10 Kaum Pemakan Daging Manusia

7,051

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kani-balisme adalah tebiat memakan individu dari sama kumpulan atau spesis, menjadikan individu itu sebagai sajian untuk disantap. Dalam alam flora dan fauna, kani-balisme ini adalah biasa dari sesetengah spesis haiwan karnivor.

Seperti jerung, sebelum anaknya dilahirkan dari rahim ibu, dia harus memakan adik-beradiknya yang lemah atau lambat tumbesarannya demi membekalkan anakm jerung tenaga dan melahirkan sifat pemangsa dari awal.

Bagaimana dengan manusia? Adakah kani-balisme diamalkan oleh sesetengah kaum dari serata dunia? Kani-balisme dari sudut rasionalmoral dan agama, ia adalah suatu larangan dan tidak harus menjadikan individu dari kaum sendiri sebagai sajian. Bagi undang-undang tertentu mengikut negara, kani-balisme termasuk sebagai jenayah yang melibatkan membu-nuh seseorang dengan niat.

Bagaimana jika kaum kani-bal ini benar-benar wujud? Ya, kaum sebegini memang wujud dan telah lama menetap dan berasimilasi dengan masyarakat dunia, cuma kita tidak perasan saja. Berikut adalah 10 kaum kani-bal atau pemakan manusia:

1. MANUSIA PRA-SEJARAH
Kani-balisme telah lama diamalkan oleh spesis-spesis Homo berupa manusia atau manusia pra-sejarah sejak beratus ribu tahun dulu. Sekitar 900,000 tahun dulu, spesis Homo antecessor yang menetap di tanah Sepanyol adalah spesis Homo pertama mengamalkan kani-balisme.

Mengikut kajian pada bulan Jun 2019, melalui Journal of Human Evolution, selain memburu rusa sebagai sumber makanan, individu sesama mereka juga berpotensi sebagai sumber makanan kerana ia mudah didapati. Sama ada ia bertujuan sebagai ritual atau kelangsungan hidup dari kekurangan sumber, masih dalam kajian.

2. SPESIS HOMO NEANDERTHALENSIS ATAU NEANDERTHAL

Spesis homo yang terdekat dan pernah hidup dengan dengan kita (Homo sapiens) ini juga mengamalkan kani-balisme dalam keadaan tertentu. Ahli arkeologi telah menemui beberapa kawasan penempatan Neanderthal yang kani-bal, termasuklah gua di El Sidron, Sepanyol, gua di Moula-Guercy, Perancis, dan gua di Belgium. Spesis Homo ini juga mereka cipta senjata dan alatan mereka dari tulang-temulang kaumnya sendiri.

3. KAUM BIAMI DI PAPUA NEW GUINEA

Di negara yang berjiran dengan Indonesia, ada beberapa kaum asal yang terasing dari kemodenan yang masih mengamalkan kani-balisme secara diam-diam walaupun amalan tersebut tidak mereka amal lagi. Pada tahun 2011, pengacara televisyen British bernama Piers Gibbon melawat penempatan orang Biami yang pernah suatu ketika dulu mengamalkan kani-balisme.

Semasa menemubual seorang warga tua Biami, masih terdapat lagi amalan kani-balisme sebagai hukuman. Beberapa orang Biami membun-uh dua orang wanita yang menghina suaminya yang tenat, kemudian membakar wanita berdua itu seperti memang-gang tubuh khinzir dan memo-tongnya sehingga cebisan untuk mudah dimakan.

4. KAUM FORE, PAPUA NEW GUINEA

Selain kaum Biami, kaum Fore juga pengamal kani-balisme yang menetap di negara yang sama namun peristiwa yang menjejaskan nama kaum ini adalah perebakan penyakit kegagalan otak bernama ‘kuru’ sehingga menjadi wabak dalam kalangan kaum tersebut.

Perebakan wabak ini terjadi akibat pengamalan kani-balisme mereka yang tidak terkawal. Terdapat juga individu-individu yang terselamat dari ancaman wabak ini kerana mempunyai gen anti-penyakit kuru dan mereka yang pernah terjangkit jangkitan dahulu seperti sawan. Kaum Fore kemudian menghentikan pemakanan kani-bal pada 1950-an, sebagai cara menghentikan wabak kuru.

5. KAUM XIXIME DI MEXICO

Kaum Xixime adalah kaum asal Mexico yang menetap di pergunungan Sierra Madre Occidental dan mereka ini terkenal dengan menghalau koloni Sepanyol yang menetap di tanah air mereka sehingga tercetusnya Pemberontakan Xixime pada 1610.

