. Francisco Pizarro yang pulang ke Sepanyol pada tahun 1528, kembali ke benua Amerika pada tahun 1530, dan tiba di sempadan Inka setahun kemudian. Pada tahun 1531, beliau bersama 180 orang tentera dan beberapa ribu orang tentera pribumi Inka yang menyokong Sepanyol mara ke arah Empayar Inka dan berjaya memenangi pertempuran dengan Inka manakala Maharaja Inka iaitu Atahualpa di tahan dan dihukum bunuh setahun kemudian. Sepanyol juga menakluk beberapa buah negeri yang membebaskan diri daripada Empayar Inka semasa kejatuhan Inka dan berjaya menguasai sepenuhnya pada tahun 1572.

Kejatuhan kedua-dua empayar utama Tamadun Mesoamerika membawa kepada penjajahan Sepanyol ke atas benua tersebut. Penjajahan Sepanyol membawa kepada kematian kaum pribumi dalam skala yang besar sama ada pembunuhan beramai-ramai atau penyakit. Penduduk pribumi benua Amerika berkurangan secara mendadak menjelang abad ke-17 dengan anggaran kematian antara 8 juta hingga 24 juta ketika di bawah penjajahan Sepanyol. Ada pendapat mengatakan dalam tempoh 400 tahun penjajahan kuasa Barat (Sepanyol, Portugis, Perancis, British, dan lain-lain) ke atas benua Amerika telah membunuh kira-kira antara 10 hingga 100 juta penduduk pribumi.

Gambar 3: gambaran penaklukan Sepanyol ke atas kota Tenochtitlan

7. Pemberontakan An-Shi (755-763)

Pemberontakan An-Shi merupakan salah satu daripada gerakan revolusi dan pemberontakan terbesar dalam sejarah dunia. Pemberontakan ini di cetuskan oleh bekas jeneral Dinasti Tang iaitu An Lushan (nama sebenarnya berkemungkinan Rowshan yang bermaksud cahaya dalam bahasa Parsi), beliau dipercayai berbangsa Turki dari Sogdiana atau Gokturk. Beliau bangkit menentang Dinasti Tang yang ketika itu di bawah pemerintahan Maharaja Xuanzong yang ketika itu di benci oleh rakyatnya sendiri. Beliau menubuhkan Dinasti Yan pada tahun 756 untuk menentang Dinasti Tang. Nama An-Shi bersempena dengan nama empat orang rajanya iaitu An Lushan, An Qingxu, Shi Siming, dan Shi Chaoyi.

Sebelum berlakunya pemberontakan, kawasan Turkestan di kuasai oleh beberapa kerajaan Turki yang akhirnya jatuh ke tangan empayar China. Ramai orang-orang Turki di serap menjadi tentera dan berpangkat jeneral dalam kerajaan Tang hingga kedudukan mereka menjadi kuat. An Lushan yang mempunyai ratusan ribu pengikut mula mempunyai keinginan untuk membina dinasti yang baru bagi menggantikan Dinasti Tang yang ketika itu sangat lemah kerana maharajanya mabuk cinta dengan seorang gadis yang di anggap antara tercantik dalam sejarah China iaitu Yang Guifei. Beliau yang berpengaruh di utara China mula menguasai Fanyang dan seterusnya mara ke arah Luoyang. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja bagi Dinasti Yan Agung pada tahun 756 selepas berjaya menguasai bandar Luoyang.

Maharaja Xuanzong yang mengetahui tentang ancaman pemberontak melarikan diri ke kota Chengdu dalam wilayah Sichuan bersama dengan ramai pegawainya dan Yang Guifei sendiri. Apabila tiba di pertengahan jalan, tenteranya sendiri mula memberontak melawan baginda akibat tidak berpuas hati dengan Perdana Menterinya iaitu Yang Guozhong (sepupu Yang Guifei), Yang Guifei serta beberapa pegawainya yang mendakwa menjadi punca kepada kemarahan rakyat. Baginda yang tiada pilihan lain terpaksa mengikut kehendak tenteranya dan membunuh Yang Guozhong manakala Yang Guifei di cekik. Maharaja Xuanzong kemudiannya turun takhta dan menyerahkan kepada anaknya iaitu Li Heng untuk menjadi maharaja dengan gelaran Suzong.

Ketika ketiadaan maharaja dan kaum kerabat, tentera pemberontak mula mara ke arah Kota Chang’an iaitu ibu negara bagi Dinasti Tang dan berjaya menguasainya. Kota Chang’an di jarah oleh pemberontak dan kira-kira 1 juta orang terkorban akibat penjarahan tersebut.

Dengan kehadiran Maharaja yang baru, semangat tentera kerajaan mula meningkat untuk menentang pemberontak. Baginda juga melantik jeneral yang baru untuk menangani pemberontak dan mula bekerjasama dengan pihak luar untuk membantu baginda menentang pemberontak. Antaranya ialah baginda telah menulis surat kepada Khalifah Jaafar al-Mansur dari Empayar Islam Bani Abbasiyyah untuk membantunya menghantar tentera dan peralatan perang bagi menentang pemberontak memandangkan Abbasiyyah merupakan empayar terkuat di dunia ketika itu. Khalifah bersetuju dan menghantar ribuan tentera bersama dengan peralatan dengan syarat tentera Islam di benarkan tinggal dan berkahwin dengan penduduk tempatan apabila berjaya mengalahkan pemberontak.

Dengan bantuan yang ramai dari pelbagai pihak, Dinasti Tang berjaya mengumpul lebih daripada 600,000 tentera bagi melawan Dinasti Yan Agung, dan Tang berjaya menguasai semula kota Chang’an dan Luoyang. Tentera pemberontak terpaksa mengundurkan diri dan berlaku konflik dalaman yang sangat serius hingga membawa kepada kejatuhan Dinasti Yan.

