10 Pengkhianatan Terbesar Tamadun Alam Melayu

16,727

Dalam sesuatu perjuangan, kebiasaannya akan berlaku pengkhianatan. Apa yang lebih memeritkan bagi seorang pejuang ialah apabila perjuangannya dikhianati oleh saudara yang seagama dan sebangsa dengannya sendiri.

Berikut adalah sebahagian dari contoh pengkhianatan yang pernah berlaku dalam sejarah perjuangan jihad menentang penjajah di Alam Melayu :-

1) Semasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, terdapat beberapa orang pembesar Kesultanan Melaka yang membocorkan rahsia pertahanan Melaka kepada Portugis. Mereka juga menghulurkan bantuan-bantuan lain kepada Portugis.

2) Ketika Sultan Iskandar Muda merancang untuk melancarkan serangan secara besar-besaran ke atas Portugis di Melaka pada tahun 1629, salah seorang menantu Sultan Iskandar Muda sendiri telah membelot. Beliau secara senyap telah pergi ke Melaka untuk memberitahu Portugis tentang rancangan serangan Aceh itu.

3) Pada tahun 1629 itu juga, ketika angkatan tentera Aceh hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Portugis di mana angkatan tentera Aceh berjaya mengepong tentera Portugis yang terperangkap dalam kubu A Famosa itu selama lima bulan sehingga menyebabkan Portugis kebuluran, terdapat sejumlah orang-orang Melayu yang menghulurkan bantuan kepada Portugis dengan menyerang angkatan tentera Aceh. Malah ada yang melaporkan kejadian ini kepada Portugis di Goa dengan harapan agar diutuskan bantuan ke atas Portugis di Melaka.

4) Ketika Sultan Agung memimpin P3rang Mataram-Belanda pada tahun 1628, terdapat beberapa orang pembesarnya yang membelot. Antaranya ialah Temenggung Danudirjo dan Panglima Manduretno. Mereka telah membocorkan maklumat-maklumat sulit angkatan tentera Mataram kepada Belanda.

5) Ketika berlangsungnya p3rang antara Kesultanan Banten dan Belanda pada tahun 1681, Sultan Abu al-Fath Abdul Fattah atau Sultan Ageng Tirtayasa telah dikhianati oleh anaknya sendiri iaitu Pangeran Gusti atau Sultan Haji di mana Sultan Haji telah bekerjasama dengan Belanda untuk menentang ayahnya.

6) Pada tahun 1784, ketika Raja Haji Fisabilillah dari Riau dan Sultan Ibrahim dari Selangor hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Belanda di mana angkatan tentera Riau-Selangor berjaya mengepung Kota Melaka, maka beberapa orang raja dari kerajaan-kerajaan di Alam Melayu dan angkatan tentera mereka datang menghulurkan bantuan kepada Belanda.

7) Ketika Diponegoro memimpin p3rang jihad menentang Belanda dalam P3rang Jawa pada tahun 1825-1830, beberapa bangsawan tempatan telah menjadi mata-mata Belanda bagi menewaskan angkatan p3rang Diponegoro.

8) Ketika berlakunya P3rang Paderi antara golongan ulama Minang dan Belanda sekitar tahun 1832, salah seorang ulama pemimpin P3rang Paderi yang bernama Tuanku Rao telah ditangkap dan dibunuh oleh Belanda akibat dikhianati oleh Nakhoda Langkap.

9) Menurut At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Tengku Ya’akob iaitu Raja Muda Kedah bersama para pengikutnya telah mengkhianati Kerajaan Kedah di mana beliau dan para pengikutnya telah mengadap Raja Ligor iaitu Chao Phya Nongkon Sri Tamrat lalu membocorkan rahsia pertahanan Kerajaan Kedah kepada Raja Ligor itu.

Tengku Ya’akob juga telah mengemukakan kepada Raja Ligor itu beberapa cara yang mudah untuk menakluki Kerajaan Kedah. Oleh itu, Siam pun dapat menakluki Kedah melalui Ligor dalam P3rang Kedah-Siam 1821- 1842.

10) Ketika p3rang Belanda-Aceh tahun 1873-1904, seorang pembesar Kesultanan Aceh yang berjawatan Syahbandar iaitu Panglima Tibang dan Tengku Muhammad Ariffin, bangsawan Bengkulu yang juga merupakan suami kepada anak saudara Sultan Aceh telah bekerjasama dengan Belanda dalam usaha menakluki Kerajaan Aceh Darussalam.

Pejuang m4ti, pengkhianat juga m4ti. Bezanya adalah pejuang mati dengan mulia dan pengkhianat m4ti dengan hina.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.