1. Nama saintifik red panda adalah Ailurus Fulgens yang membawa maksud “kucing bersinar” atau “kucing berwarna api”. Nama ini dicipta oleh Frederic Cuvier, seorang pakar zoologi Perancis.

2. Haiwan yang berada pada logo Moxilla Firefox sebenarnya adalah red panda dan bukan musang atau serigala. Ini kerana Moxilla merupakan salah satu organisasi yang menyokong pemeliharaan dan pemuliharaan red panda.

3. Ada juga saintis yang merujuk red panda sebagai fosil hidup kerana ia tidak mempunyai ‘keluarga’ taxonomi (spesies) terdekat. Fosil yang terakhir pernah ada perkaitan dengan spesies red panda hidup pada sekitar 3 atau 4 juta tahun yang lalu.

4. Kisah pemberian nama ‘red panda’ ini bermula pada 1829 dimana pengkaji barat yang menjelajah kawasan Himalaya telah menemui haiwan ini dan menggelarkannya “panda”. Perkataan panda datang dari perkataan “ponya” (Nepal) yang bermaksud ‘pemakan buluh’. Antara ciri-ciri yang spesifik bagi haiwan ini adalah buluh sebagai diet utama.

Apabila ekspedisi kedua dijalankan pada 1869 dikawasan yang sama, para pengkaji yang sama juga menemui sejenis beruang besar berwarna hitam putih yang sedang memakan buluh. Oleh kerana itu, ia diberi nama “giant panda” kerana saiznya yang lebih besar.

Untuk mengelakkan kecelaruan antara “panda” dan “giant panda”, maka terhasillah istilah “red panda” berdasarkan ciri-ciri fizikal haiwan ini.

5. Haiwan ini menjadikan kawasan hutan beriklim sejuk sebagai habitatnya contohnya di pergunungan Himalaya, dataran gunung utara Myanmar, dan sebahagian kawasan di Nepal, India dan China.

6. Bilangan red panda kini telah berkurangan sehingga kira-kira 10,000 ekor (dewasa) sahaja akibat dari penebangan hutan, pemburuan haram dan proses reproduktif yang lambat. IUCN telah meletakkan spesies ini dalam kategori terancam sejak tahun 2008.

7. Red panda merupakan pemanjat pokok yang hebat dan kebanyakkan pemburuan dijalankan diatas pokok. Diet utama bagi red panda adalah buluh dan buah-buahan, walaupun kadangkala red panda ditemui sedang memakan burung kecil dan telur burung.

8. Pemangsa bagi red panda adalah harimau bintang salji, martens dan manusia. Jika terancam, red panda hanya akan melarikan diri dengan memanjat dedahan pokok. Jika ia tidak mempunyai tempat untuk lari, ia akan berdiri pada kedua kaki belakangnya untuk menampakkan dirinya lebih besar, dan menggunakan kaki hadapan sebagai senjata.

9. Terdapat beberapa dakwaan dan laporan yang mengatakan bahawa Indira Gandhi (bekas Perdana Menteri India yang ke-3) pernah membela seekor red panda.

10. Red panda diraikan pada hari International Red Panda Day setiap Sabtu ketiga bulan September setiap tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mengapa sistem huruf moden perlu disusun bermula dari A hingga Z walhal tiada satu pun syarat yang mewajibkan sedemikian?" Seorang jururawat lelaki yang gemar melihat hidup dari sisi dan perspektif tidak lazim dan janggal. Kadangkala sehingga mencabar kefahaman terhadap diri sendiri.

Leave A Reply