Konflik bermula apabila An Lushan di bunuh oleh anaknya sendiri iaitu An Qingxu kerana tidak berpuas hati dengan sikap ayahnya. Akibat daripada tindakan tersebut menyebabkan jeneralnya iaitu Shi Siming (yang merupakan sahabat baik An Lushan) tidak berpuas hati dan bertindak membunuh An Qingxu. Di bawah Shi Shiming, beliau berjaya menguasai semula Luoyang daripada Tang. Shi Siming yang mempunyai sikap yang kejam tidak di sukai oleh pengikutnya sebaliknya pengikutnya ramai bersetuju Shi Chaoyi sebagai maharaja yang baru kerana terkenal dengan sikap baik hati terhadap orang bawahan. Atas desakan pengikutnya dan sikap kejam oleh Shi Siming, jeneral-jeneral Dinasti Yan membuat satu komplot untuk membunuh Shi Siming dan akhirnya beliau di bunuh. Tempatnya diganti oleh Shi Chaoyi.

Ketika Dinasti Yan mengalami konflik, Maharaja Suzong sakit tenat dan tempatnya di ganti oleh anaknya iaitu Li Yu yang kemudiannya menjadi maharaja dengan gelaran Daizong. Pasukan tentera Tang berjaya mengalahkan pemberontak dan menguasai semula kota Luoyang pada tahun 762. Shi Chaoyi dan pengikutnya melarikan diri tetapi berjaya di pintas oleh pasukan Tang, dan beliau membunuh diri sebelum di tangkap. Dengan itu berakhirnya pemberontakan An-Shi yang memakan korban yang sangat ramai.

Angka kematian yang sangat tinggi  dapat di kesan melalui bancian yang dilakukan oleh Dinasti Tang. Pada bancian tahun 755 (ketika mula-mula berlaku pemberontakan) menunjukkan kira-kira 52,900,000 penduduk negara China tetapi pada bancian tahun 764 iaitu setahun selepas pemberontakan berakhir menunjukkan jumlah penduduk China berkurangan secara mendadak iaitu hanya berjumlah 16,900,000 orang. Penurunan penduduk sebanyak 36 juta orang!. Tetapi ramai sejarawan moden berpendapat bancian tahun 764 mungkin tidak dibanci secara menyeluruh. Dan anggaran terbaru yang terkorban akibat pemberontakan ialah 13 juta orang.

Gambar 4: proses Pemberontakan An-Shi

6. Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama atau WWI bermula pada tahun 1914 selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dan berlangsung hingga tahun 1919 iaitu termeterainya Perjanjian Versailles. Peperangan berlaku antara dua pakatan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu iaitu Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada British, Perancis, Rusia, Itali, Jepun, Serbia, Amerika Syarikat dan lain-lain menentang Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary, Turki Uthmaniyyah, dan Bulgaria.

Perang ini merupakan perang besar yang pertama sejak Perang Napoleon kira-kira 100 tahun yang lalu dengan penglibatan kira-kira 68 juta orang tentera. Ketegangan sebenarnya sudah berlaku sebelum 1914 lagi terutamanya di rantau Balkan yang sebelum itu sudah tercetus beberapa peperangan seperti Krisis Bosnia (1908-1909), Perang Itali-Turki (1911-1912), Perang Balkan (1912-1913) dan kemuncaknya ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand (1914) di Sarajevo, Austria-Hungary.

Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand (pewaris takhta kerajaan Austria-Hungary) oleh nasionalis Serbia iaitu Gavrilo Princip merupakan respons dari rakyat Serbia dan Bosnia bagi menentang penjajahan Empayar Austria-Hungary ke atas wilayah Bosnia yang terdiri daripada etnik Bosnia dan Serbia. Kerajaan Austria-Hungary dan negara-negara lain menyalahkan kerajaan Serbia (negara yang berjiran dengan wilayah Bosnia) atas tragedi tersebut. Kerajaan Austria-Hungary menunggu respons daripada Maharaja Jerman iaitu Kaiser Wilhelm II untuk menyerang Serbia kerana dibayangi oleh sekutu Serbia iaitu Empayar Rusia yang turut bersekutu dengan Perancis dan Britain. Selepas mendapat sokongan daripada Jerman, kerajaan Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Serbia dan menghantar pasukan tentera untuk menakluk negara Serbia.

Sebagai tindak balas, Serbia yang mendapat sokongan Rusia, yang turut di sertai oleh Perancis, British, Belgium bersatu melawan gabungan Austria-Hungary dan Jerman. Kaiser Wilhelm II telah memberi amaran kepada Maharaja Rusia iaitu Tsar Nicolas II yang juga sepupunya agar menghentikan campur tangan ke atas isu ini tetapi ditolak oleh Rusia menyebabkan Jerman isytihar perang terhadap Rusia. Perang juga diisytiharkan oleh Jerman menentang Perancis yang menyokong Rusia. Dengan itu, perang yang di jangka dahsyat bakal menjelma.

Jerman melancarkan ketenteraan agresif yang diberi nama Rancangan Schlieffen yang dipecahkan kepada dua barisan serangan iaitu barisan barat menentang Perancis melalui Belgium dan barisan timur menentang Rusia. Belgium yang enggan membenarkan tentera Jerman melalui negaranya di isytiharkan perang oleh Jerman. Dengan itu, pasukan Jerman berjaya menghancurkan Belgium sebelum mara ke arah Perancis. Pertempuran sengit berlaku hingga membawa kepada penglibatan Amerika Syarikat, Itali, dan banyak lagi negara lain menentang Jerman di sebelah barat.

Di sebelah timur pula, pasukan Rusia telah mengerahkan kira-kira 12 juta tentera berhadapan Jerman. Dengan memobilisasi tentera yang sangat ramai menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi kepada negara Rusia hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan tentera, pegawai, dan rakyat. Kekalahan Rusia ke tangan Jerman menyebabkan api kemarahan rakyat semakin memuncak akibat kelemahan pemerintah.

Dengan itu, berlakunya Revolusi Rusia 1917 yang di pelopori oleh Vladimir Lenin dan parti komunisnya iaitu Bolshevik yang akhirnya berjaya menamatkan pemerintahan beraja di Rusia dan kaum kerabat di raja di bunuh oleh pemberontak. Rusia menyerah kalah dan mencapai genjatan senjata dengan Kuasa Tengah pada Disember 1917. Genjatan senjata tersebut memberikan peluang kepada Jerman untuk lebih fokus berhadapan Kuasa Bersekutu di medan barat. Manakala Rusia pula terus ditimpa masalah dalaman apabila berlakunya Perang Saudara Rusia antara parti komunis Bolshevik menentang Gerakan Putih (anti-komunis).

