10 Fakta Menarik Mengenai Haiwan

812

Dunia kita dipenuhi dengan haiwan serta keunikannya yang tersendiri. Haiwan-haiwan ini memiliki ciri tertentu yang mungkin kelihatan aneh kepada kita, tetapi ianya merupakan suatu keperluan untuk mereka meneruskan hidup.

Ciri tersebut mungkin berfungsi sebagai mekanisme pertahanan untuk membantu haiwan tersebut menghindarkan diri dari haiwan pemangsa ataupun untuk membantu mereka mencari makanan. Berikut adalah sepuluh fakta mengenai haiwan yang mungkin boleh mengejutkan anda.

10. Katak mempunyai gegendang telinga di bahagian luar kepala mereka. Katak tidak mempuyai bahagian luar telinga seperti manusia, namun mereka mempunyai bahagian dalam dan tengah telinga serta luaran gegendang telinga yang dikenali sebagai ‘tympanum’.

9. Memerang laut sentiasa terapung di permukaan air menggunakan bahagian badan belakang mereka semasa makan. Mamalia laut ini memakan haiwan seperti siput, kerang, kepah dan kima dengan cara sedemikian. Bulu mereka yang teramat lebat itu melindungi mereka daripada kesejukan air semasa mereka sedang makan.

8. Beruang kutub sememangnya kelihatan berwarna putih, namun mereka mempunyai kulit yang berwarna hitam. Tidak seperti beruang lain, bulu mereka lutsinar dan memantulkan cahaya tampak. Hal ini membolehkan beruang kutub yang hidup di dalam kawasan artik tundra untuk bercampur dengan persekitaran bersalji itu.

7. Ular sentiasa membuka mata mereka walaupun semasa tidur. Ular tidak menutup mata kerana tidak mempunyai kelopak mata. Mereka mempunyai ‘brille’ (sisik pada mata) yang menutup mereka dan turut tertanggal semasa mereka bersalin kulit.

6. Cengkerik mempunyai telinga di bahagian hadapan kakinya. Telinganya yang terletak di bawah lutut merupakan antara telinga yang paling kecil dalam dunia haiwan. Selain cengkering, telinga belalang juga berada di bahagian kaki mereka.

5. Tenggiling mampu mendengar dan menghidu anai-anai dan semut. Mereka menggunakan lidah yang panjang untuk mencapai kawasan busut anai-anai dan semut yang dalam. Haiwan tersebut mampu memakan ribuan serangga dalam masa satu malam.

4. Ular tedung mampu membunuh dengan satu gigitan seawal sejurus mereka dilahirkan. Bisa anak ular tedung sama seperti tedung dewasa. Gigitan mereka berbahaya kerana mampu menyuntik bisa dalam jumlah yang banyak hanya dalam satu gigitan. Bisa tersebut mengandungi neurotoksin yang memberi kesan kepada pusat saraf lalu mengakibatkan lumpuh, kegagalan sistem pernafasan dan kematian.

3. Burung jenjang mempunyai lutut yang mampu membengkok ke belakang. Sebenarnya, apa yang kelihatan seperti lutut itu adalah buku lali dan tumitnya. Kaki haiwan ini terletak hampir dengan badannya dan tersorok di bawah bulunya.

2. Udang pistol memerangkap mangsanya dengan memberi kejutan berupa bunyi bising yang dihasilkan oleh kukunya. Bunyi terseut sangat kuat sehingga ia mampu mengejutkan dan malah membunuh mangsanya. Bunyi yang terhasil itu mampu mencapai 210 desibel di mana ia lebih kuat berbanding bunyi tembakan pistol.

1. Sebahagian spesis Lelabah Bunga Australia memakan ibunya apabila sumber makanan menjadi terhad. Ibunya sanggup mengorbankan diri dengan menggalakkan anaknya yang masih kecil untuk menyerang,menghancurkan isi dalam dan malah memakan dirinya. Kanibalisme seperti ini juga boleh dilihat pada spesis lelabah yang lain.

RUJUKAN:

Regina Bailey. (24 Mei 2019). Fascinating Animal Facts. ThoughtCo.
https://www.thoughtco.com/fascinating-animal-facts-373895

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.