Pada tahun 2011, ahli arkeologi dari National Geographic melaporkan penemuan tulang-temulang manusia di penempatan Cuevas del Maguey, salah satu penempatan Xixime. Tulang yang bertarikh awal 1400-an menjadi bukti bahawa kaum asal ini pernah mengamalkan kani-balisme. Mereka percaya dengan memakan manusia terutamanya musuh, ia menjadi simbolik kekuasaan mereka terhadap tanah tempat mereka duduk dan penanaman padi.

6. KAUM AZTEC, MEXICO

Kita kenal kaum Aztec sebagai kaum yang terkenal dengan pengorbanan manusia demi kurniaan rezeki dari dewa-dewi mereka. Namun, selain pengorbanan manusia, kaum Aztec juga pengamal kani-balisme. Tubuh badan korban yang telah dipancung akan dipersembahkan kepada para bangsawan untuk dijamah.

Beberapa pakar sejarah Aztec juga berpendapat bahawa pengamalan kani-balisme dalam kalangan orang Aztec juga berlaku apabila tibanya musim kebuluran. Teori baru juga dikemukakan bahawa kani-balisme Aztec adalah cara mereka berhubung kepada dewa-dewi mereka.

7. KAUM WARI’ DI BRAZIL

Kaum Wari’ adalah kaum yang kuat berperang sehingga menjadikan musuh yang tewas di tangan mereka sebagai sumber makanan. Kani-balisme terhadap musuh adalah simbolik kepada kebencian dan kemarahan mendalam kepada musuh. Kaum Wari’ juga memakan individu dalam kalangan mereka namun mangsa kani-bal itu haruslah yang telah meninggal dunia. Memakan individu yang meninggal dunia adalah tanda menghormati individu tersebut.

Amalan ini kemudian dihentikan pada tahun 1960-an. Ahli antropologi bernama Beth A. Conklin dari Vanderbilt University telah menetap bersama warga kaum Wari’ selama lebih setahun, kemudian menerbitkan sejarah kani-balisme kaum Wari’ dalam jurnal American Ethnologist pada 1995.

8. ORANG EROPAH PADA ABAD KE-16 DAN KE-17 MASIHI

Sehingga abad ke-18 Masihi, orang-orang Eropah pada fasa pertengahan hangat mencari bahagian-bahagian mayat untuk tujuan perubatan secara menghadam, mengikut laporan dari Smithsonian. Ahli kimia bernama Paracelsus pada ketika itu percaya bahawa darah mampu menyihatkan tubuh. Dari kenyataan inilah ramai warga Eropah sanggup membeli secawan darah dari penjenayah yang telah dihukum ma-ti.

9. PENEROKA ARTIK PADA ABAD KE-19 MASIHI

Terdapat kisah yang tragis antara peneroka Artik yang terpaksa menjadi kani-bal demi kelangsungan hidup. Peristiwa yang popular adalah ekspedisi Franklin yang meneroka untuk mencari laluan laut menembusi Artik Kanada. Dua buah kapal jelajah yang terdiri dari para peneroka iaitu HMS Erebus dan HMS Terror berlayar sejauh seribu batu untuk tiba di pelabuhan terdekat namun gagal melaksanakannya kerana ais glasier memerangkap kapal mereka.

150 tahun kemudian, para pengkaji Artik menemui kapal dan mayat-mayat peneroka yang terbiar. Mereka menemui tulang-temulang yang telah dikerat, menunjukkan para peneroka yang terperangkap ini sempat menjadi kani-bal sebelum menghembuskan nafas terakhir.

10. AHLI-AHLI KULTUS AGHORI DI INDIA

Para pentaksub agama Hindu membina sebuah kumpulan kecil yang ekstrim bernama Aghori, tinggal di Varanasi, India dan menyembah dewa mereka iaitu Shiva. Aktiviti kumpulan Aghori bertentangan dengan ajaran Hindu dengan percaya bahawa tidak ada perbezaan antara penganut yang suci dan tercemar. Mereka mengamalkan bermeditasi di atas mayat korban, menjadikan tengkorak manusia sebagai mangkuk darah, dan mengamalkan korban manusia seperti apa Aztec lakukan.

Inilah sepuluh senarai kumpulan atau kaum yang mengamalkan kani-balisme. Di sini kita mengetahui bahawa kani-balisme ada dua jenis iaitu kani-bal untuk kelangsungan hidup dan ritual kani-bal. Kani-balisme tidak menunjukkan bahawa si pengamal adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan walaupun kita melihat sebegitu rupa.

Namun budaya-budaya kani-bal yang sekian lama generasi dahulu amalkan dan keterpaksaan untuk hidup dalam suasana menyeksakan memaksa manusia keluar dari sifat keperimanusiaan dan menjadi kani-bal kepada sesama sendiri.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.