10 Fakta Mengenai Filem Titanic

1,215
  1. Kos untuk menerbitkan lebih mahal dari kos untuk membina kapal Titanic sebenar. Kos untuk membina kapal Titanic ialah sekitar 7 Juta US Dollar manakala kos untuk menerbitkan filem Titanic ialah sekitar 200 Juta US Dollar. Malah, jika kos untuk membina kapal Titanic itu diukur pada tahun yang sama filem Titanic diterbitkan, ianya masih rendah, iaitu sekitar 124 Juta US Dollar.
  2. Babak melukis merupakan salah sebuah babak yang paling diingati oleh penonton Titanic terutama lelaki. Sebenarnya, yang melukis gambar itu bukanlah tangan Jack Dawson, tetapi merupakan tangan James Cameron. Malah, segala lukisan yang terdapat di dalam buku lukisan Jack juga semuanya dilukis oleh James Cameron.
  3. Set dekorasi filem Titanic sama seperti rupa asal bahagian kapal Titanic sebenar. Ini kerana, dua sejarawan Titanic, Don Marschall dan Ken Lynch telah dilantik sebagai konsultan untuk filem ini.
  4. Untuk menampakkan keaslian sebagaimana filem Titanic asal, para pelakon dikehendaki untuk datang ke kelas bagaimana masyarakat pada zaman 1912 bersosial, berjalan, bercakap dan semuanya. Ini tidak kira mahupun pelakon utama ataupun pelakon tambahan yang lalu lalang sahaja.
  5. Di dalam filem Titanic, babak di dalam zaman 1912 berjumlah 2 jam 40 minit. Sama seperti tempoh Titanic karam. Babak pelanggaran juga berjumlah 37 saat semuanya, juga sama seperti tempoh pelanggaran yang asal.
  6. Babak tangga utama dimasuki air dilakukan dalam one take sahaja. Ini kerana, babak itu memusnahkan segala set dekorasi dan peralatan yang ada.
  7. Titanic 1997 merupakan filem pertama yang memaparkan Titanic terbelah dua sebelum tenggelam sepenuhnya. Ini merupakan hasil kajian daripada Dr Robert Ballard pada 1 September 1985 apabila beliau berjaya menemui Titanic buat kali pertama di dasar lautan Atlantik pada kedudukan 12,400 kaki dari paras laut.
  8. Titanic merupakan filem pertama yang mencecah 1 billion US Dollar dari segi kutipan filem dan  berada di takhta filem terlaris di dunia selama 12 tahun sebelum diatasi oleh Avatar yang juga diarahkan oleh James Cameron. Filem ini juga mencatatkan filem luar India terlaris di India pada ketika itu.
  9. Titanic telah tercalon sebanyak 14 anugerah semasa Anugerah Oscar 1998 dan memenangi 11 daripadanya.
  10.  Titanic telah dipertontonkan di pawagam dunia sebanyak tiga kali. Iaitu pada 1997-1998 menerusi tayangan pertamanya. Pada 2012, ia ditayangkan dalam bentuk 3-D sempena ulang tahun ke 100 peristiw4 Titanic dan pada 2017 sempena 20 tahun filem Titanic dilancarkan. Pada 2017 juga, Titanic merupakan salah satu filem yang dipilih untuk diletakkan di bawah penjagaan dan pengawasan Jabatan Pendaftaran Pengarkiban Filem Amerika Syarikat.

Kalau anda berminat membaca artikel mengenai Titanic, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami iaitu TITANIC. Anda boleh buat pembelian di: TITANIC- http://bit.ly/titanic2020

Promosi Buku DTT
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.