Dalam pertempuran di Asia dan Lautan Pasifik, tentera Bersekutu berjaya menguasai wilayah laut tersebut daripada Jerman. Di Afrika, berlaku juga peperangan antara Kuasa Bersekutu menentang Kuasa Tengah yang turut di sertai oleh kaum pribumi Afrika. Tentera Jerman yang di pimpin oleh  Paul von Lettow-Vorbeck mengamalkan perang gerila dan terus bertahan daripada asakan pasukan Kuasa Bersekutu hingga perang tamat.

Bagi Empayar Turki Uthmaniyyah pula, tentera Kuasa Bersekutu juga bertindak menyerang Uthmaniyyah yang merupakan sebahagian daripada Kuasa Tengah. Dalam Kempen Gallipoli, Kuasa Bersekutu melancarkan serangan besar-besaran menentang Uthmaniyyah tetapi berakhir dengan kekalahan yang memalukan dan berundur selepas kira-kira 300,000 tentera Kuasa Bersekutu terkorban. Di sebelah dunia Arab, tentera Bersekutu menemui kemenangan akibat daripada Revolusi Arab yang bersekongkol dengan British menentang Turki Uthmaniyyah. Akibat kejatuhan tanah arab dan kehilangan banyak sumber ekonomi menyebabkan Empayar Turki Uthmaniyyah mulai lemah.

Menjelang tahun 1918, Kuasa Tengah berada di ambang kejatuhan apabila satu persatu pasukan mereka mengalami kekalahan kepada Kuasa Bersekutu terutamanya selepas penglibatan Amerika Syarikat dalam peperangan. Empayar Turki Uthmaniyyah menmyerah kalah pada Ogos 1918 selepas mengalami masalah pemberontakan kaum bukan Turki yang agak serius, perkara yang sama berlaku kepada Empayar Austria-Hungary yang di huni oleh pelbagai bangsa terpaksa menyerah kalah pada 4 November 1918 selepas gerakan nasionalis pelbagai etnik dalam empayar mulai merebak. Jerman pula menyerah kalah pada 11 November selepas di kepung dari segenap arah oleh tentera Bersekutu.

Peperangan sebenar berakhir pada 28 Jun 1919 selepas termeterainya Perjanjian Versailles di Perancis. Peperangan ini meninggalkan kesan besar ke atas sejarah manusia. Perang ini menandakan bermulanya kejatuhan sistem monarki di seluruh dunia dan kebangkitan Amerika Syarikat dan Jepun sebagai kuasa dunia yang baru. Darisegi sosial, perang dunia pertama menyebabkan angka kematian yang tinggi iaitu antara 15,486,153 hingga 19,174,335 tentera dan penduduk awam yang terkorban dalam tempoh peperangan. Manakala wabak penyakit yang menimpa dunia selepas peperangan menyebabkan kematian kira-kira 20 hingga 50 juta manusia.

Gambar 5: situasi di Eropah ketika Perang Dunia Pertama

5. Penaklukan Amir Timur (1370-1405)

Penaklukan Amir Timur bermula sejak beliau menubuhkan Empayar Mongol Timuriyyah pada tahun 1370. Beliau juga dikenali sebagai Timurlenk (atau Tamerlane) yang bermaksud “Timur Si Tempang” kerana kakinya yang tempang dan di gelar jelmaan Genghis Khan kerana mempunyai sifat yang sama dengan moyangnya itu iaitu jiwa penakluk!. Beliau berasal daripada susur galur keturunan Borjigin daripada puak Barlas dan mempunyai kaitan keturunan daripada Genghis Khan. Sesetengah sejarawan berpendapat, susur galur keturunan beliau sudah bercampur dengan bangsa Turki. Beliau juga tidak pernah kalah dalam mana-mana pertempuran!

Amir Timur mula berkuasa di barat wilayah Chagatai Khan, dan mula mengumpul bala tenteranya tersendiri untuk menjalankan kempen penaklukan. Sasaran beliau ialah Parsi yang ketika itu  berpecah kepada beberapa negeri kecil selepas kejatuhan Empayar Mongol Ilkhan dan dengan mudah beliau menakluk Parsi. Kemudian beliau mengalahkan angkatan tentera Altan Ord pimpinan Tokhtamysh, menakluk Kesultanan Mamluk Delhi. Serangan ke atas Kesultanan Delhi menjadi faktor utama Kesultanan Delhi mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Selepas itu, beliau menyerang bumi Sham dan bertempur dengan Kesultanan Mamluk Mesir.

Seterusnya beliau berperang dengan Empayar Turki Uthmaniyyah pimpinan Sultan Bayezid I “Sang Halilintar” dalam Pertempuran Ankara 1402. Sebelum itu, Sultan Bayezid I juga seperti Amir Timur, iaitu seorang penakluk yang sangat di geruni di Eropah, baginda berjaya mengalahkan angkatan tentera gabungan negara-negara Eropah yang terdiri daripada Empayar Suci Rom, Perancis, England, Hungary, Croatia, Wallachia, dan negeri-negeri Itali dalam Pertempuran Nicopolis 1396. Baginda juga berjaya menguasai banyak tanah Balkan daripada kerajaan Kristian, dan negeri-negeri Turki yang lain.

Ketika Pertempuran Ankara, nasib tidak menyebelahi baginda dan baginda tewas ke tangan Amir Timur yang lebih hebat dan pintar dalam taktik tipu helah yang menyebabkan tentera Uthmaniyyah keletihan akibat menempuh perjalanan yang panjang. Baginda Sultan akhirnya mangkat dalam tahanan Amir Timur, yang tiada sesiapa yang tahu apakah nasib baginda semasa dalam tahanan tersebut sehingga membawa kepada kemangkatan baginda.

Selepas berperang dengan Uthmaniyyah, beliau kembali ke Parsi selepas berita kejatuhan Baghdad ke tangan pemberontak dan berjaya menakluk semula. Kemudian beliau mara menuju ke Samarkhan dalam persediaan bersama puak Mongol yang lain untuk menakluk semula China yang ketika itu di perintah oleh Dinasti Ming. Ketika itu ramai puak Mongol Borjigin memeluk Islam untuk bersama-sama dengan beliau. Beliau meninggal dunia dalam perjalanan untuk menakluk China. Selepas kematian beliau, Empayar Mongol Timuriyyah terus lemah dan berpecah.

