Tatkala pandemik Covid-19 terus membadai dunia dan menguji ketahanan sistem kesihatan global, kerja-kerja penyelidikan dalam bidang berkenaan terus berjalan. Dan ia telah menghasilkan beberapa pencapaian luar biasa dalam era ini.

  • Vaksin malaria
Nyamuk yang menjadi ejen penyebaran

Demam malaria menjadi duri dalam daging kepada sistem kesihatan dunia sejak dari dulu lagi. Berdasarkan angka terbaru, lebih 600 juta orang dijangkiti dengan 400,000 orang lagi terbu.n.uh, kebanyakannya kanak-kanak. Justeru, sejak beberapa tahun ini, para penyelidik berusaha membangunkan vaksin anti-malaria bagi mengatasi masalah berkenaan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ia dilihat semakin hampir menjadi kenyataan menerusi satu laporan yang diterbitkan jurnal Lancet pada April lepas. Dalam laporan tersebut, vaksin malaria terbaru yang dipanggil R21 dilihat 77% berkesan mengekang jangkitan malaria dalam kumpulan kajian membabitkan 450 orang kanak-kanak di Burkina Faso.

Bagaimanapun, itu bukan bermakna ia boleh diraikan terlebih dahulu. Ini kerana kumpulan sampel yang mendapat vaksin amat kecil dengan malaria hanya aktif sekitar enam bulan dalam setahun. Justeru, kumpulan tersebut akan terus dipantau sekurang-kurangnya setahun lagi selain menggunakan vaksin di negara-negara di mana malaria menjadi masalah besar kepada penduduk.

  • Pemindahan muka dan tangan

Pada musim panas 2020, seorang pesakit bernama Joe DiMeo merupakan pesakit pertama yang berjaya menjalani proses pemindahan tisu muka dan tangan berganda tanpa sebarang komplikasi. Pembedahan yang mengambil masa 23 jam membabitkan 16 pakar bedah dan 80 staf bilik bedah itu dianggap signifikan kerana dilakukan dalam kadar pantas. Ini kerana untuk proses pemindahan bahagian tisu sebegitu memerlukan kepantasan untuk disambungkan ke sistem vaskular sekaligus mengurangkan masa kehilangan darah,

DiMeo, 22, mengalami lecuran tahap ketiga pada 80% badannya selepas mengalami kema.la.ngan pada tahun 2018. Akibat ke.ma.la.ngan tersebut, hujung jari-jarinya terpaksa dipo.to.ng sementara mukanya tiada bibir dan kelopak mata walaupun selepas menjalani 20 pembedahan pembinaan semula muka. Dia kemudiannya diletakkan dalam senarai penerima tisu yang layak dan terpilih menjalaninya 10 bulan kemudian.

Sebelum ini, pakar-pakar perubatan pernah cuba menjalankan pembedahan pemindahan tisu muka dan tangan sebanyak dua kali tetapi gagal. Pembedahan pertama menyaksikan pesakit ma.ti akibat komplikasi pembedahan. Manakala pembedahan kedua pula menyaksikan pakar bedah terpaksa memo.to.ng kedua-dua belah tangan pesakit bagi mengelak jangkitan.

Seiring dengan perkembangan semasa, pemodelan komputer lanjutan membantu pakar-pakar bedah merancang pembedahan pemindahan tisu ini. Ini termasuk menghasilkan model panduan pemo.to.ngan 3D semasa pembedahan dijalankan dan menunjukkan posisi plat untuk menyambungkan tisu penderma. Sembilan bulan kemudian, DiMeo semakin pulih dan sudah boleh menjalani kehidupan normal.

  • Ubat obesiti
Malaysia merupakan negara paling tinggi kadar obesitinya di Asia Tenggara.

Satu laporan dalam jurnal New England Journal of Medicine mendedahkan sejenis ubat diabetis jenis-2 yang dipanggil semaglutide berupaya menghilangkan berat badan yang banyak. Kesan ubat ini dapat dilihat dalam kumpulan 1,961 orang peserta yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) sebanyak 30 atau lebih.

Sebahagian daripada mereka diberi dos mingguan 2.4 miligram semaglutide dengan sebahagian lagi diberi dos plasebo yang digabungkan senaman dan perubahan diet. Pada akhir tempoh percubaan selama 68 minggu itu, kumpulan semaglutide kehilangan berat badan sebanyak 14.9% dengan kumpulan plasebo hanya kehilangan berat sebanyak 2.4%,

  • Kaitan kekurangan tidur dengan dementia

Kaitan kekurangan tidur dengan dementia sudah dibangkitkan oleh ramai pakar perubatan selama bertahun-tahun tetapi ia sukar dibuktikan tanpa bukti kukuh. Selain itu, tempoh kajian yang tidak melebihi sedekad juga menyukarkan usaha mengkaji corak tidur peserta dalam tempoh berkenaan.

