10 Fakta Tentang Bulan Yang Anda Kena Tahu

623

Dari dulu lagi, Bulan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Cuma Bulan pada hari ini sudah tidak lagi disembah seperti dulu.

Ramai orang bergantung pada Bulan untuk mengenalpasti upacara tertentu, seperti umat Islam dan Yahudi sebagai contohnya. Sementara itu, penggiat-penggiat sains pula sibuk merungkaikan kebenaran tentang Bulan.

Jadi artikel kali ini menceritakan 10 fakta yang mungkin kalian belum tahu. Rasanya tidak perlu bercerita tentang tanggapan orang bahawa Bulan dibuat daripada keju hijau.

  1. 12 Orang Pernah Menjejaki Bulan.

Kalau pendaratan Bulan itu benar, kenapa sekali saja NASA pergi? Soalan ini kerap ditanya dan dijawab. Sebenarnya NASA menghantar enam misi ke Bulan yang membawa 12 orang antara tahun 1969 hingga 1972.

Apollo 12
Apollo 14

Kemajuan teknologi telah memudahkan perjalanan pergi balik Bulan, tetapi kekangan biologi masih ada. Manusia tidak mampu terlalu lama di luar angkasa – jadi lebih baik hantar robot sahaja.

Tetapi antara tahun 2023 hingga 2025, NASA, Roscosmos dan SpaceX akan membuat pendaratan membawa manusia. Artemis 3 dijangka mendaratkan wanita pertama di Bulan.

  1. Hampir 400 Kilogram Batu Bulan Dibawa Ke Bumi

Angkasawan dalam enam misi Apollo membawa hampir 400 kilogram batu Bulan ke Bumi untuk kajian dan penyelidikan.

Batu Bulan berdebu (bukan kuih abuk-abuk)

Batu ini banyak membantu saintis faham tentang hubungan Bumi dan Bulan. Dan ketika batu ini dibawa, ramai begitu takut untuk mengkaji sampai saintis meletakkan lipas dan tikus pada batu ini untuk memastikan keselamatan (Bartels, 2019).

Menguji keselamatan dengan haiwan.
  1. Bulan dan Matahari Mempunyai Saiz Sama.

Matahari mempunyai diameter 1.393 juta kilometer. Bulan pula berdiameter 3,472 kilometer.

Kalau dibahagikan kedua-dua angka ini, Matahari disahkan 401 kali ganda lebih besar daripada Bulan… tetapi saiz kedua-dua objek ini sama dari Bumi kerana Matahari terletak 385 kali ganda lebih jauh dari Bumi.

Maka secara kasar, Matahari dan Bulan mempunyai saiz yang sama di langit. Inilah sebab kenapa orang sangka Bumi mengelilingi Matahari.

  1. Bulan Bukan Bulat

Sama seperti Bumi, Bulan pun bukan sebuah objek yang sfera. Bentuk Bulan sebenarnya bermiripkan telur (ellipsoid).

Lebih tajam di kutub.
  1. Berat Kita Di Bulan Lain

Punca graviti yang lemah membolehkan angkasawan lompat tinggi. Kerana berat badan mereka sudah bukan lagi seperti di Bumi.

Sesiapa yang mempunyai berat 100 kilogram, berat mereka di Bulan hanyalah 16.5 kilogram.

  1. Bulan Sebenarnya Besar

Jarak memainkan peranan di sebalik pemerhatian manusia. Bulan sebenarnya sangat besar.

Kalau dikira dari segi diameter, Bulan mempunyai keluasan sebanyak 37.9 juta kilometer persegi. Sudah hampir-hampir dengan saiz Asia.

  1. Punca Kejadian Bulan

Beribu tahun saintis mengkaji tentang Bulan. Hari ini Bulan dan Bumi disahkan mempunyai usia yang sama. Bulan terbentuk oleh kerana hentaman angkasa yang sangat d4hsy4t satu masa dahulu (dianggarkan 4.6 bilion tahun dulu).

Hentaman ini menyebabkan kepulan awan yang sebenarnya batu-batu kecil. Secara berperingkat, batu-batu ini mula mengelilingi Bumi. Setelah sekian lama, Bulan pun terjadi.

  1. Demi Bumi

Tidak cukup dengan hentaman silam, Bulan masih lagi dibuli dengan hentaman semasa.

Kalau tengok kawah-kawah yang melubangkan Bulan, semua boleh tahu yang Bulan kerap dibadai. Terdapati 6,000 kawah sekurang-kurangnya di permukaan Bulan.

  1. Gempa Bulan

Semasa misi Apollo, para angkasawan menggunakan seismometer untuk mengesan gempa bulan beberapa kilometer di dalam. Gempa ini berlaku kerana tarikan graviti Bumi.

  1. Air

Di sebalik timbunan debu dan batu, Bulan mempunyai air dalam bentuk ais.

Ais di kutub Bulan

Terdapat beberapa tempat bersuhu begitu sejuk yang menyebabkan pembentukan ais, dipercayai datang daripada komet yang membadai jutaan tahun dahulu. Bertabahlah, rakyat Selangor.

RUJUKAN:

Bartels, M. (2019, Julai 26). NASA Fed Apollo 11 Moon Rocks to Cockroaches (And Then Things Got Even Weirder). Space.

 

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.