Sama seperti moyangnya Genghis Khan, beliau juga menjalankan kempen ketenteraan yang kejam dengan menjalankan pembunuhan beramai-ramai dan membina menara daripada tengkorak manusia. Kebiasannya, selepas menjarah mana-mana kota, beliau akan menghancurkan kota tersebut dan membunuh semua penduduknya. Contohnya, di Delhi sahaja kira-kira 100,000 penduduk di bunuh dengan kejam. Sejarawan berpendapat, kempen ketenteraan Amir Timur memakan korban manusia kira-kira 17 hingga 20 juta nyawa atau 5% daripada penduduk dunia. Serangannya ke atas Parsi menyebabkan kira-kira 2 juta penduduk Parsi terbunuh, dan kawasan Parsi mengambil masa kira-kira 400 tahun untuk menyamai semula jumlah penduduk sebelum penaklukan Amir Timur.

Gambar 6: Benua Asia ketika kematian Amir Timur 1405

4. Penaklukan Manchu (1618-1683)

Penentangan Manchu menjadi mudah kerana masalah dalaman Dinasti Ming yang berperang dengan Pemberontakan Petani pimpinan Li Zicheng yang menubuhkan Dinasti Shun, malah Ming kalah kepada pemberontak apabila puak pemberontak berjaya menakluk ibu kota Dinasti Ming iaitu Beijing pada tahun 1644. Jeneral Ming yang terselamat iaitu Wu Sangui bekerjasama dengan Manchu bagi menentang pemberontak dan berjaya mengalahkan pemberontak. Hasil kerjasama antara Manchu dengan Wu Sangui juga menyebabkan Qing menjadi semakin kuat dan mula menjalankan kempen penaklukan bagi menakluk keseluruhan negara China.

Penaklukan Manchu bermula pada tahun 1618 selepas Khan kepada Dinasti Jin Akhir iaitu Nurhaci mula mengisytiharkan perang terhadap Dinasti Ming akibat tekanan yang dilakukan oleh Ming terhadap kawasan Manchuria. Penentangan di teruskan anaknya iaitu Hong Taiji yang bertanggungjawab menukarkan nama puaknya daripada Jurchen menjadi Manchu, dan menukarkan nama kerajaannya daripada Jin Akhir menjadi Dinasti Qing pada tahun 1636.

Selepas menguasai Beijing, puak Manchu mula menyerang Dinasti Shun dan berjaya menundukkannya, manakala Li Zicheng melarikan diri dan terbunuh. Seterusnya menguasai wilayah Gansu yang ketika itu di perintah oleh orang Cina Islam iaitu Maliyin. Kemudian menakluk wilayah Sichuan yang ketika itu diperintah oleh Zhang Xianzhong yang menubuhkan Dinasti Xi. Seterusnya, puak Manchu terus mara ke arah Ming Selatan dan berjaya menguasainya pada tahun 1662.

Wu Sangui yang sebelum ini bekerjasa dengan Manchu mula berpaling tadah dan melancarkan revolusi menentang Manchu yang dikenali sebagai Revolusi Tiga Feudatori. Tiga orang pemimpin iaitu Wu Sangui, Shang Zhixin, Geng Jingzhong, dan bantuan daripada Taiwan dengan kira-kira 650,000 orang tentera bersama-sama menentang Dinasti Qing dan berjaya mengusai hampir separuh negara China. Dinasti Qing yang terdesak terpaksa mengerahkan ramai orang Han menjadi tentera dan berjaya mengumpul kira-kira 900,000 tentera menentang Wu Sangui. Walaupun pemberontak mempunyai tentera yang ramai tetapi kedudukan mereka yang berpecah menyebabkan pasukan Qing mudah menundukkan pemberontak dan berjaya mengalahkan pemberontak pada tahun 1681.

Seterusnya puak Manchu mara ke arah pulau Taiwan yang ketika itu di perintah oleh Kerajaan Dongning pimpinan Zheng Keshuang dan dengan mudah berjaya menundukkannya. Dengan itu puak Manchu berjaya menakluk keseluruhan negara China pada tahun 1683.

Penaklukan Manchu menyebabkan kematian kira-kira 25 juta penduduk China kerana dalam tempoh antara tahun 1618 hingga 1683, berlaku pelbagai peperangan dan pertempuran yang melibatkan banyak pihak yang bertempur sesama sendiri seperti Dinasti Ming, Qing, Shun, Xi, dan beberapa revolusi. Puak Manchu juga menjalankan kempen pembunuhan beramai-ramai apabila terdapat orang Cina menyokong Ming, dan membunuh ramai lelaki Cina yang melanggar undang-undang mencukur rambut.

Gambar 7: situasi politik negara China ketika penaklukan puak Manchu

3. Revolusi Anti-Manchu (1851-1877)

Ketinggalan berbanding kuasa-kuasa Barat dan kekalahan memalukan China menentang kuasa Barat dalam Perang Candu I dan Perang Candu Iimenyebabkan rakyat mula muak dengan kerajaan. Kelemahan Dinasti Qing menyebabkan rakyat mula bangkit melancarkan revolusi menentang kerajaan. Pemberontakan Taiping yang di ketuai oleh Hong Xiuquan menjadi pemangkin kepada gerakan revolusi selepas itu menentang Manchu.

Pemberontakan Taiping yang berlangsung antara tahun 1851 hinga 1864 merupakan salah satu dripada gerakan revolusi paling berdarah dalam sejarah dunia yang mengakibatkan kira-kira 20 hingga 30 juta nyawa terkorban. Pemberontakan yang di pimpin oleh Hong Xiuquan berjaya menakluk Nanjing pada tahun 1853 dan menubuhkan Kerajaan Perdamaian Syurga atau Taiping Tianguo. Beliau yang beragama Kristian Protestan dan mengaku sebagai saudara kepada Jesus Christ tidak disenangi oleh mubaligh Kristian kerana didakwa sesat. Beliau melancarkan beberapa kempen ketenteraan menakluk Beijing dan menguasai keseluruhan China tetapi tidak berjaya. Dalam kempen ketenteraan tersebut memakan korban berjuta-juta nyawa manusia akibat daripada peperangan yang dahsyat yang menghancurkan bandar-bandar dan kampung-kampung sepanjang kempen tersebut.