Tetapi dalam satu laporan yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications pada April lepas akhirnya mengesahkan perkara ini. Selepas mengkaji corak tidur dan aspek kesihatan 7,959 peserta sepanjang usia mereka dari 50-an hingga 70-an. Keputusannya amat mengejutkan: mereka yang tidur enam jam atau kurang 30% lebih berisiko mengalami dementia berbanding peserta yang tidur tujuh jam.

Walaupun isu penyakit mental seperti kemurungan turut mempengaruhi tempoh tidur dan meningkatkan risiko dementia, pemboleh ubah ini tidak dianggap relevan kepada kajian. Selain itu, pasukan penyelidik turut menolak faktor sosiodemografi dan kardiometabolik.

Para penyelidik percaya kekurangan tidur akan membawa kepada masalah radang saraf, aterosklerosis dan menyukarkan usaha mengeluarkan amiloid protein dari badan. Kesemua masalah penyakit ini merupakan tanda-tanda awal kepada Alzheimer dan dementia.

  • Pemeriksaan perut untuk risiko Alzheimer

Siapa sangka pengesanan penyakit Alzheimer boleh dibuat dengan memeriksa jutaan bakteria dan mikroorganisma lain yang duduk dalam perut. Ini yang dilakukan Istituto Centro San Giovanni di Dio Fatebenefratelli di Itali bagi mengesan lipopolisakarida, sejenis protein pada membran bakteria perut. Ia boleh mengakibatkan keradangan dan rantaian pendek asid lemak yang dilihat dapat memberi perlindungan kepada saraf.

Untuk melihat keberkesanannya, 89 orang berusia 65 hingga 85 tahun menjalani ujian darah dan imbasan PET. Dan hasilnya amat mengejutkan: plak amiloid ditemui dalam otak peserta yang mengandungi kadar lipolisakarida dan asid lemak jahat dalam saluran darah mereka. Sementara baki peserta mempunyai asid lemak pelindung mempunyai plak amiloid yang sedikit. Penemuan ini membuka jalan kepada kemungkinan manipulasi mikrobiota sebagai cara mencegah penyakit Alzheimer.

  • Pemindahan tulang sumsum boleh sembuhkan HIV/AIDS

Kebiasaannya, pemindahan tulang sumsum dibuat kepada pesakit kanser darah sekiranya rawatan kemoterapi mereka tidak berkesan. Tetapi bagi seorang pesakit di Britain, pemindahan tulang sumsum yang dijalaninya turut mengubati satu lagi penyakit iaitu HIV/AIDS. Pesakit itu menerima tulang sumsum yang mengandungi gen CCR5 yang menghalang HIV dari bergabung dengan sel penerima.

Apa yang lebih menakjubkan ialah 18 bulan selepas dia tidak mengambil ubat anti-retroviral, virus tersebut masih lagi tidak muncul. Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan menegaskan proses pemindahan ini jauh lebih berisiko berbanding mengambil ubat anti-retroviral.

  • Jangkiti nyamuk aedes dengan bakteria Wolbachia
Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Demam denggi yang dicetuskan oleh nyamuk aedes memeningkan kepala pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia kerana tiada bentuk vaksin atau terapi yang dapat menangani penyakit berkenaan. Dan dengan isu pemanasan global, kes demam denggi mula dikesan di beberapa negara di mana kes penyakit berkenaan jarang atau tidak pernah berlaku.

Tetapi satu kajian yang dibuat oleh Program Nyamuk Sedunia di Yogyakarta pada Ogos 2020 mendedahkan satu solusi: jangkiti nyamuk aedes dengan bakteria Wolbachia. Dalam tempoh 27 bulan, nyamuk yang dijangkiti Wolbachia mengakibatkan pengurangan kes demam denggi sebanyak 77%.

Strategi ini bersifat lestari kerana nyamuk yang dijangkiti akan menyebarkan bakteria melalui telur-telur. Penyiasat-penyiasat percaya kaedah ini boleh digunakan untuk membasmi penyakit-penyakit bawaan nyamuk seperti chikugunya, Zika dan demam kuning.

RUJUKAN:

Kluger, J. (2021). The 10 Most Important Health Breakthroughs You Missed During the Pandemic. Time.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.