Dalam masa yang sama, orang Islam juga bangkit menentang Manchu, antaranya ialah Du Wenxiu yang melancarkan pemberontakan menentang Qing di wilayah Yunnan dan berjaya menubuhkan Kesultanan Pingnan selepas menakluk kota Dali. Beliau memakai gelaran Sultan Sulaiman. Di kawasan Barat Laut China, umat Islam pimpinan Ma Hualong bangkit menentang Manchu dan menguasai wilayah Shaanxi, Qinghai, dan Gansu. Begitu juga di wilayah Xinjiang (Turkestan Timur), Yaakub Beg dari puak Tajik berjaya menubuhkan kerajaannya sendiri iaitu Amiriyyah Kashgar selepas berjaya menguasai keseluruhan wilayah Xinjiang.

Selain itu, terdapat beberapa lagi pemberontakan lain dalam skala kecil yang menentang Manchu seperti Pemberontakan Nian, Pemberontakan Etnik Miao, Pemberontakan Red Turban, dan berlaku peperangan antara puak Kantonis dengan Hakka yang juga berpunca daripada Manchu.

Selepas kerajaan Qing melancarkan kempen Gerakan Menguatkan Diri, pasukan Qing mula menjadi kuat selepas berjaya mendapatkan peralatan tentera yang canggih dan bekerjasama dengan kuasa Barat untuk menentang pemberontak. Akhirnya, satu persatu pemberontak berjaya di tumpaskan dan Manchu kembali menguasai semula negara China pada tahun 1877 selepas mengalahkan angkatan tentera Yakub Beg.

Dalam tempoh pemberontakan iaitu antara tahun 1851 hingga 1877, berlaku banyak bala bencana dalam negara China yang menyebabkan kematian yang begitu dahsyat kepada warga China seperti peperangan, pembunuhan beramai-ramai, wabak penyakit, bencana alam dan kebuluran. Angka kematian dalam tempoh tersebut kira-kira 80 juta orang yang dapat di kesan melalui bancian penduduk pada tahun 1850 yang menunjukkan penduduk negara China berjumlah 430 juta orang. Manakala bancian pada tahun 1870 pula menunjukkan jumlah penduduk China berkurangan kepada 358 juta orang, pengurangan sebanyak 72 juta orang. Bayangkan dengan hanya Pemberontakan Taiping dan revolusi umat Islam sahaja menyakibatkan kira-kira 40 hingga 60 juta nyawa terkorban (sebahagian besarnya akibat wabak penyakit dan kebuluran).

Gambar 8: Situasi negara China ketika era revolusi

2. Penaklukan Mongol (1206-1368)

Empayar Mongol merupakan empayar daratan terbesar dan memegang rekod empayar terbesar dalam sejarah dunia selama 600 tahun sebelum rekod di calar oleh Empayar British pada tahun 1922. Empayar Mongol yang di asaskan oleh Temudjin (yang kemudiannya di gelar Genghis Khan yang bermaksud Ketua segala Khan) pada tahun 1206 selepas penyatuan puak-puak Mongol dan Turki yang berpecah-belah ketika itu.

Selepas penyatuan tersebut, empayar Mongol mula berkembang secara mendadak dalam masa seratus tahun apabila menguasai hampir keseluruhan benua Asia dan menyerang Eropah Timur. Pemimpin Mongol yang mempunyai sifat menakluk ingin menakluk keseluruhan dunia apabila bertindak menyerang semua kerajaan yang wujud ketika itu termasuk menyerang Pulau Jawa tetapi tidak berjaya akibat daripada kelemahan tentera laut dan juga empayar Mongol ketika itu di ambang perpecahan. Untuk pengetahuan pembaca, empayar Mongol terpecah kepada empat negeri utama selepas kematian Mongke Khan iaitu Dinasti Yuan di Asia Timur, Chagatai Khan di Asia Tengah, Ilkhan di Asia Barat, dan Altan Ord (juga di kenali Golden Horde, Kipchak Khan atau Ulus of Jochi) di Eropah Timur.

Selepas penyatuan puak Mongol dan Turki oleh Genghis Khan di kawasan Mongolia, beliau mula melancarkan serangan bagi menakluk dunia. Dalam kempen beliau menguasai Asia Tengah, beliau melancarkan serangan ke atas Siberia pada tahun 1207 melalui anak sulungnya iaitu Jochi. Kemudian Mongol menguasai negeri Asia Tengah dan Manchuria selepas puak Turki seperti Uyghur, Karluk, dan Kimek menyatakan taat setia kepada Mongol manakala negeri Kara Khitai dan Dinasti Jin hancur di bantai oleh Mongol. Selepas menguasai wilayah yang luas, Genghis Khan menghulurkan persahabatan dengan Empayar Islam Khawarizmi yang ketika itu merupakan empayar yang kuat di tanah Parsi tetapi ditolak oleh Sultan Muhammad Aladdin dan utusan Mongol di bunuh menyebabkan Genghis Khan marah dan melancarkan serangan besar-besaran ke atas Empayar Khawarizmi, dan berjaya menguasainya. Sepanjang kempen ke atas Empayar Khawarizmi, berjuta-juta penduduk Transoxiana, Khurasan, dan Parsi di bunuh dengan kejam oleh pasukan tentera Mongol.

Dalam kempen menakluk Asia Timur, pasukan Mongol menakluk Dinasti Xia Barat pada tahun 1209 dan menjadi negeri naungan Mongol antara tahun 1210 hingga 1219. Pada tahun 1225 Mongol kembali menyerang Xia Barat dan menguasai sepenuhnya pada tahun 1227 dengan 180,000 tentera melawan 300,000 tentera Xia Barat. Pada tahun 1234, Mongol berjaya menguasai sepenuhnya dinasti dari puak Jurchen (susur galur kepada puak Manchu) iaitu Dinasti Jin hasil kerjasama dengan Dinasti Song yang merupakan musuh tradisi kepada Dinasti Jin.

Kerjasama hanya bertahan sementara apabila Song mula bertindak merampas beberapa bandar utama daripada Mongol dan membunuh duta Mongol menyebabkan Mongol isytihar perang terhadap Song pada tahun 1235. Peperangan antara Mongol dengan Song memakan masa yang agak lama iaitu selama 44 tahun kerana kekuatan Dinasti Song yang mempunyai bilangan tentera dan penduduk yang ramai selain tentangan sengit yang diberikan oleh Song melawan Mongol.

Selepas Mongol menguasai sepenuhnya Dinasti Song pada tahun 1279, dengan itu terbinanya dinasti Mongol yang dikenali sebagai Dinasti Yuan oleh Kublai Khan. Percaya atau tidak, serangan Mongol ke atas negara China menyebabkan 43 juta penduduk China berkurangan.

Hal ini dapat dilihat melalui anggaran penduduk Dinasti Song menunjukkan penduduk China dalam kawasan taklukan Dinasti Song berjumlah 120 juta orang, selepas Mongol menguasai China, anggaran penduduk China berjumlah 77 juta orang pada tahun 1290. Mongol juga menakluk Korea yang ketika itu dibawah Dinasti Goryeo dan menjadi negeri naungan kepada Mongol, dan melancarkan serangan laut besar-besaran ke atas Jepun tetapi menemui kegagalan.

Dalam kempen Mongol menakluk Eropah, pasukan Mongol berjaya menguasai Rusia, Poland, Hungary, dan Serbia di atas kehebatan Subutai yang merupakan antara penakluk terulung dalam sejarah dunia. Selepas menguasai wilayah yang luas, empayar Mongol menubuhkan pemerintahan yang dikenali sebagai Altan Ord (atau Golden Horde dalam bahasa Inggeris) yang namanya di ambil bersempena nama khannya yang pertama iaitu Orda Khan. Negeri Mongol Altan Ord merupakan negeri Mongol pertama yang menjadi empayar Islam selepas ketuanya iaitu Berke Khan (cucu Genghis Khan) memeluk Islam.

Dalam kempen ke atas Asia Barat pula, selepas berjaya menghancurkan Empayar Khawarizmi, pasukan Mongol mara ke arah Kaukasus dan Anatolia, dan berjaya menguasainya dengan mudah. Mongol juga menjalin kerjasama dengan negeri-negeri Kristian dalam usaha menakluk Kota Baghdad yang ketika itu di bawah pemerintahan Bani Abbasiyyah. Menjelang Februari 1258, Kota Baghdad yang merupakan pusat ketamadunan dunia Islam yang dipenuhi dengan buku-buku falsafah akhirnya di bumi hanguskan oleh puak Mongol pimpinan Hulagu Khan yang tidak mengenali apa itu erti ilmu pengetahuan.

Selepas kehancuran Baghdad, bala tentera Mongol mara ke arah benteng terakhir umat Islam iaitu Kesultanan Mamluk Mesir. Nasib menyebelahi umat Islam apabila berita kematian Raja Mongol iaitu Mongke Khan menyebabkan Hulagu dan ramai tentera Mongol pulang ke Mongolia, yang tinggal hanya saki baki tentera Mongol pimpinan Kitbuqa yang berjuang menentang Saifuddin Qutuz dalam Pertempuran Ain Jalut pada tahun 1260 dan di menangi umat Islam.

Hulagu Khan yang terrasa terhina dengan kekalahan pertama Mongol ke tangan musuh ingin membalas dendam ke atas kekalahan Mongol tetapi hasratnya dihalang oleh amarah pemimpin Mongol beragama Islam iaitu Berke Khan (Khan bagi Empayar Mongol Altan Ord) yang ingin membalas dendam di atas kekejaman Hulaga ke atas umat Islam dan kehancuran Kota Baghdad. Berke Khan mula bekerjasama dengan Mamluk dan berjaya menghalau pasukan Mongol Ilkhan dari bumi Sham. Perang saudara antara Berke dengan Hulagu juga sebenarnya menjadi titik permulaan kepada perpecahan dan kejatuhan Empayar Mongol.

Selepas kekalahan Mongol dalam Perang Ain Jalut 1260, empayar Mongol bukan lagi empayar yang gah seperti sebelumnya apabila banyak kali menemui kekalahan dalam peperangan seperti menentang Kesultanan Mamluk Mesir, negeri-negeri Eropah, Jepun, Vietnam, dan kalah kepada Majapahit.

Sejarawan berpendapat, serangan bangsa Mongol merupakan konflik paling dahsyat dan menakutkan dalam sejarah peradaban dunia dengan anggaran manusia terkorban sepanjang kempen ketenteraan Mongol mencecah antara 40 hingga 80 juta dengan China paling ramai yang terkorban. Selain itu, serangan Mongol juga menyebabkan tersebarnya wabak penyakit “Black Death” yang membunuh antara 75 hingga 200 juta nyawa manusia yang menyebabkan populasi dunia berkurangan.

Gambar 9: empayar Mongol

1. Perang Dunia Kedua

Tidak dapat di nafikan lagi bahawa Perang Dunia Kedua merupakan perang paling berdarah dan paling dahsyat dalam sejarah dunia!. Perang yang melibatkan pertembungan dua buah pakatan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi, di samping berlaku juga peperangan di benua Amerika Selatan yang tiada kaitan dengan pertembungan pakatan di atas.

Perang Dunia Kedua merupakan sinambungan daripada Perang Dunia Pertama yang menyebabkan ketidakstabilan politik di benua Eropah, dan Jerman hampir lumpuh akibat perjanjian berat sebelah selepas kekalahan Jerman dalam perang tersebut, dan kembali bangkit selepas Adolf Hitler dan partinya iaitu Nazi berjaya menguasai politik Jerman,.

Manakala di Asia Timur, Jepun muncul sebagai jaguh Asia apabila bertindak menyerang China dan menghalau semua kuasa Barat daripada Asia dan merancang menubuhkan Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya dengan Jepun sebagai pusatnya. Demi mencapai cita-cita untuk menguasai dunia, Adolf Hitler membuat pakatan dengan Itali dan Jepun, yang menjadi ancaman terbesar kepada kestabilan politik dunia ketika itu.

Di Eropah, kemusnahan akibat Perang Dunia Pertama ke atas Jerman akibat perjanjian Versailles yang berat sebelah menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi kepada Jerman, pengangguran yang meningkat, dan kebencian yang meluat-luat rakyat Jerman terhadap Kuasa Bersekutu yang memenangi perang tersebut.

Dengan propaganda yang dilakukan oleh Hitler dan partinya menyebabkan mereka mendapat sokongan rakyat dan Hitler berjaya menjadi Kanselor Jerman pada tahun 1933, dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemimpin Tertinggi Jerman atau dikenali sebagai Fuhrer. Hitler yang terkenal dengan sifat anti-Yahudi dan semangat nasionalisme yang tinggi dapat membayangkan dunia bakal berdepan sekali lagi dengan peperangan besar dalam kitab propaganda awalnya pada tahun 1925 iaitu Mein Kampf. Manakala di sebelah Asia Timur, pada tahun 1937, Jepun bertindak menyerang China secara besar-besaran dan menandakan bermulanya Perang China-Jepun Kedua.

Pada Ogos 1939, Jerman dan pemimpin Soviet iaitu Joseph Stalin membuat satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Nonaggression bertindak menyerang Poland dan dengan mudah berjaya menundukkan Poland, serta membahagikan Poland kepada dua bahagian milik Jerman dan Soviet. Serangan tersebut menandakan bermulanya Perang Dunia Kedua di benua Eropah selepas pengisytiharan perang oleh British dan Perancis kerana kedua-dua negara tersebut telah menjamin sokongan ketenteraan ke atas Poland apabila diserang.

Pada April 1940, Jerman dengan pantas menduduki negeri-negeri Skandinavia, dan pada 10 Mei pula tentera Jerman melancarkan operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Perang Kilat atau blitzkrieg dan berjaya menakluk Belanda dan Belgium. 3 hari kemudian, pasukan Jerman bertempur dengan Perancis, dan hasil kerjasama dengan pimpinan Itali iaitu Benito Mussolini yang membuat Pakatan Keluli berjaya menundukkan Perancis dengan mudah, dan membina kerajaan boneka di Perancis. Kemudian, Jerman mengatur strategi untuk menyerang British yang memiliki kelebihan pertahanan kerana negaranya dipisahkan oleh Selat Inggeris.

Jerman melancarkan Operasi Singa Laut menentang Britain yang membuka jalan kepada jet-jet pejuang Jerman mengebom London, dan memusnahkan kawasan perindustrian utama di Britain. Tentera Udara Diraja Britain (RAF) berjaya mengalahkan Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) dalam Pertempuran Britain, dan Hitler menagguhkan rancangan untuk menyerang Britain. Situasi ini memberi masa kepada Britain membina semula pasukan mereka selepas meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (USA) selepas Britain mengalami masalah sumber yang kritikal.

Hitler mula merancang menakluk Soviet yang mempunyai tanah yang jauh lebih luas dan sumber yang banyak berbanding Pulau Britain yang kecil dan sumber yang sedikit. Empayar Soviet juga bersifat bersambungan berbanding Empayar British yang terpisah, contohnya jika Pulau Britain jatuh ke tangan Hitler, belum tentu Kanada, British Raj (India), dan lain-lain kawasan jajahan British di seberang laut jatuh ke tangan Nazi.

Dengan itu, Hitler mula memfokuskan kepada Soviet, Hitler berjaya memaksa beberapa negara berjiran dengan Soviet menyertai pakatan Kuasa Paksi dan bertindak menyerang negeri-negeri Balkan. Pada 22 Jun 1941, Hitler melancarkan Operasi Barbarossa (nama Barbarossa di ambil sempena nama Maharaja Frederick Barbarossa iaitu maharaja Empayar Suci Rom) bagi menakluk Soviet. Tentera Nazi berjaya mara jauh ke dalam wilayah Soviet hingga sampai ke Moscow, akibat cuaca sejuk, dan kegagalan logistik menyebabkan Jerman gagal dalam operasi tersebut yang menyebabkan Jerman terpaksa menanggung kerugian yang tinggi. Di pihak Soviet, mereka kehilangan kira-kira 25 juta nyawa tentera dan penduduk akibat serangan ganas Nazi.

Di sebelah benua Asia pula, sebelum penyertaan Amerka Syarikat (USA), Jepun dengan mudah berjaya mara dan menguasai Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik, dengan tentangan hebat hanya daripada China. Jepun yang terdesak ekoran sekatan perdagangan oleh USA bertindak mengebom Pearl Harbor pada 7 December 1941 menyebabkan USA yang sebelum itu hanya berkecuali bangkit menentang Kuasa Paksi selepas usul dalam kongres pada 8 December bersetuju USA menyertai perang, serangan Jepun ke atas Pearl Harbor diibaratkan seperti gigitan nyamuk yang menyedarkan gergasi yang sedang tidur, dalam masa yang sama Jerman dan Itali juga mengisytiharkan perang terhadap USA.

USA melancarkan serangan laut secara besar-besaran di bawah US Pacific Fleet berjaya menundukkan Jepun dalam Pertempuran Midway pada Jun 1942, dan menguasai keseluruhan Kepulauan Pasifik, kejayaan Kuasa Bersekutu menguasai Pasifik semakin dekat bagi mereka untuk melancarkan serangan ke atas negara Jepun.

Di sebelah Amerika Selatan berlaku juga peperangan kecil antara Ecuador dengan Peru yang tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi.

Menjelang tahun 1942, nasib sudah tidak menyebelahi Kuasa Paksi apabila kemaraan Kuasa Bersekutu yang diketuai USA tidak dapat di bendung lagi dengan deretan kekalahan mereka kepada Kuasa Bersekutu. Bermula dengan penguasaan Kuasa Bersekutu keatas Afrika Utara, dan seterusnya mara melalui selatan Itali, dan berjaya menumbangkan kerajaan Fasis Benito Mussolini pada 1943. Di sebelah Eropah Timur pula, Soviet melancarkan “counter-offensive” pada 1942, dan berjaya menghalau Jerman pada tahun 1943.

Pada 1944, gabungan negara-negara demokrasi melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran iaitu Operasi Overlord dengan pendaratan tentera di Normandy, Perancis. Sebagai tindak balas, Jerman mengerahkan segala kekuatan mereka di Eropah Barat bagi berhadapan dengan Kuasa Bersekutu, tetapi menemui kegagalan, manakala di sebelah Eropah Timur pula, pasukan Soviet mara dan menundukkan banyak negara-negara di sebalah sana hingga mencapai Jerman. Hitler yang menyedari yang Jerman sudah tiada harapan lagi bertindak membunuh diri, dan Jerman menyerah kalah secara rasmi pada 8 Mei 1945.

Pasukan negara Demokrasi dan Soviet berjaya menakluk Berlin. Di sebelah Asia pula, tentera USA berjaya memasuki kepulauan Jepun dan melancarkan Operasi Meetingmouse pada Mac 1945 dengan mengebom bandaraya Tokyo dan kawasan perindustrian utama di Jepun. Selepas kehancuran Tokyo, USA yang ingin menamatkan perang dengan cepat bertindak membuat perkara diluar batasan manusia apabila menggugurkan bom atom yang dihasilkan melalui senjata nuklear ke atas bandaraya Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945 menyebabkan kedua-dua bandaraya tersebut menjadi padang jarak padang terkukur. Dengan itu, Maharaja Jepun iaitu Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogoas 1945, dan secara rasmi pada 2 September 1945. Dengan itu, berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Perang Dunia Kedua merupakan perang paling dahsyat dan menggerunkan dalam sepanjang sejarah dunia dengan anggaran kematian kira-kira 45 hingga 80 juta manusia, termasuk kira-kira 6 juta Yahudi di bunuh dalam Tragedi Holocaust. Perang ini merupakan titik permulaan kepada perdamaian dunia apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di wujudkan bagi menggantikan Liga Bangsa yang gagal berfungsi, dan banyak negara-negara yang dijajah mula mencapai kemerdekaan.

Perang ini juga menyebabkan Empayar Britain berpecah belah dan menjadi semakin lemah akibat tekanan kemerdekaan daripada warga tanah jajahannya yang bangkit dengan semangat nasionalisme, antaranya Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kesan yang paling ketara ialah kemunculan USA dan Soviet dalam mendominasi politik dunia dengan wujudnya pakatan NATO dan pakatan Warsaw antara negara demokrasi menentang negara komunis yang mencipta peperangan dalam dimensi yang baru iaitu Perang Dingin yang lebih kepada perang hegemoni dan sains teknologi.

Gambar 10: gambar kiri Pengeboman Tokyo, kiri Hiroshima

RUJUKAN

Donner, Fred M. (2014). The Early Islamic Conquests. Princeton University Press.

Kennedy, Hugh (2007). The Great Arab Conquests: How the Spread of Islam Changed the World We Live in. Da Capo Press. ISBN 978-0-306-81740-3.

Lynch, Michael (2010). The Chinese Civil War 1945–49. Osprey Publishing. p. 91. ISBN 978-1-84176-671-3.

Bianco, Lucien. Bell, Muriel. [1971] (1971). Origins of the Chinese Revolution, 1915–1949. Stanford University Press. ISBN 0-8047-0827-4. pg 68

Kamen, Henry. Empire: How Spain Became a World Power, 1492–1763 (HarperCollins, 2004)

Brading, D. A., The First America: the Spanish Monarchy, Creole Patriots, and the Liberal State, 1492–1867 (Cambridge: Cambridge University Press, 1993).

Restall, Matthew and Felipe Fernández-Armesto. The Conquistadors: A Very Short Introduction (2012) excerpt and text search

  1. G. Pulleyblank, The Background of the Rebellion of An Lu-Shan, London: Oxford University Press (1955).

Beckwith, Christopher I. (2009): Empires of the Silk Road: A History of Central Eurasia from the Bronze Age to the Present. Princeton: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-13589-2.

Durand, John D. (1960). “The Population Statistics of China, A.D. 2–1953”. Population Studies. 13 (3): 209–256. doi:10.1080/00324728.1960.10405043. JSTOR 2172247.

John Graham Royde-Smith Dennis E. Showalter. World War I. Encyclopædia Britannica. Retrieved 25-03-2018

Justin Marozzi (2006). Tamerlane: Sword of Islam, Conqueror of the World. Da Capo Press. p. 342. ISBN 978-0-306-81465-5.

Beatrice F. Manz (2000). “Tīmūr Lang”. Encyclopaedia of Islam. 10 (2nd ed.). Brill. Retrieved 24 April 2014

The Editors of Encyclopædia Britannica. “Qing dynasty”. Encyclopædia Britannica. Retrieved 12 March 2018

Mote, Frederick W. (1999), Imperial China, 900-1800, Cambridge, Mass.: Harvard University Press, ISBN 0-674-44515-5.

Wakeman, Frederic (1985), The Great Enterprise: The Manchu Reconstruction of Imperial Order in Seventeenth-Century China, Berkeley, Los Angeles, and London: University of California Press, ISBN 0-520-04804-0. In two volumes.

Des Forges, Roger V. (2003). Cultural Centrality and Political Change in Chinese History : Northeast Henan in the Fall of the Ming. Stanford, California: Stanford University Press. pp. 206, 209. ISBN 0-8047-4044-5.

Young-tsu Wong (5 August 2017). China’s Conquest of Taiwan in the Seventeenth Century: Victory at Full Moon. Springer Singapore. pp. 168–. ISBN 978-981-10-2248-7.

The Editors of Encyclopædia Britannica. “Qing dynasty”. Encyclopædia Britannica. Retrieved 12 March 2018.

Spence, Jonathan D. (1996). God’s Chinese Son: The Taiping Heavenly Kingdom of Hong Xiuquan. New York: W.W. Norton. ISBN 0393038440.

David G. Atwill (2005). The Chinese sultanate: Islam, ethnicity, and the Panthay Rebellion in southwest China, 1856-1873. Stanford University Press. p. 139. ISBN 0-8047-5159-5. Retrieved 2018-03-12.

Lipman, Jonathan Neaman (1998). Familiar strangers: a history of Muslims in Northwest China. University of Washington Press. p. 54. ISBN 0295800550. Retrieved 12 March 2018.

May, Timothy. The Mongol Conquests in World History (London: Reaktion Books, 2011)

Rossabi, Morris. The Mongols: A Very Short Introduction (Oxford University Press, 2012)

Turnbull, Stephen. Genghis Khan and the Mongol Conquests 1190-1400 (2003)

Axelrod, Alan (2007) Encyclopedia of World War II, Volume 1. Infobase Publishing.

Wells, Anne Sharp (2014) Historical Dictionary of World War II: The War against Germany and Italy. Rowman & Littlefield Publishing.

Sivachandralingam, Ayadurai (2015) Sejarah Dunia Penggal 1 Edisi Kedua. Ace Ahead. ISBN 9789834714963