Jika ditanya kumpulan rock Barat mana yang menjadi pilihan, penulis hanya akan memetik nama The Rolling Stones dan AC/DC. Tidak kira anda peminat kumpulan rock Barat mana, anda pasti akan bersetuju dengan senarai 10 kumpulan rock Barat sepanjang zaman pilihan penulis.

Iron Maiden

Nak kenal Iron Maiden, mudah saja. Hanya perlu cari maskot mereka iaitu Eddie sama ada pada kulit album, kulit single lagu atau penampilan di konsert mereka. Yang pasti, Iron Maiden berjaya mengubah diri mereka dari sebahagian daripada gelombang baru muzik heavy metal British (NWOBHM) kepada hero genre metal moden.

Iron Maiden ditubuhkan 25 Disember 1975 oleh pemain bass dan dan penulis lagu utama mereka, Steve Harris. Nama kumpulan tersebut diinspirasikan daripada filem The Man in the Iron Mask yang diadaptasi daripada novel Alexandre Dumas itu. Apabila beliau melihat kisah tersebut, ia mengingatkannya kepada sebuah alat s3ks44n Zaman Pertengahan yang dikenali sebagai iron maiden.

Kejayaan mereka dicapai menerusi resepi tradisional kejayaan akhir 70-an: kerja keras, persembahan secara langsung yang hebat, lagu-lagu menarik dan sedikit faktor X yang memukau peminat. Sejak membuat kemunculan pertama pada tahun 80-an, pelbagai single mereka menarik perhatian peminat seperti Running Free, Sanctuary, Twilight Zone dan Purgatory.

Salah satu sebab single-single ini berjaya kerana sentuhan vokal Bruce Dickinson dan pemain gitar Adrian Smith. Justeru, tidak hairanlah apabila kedua-duanya mengumumkan pengunduran mereka daripada Iron Maiden, kumpulan tersebut mula mengalami kemerosotan. Walaupun membawa masuk Blaze Bayley sebagai pengganti Dickinson pada tahun 1994, peminat merasakan kelibatnya tidak dapat menandingi kualiti suara vokalis lama kumpulan tersebut.

Kegemilangan Iron Maiden kembali seiring dengan kemasukan semula Dickinson dan Smith pada Januari 1999. Sejak itu, kumpulan rock tersebut terus menempa lebih banyak kejayaan menerusi album-album seperti Brave New World (2000), Dance of D34th (2003) dan A Matter of Life and D34th (2006). Dan tidak seperti sesetengah kumpulan lain, mereka masih lagi aktif membuat persembahan terutama di konsert-konsert rock.

Metallica

35 tahun lepas, seorang penulis British bernama Xavier Russell berkata, “Dunia sudah bersedia untuk Metallica. Di sinilah masa hadapan sebenar genre muzik heavy metal.” Sesiapa yang mendengar kenyataan itu pasti menyangka penulis itu bergurau. Yalah, mustahillah kumpulan yang mempelopori irama thrash metal ketika itu dianggap masa depan genre tersebut.

Pada mulanya berpangkalan di San Francisco, kumpulan tersebut kemudiannya berpindah ke Los Angeles kerana dilihat lebih sesuai dengan imej mereka. Disebabkan penampilan mereka itu, kumpulan diberi gelaran ‘Alcoholica’ dan album pertama mereka diberi nama unik: Metal Up Your Ass. Di sebalik semua ini, mereka membawa mesej dan perubahan yang bersifat revolusi.

Memandangkan mereka merupakan pelopor thrash metal, genre paling radikal dan berpengaruh dalam dunia underground muzik metal, ia mengubah fabrik muzik metal untuk tahun-tahun mendatang. Keinginan mereka untuk meluaskan lagi rangkaian peminat membawa kepada pertukaran genre heavy metal menerusi album Metallica (1991). Perubahan ini menjadikan mereka sebagai gergasi kumpulan rock yang disegani.

Tetapi seperti kumpulan-kumpulan rock lain, Metallica tidak dapat lari daripada kontroversi. Sebelum dikenali ramai, tidak ramai tahu pemain gitar asal mereka Dave Mustaine disingkirkan berikutan isu alkohol dan dadah dan digantikan oleh Kirk Hammett. Mustaine yang kemudiannya menubuhkan Megadeth menuduh pemain gitar baru itu mencuri peranannya sebagai pemain gitar utama kumpulan.

Pada September 1986, pemain gitar Cliff Burton kembali ke negeri cacing selepas terlibat dalam satu kem4l4ngan membabitkan bas jelajah mereka di Sweden. Tahun 2001 pula menyaksikan kumpulan itu menjadi cemuhan ramai kerana menyaman Napster atas tuduhan melanggar hak cipta lagu mereka. Ini dilihat bertentangan dengan nilai mereka yang menolak nilai-nilai korporat.

Tetapi tahun 2002 dianggap tahun paling mencabar untuk Metallica apabila vokalis/gitaris James Hetfield bertelagah dengan pemain dram Lars Ulrich. Pertelagahan ini tercetus apabila Hetfield memilih tidak menyambung rakaman album St Anger kerana mendaftarkan diri ke pusat pemulihan. Pertelagahan dua ahli utama kumpulan bagaimanapun berjaya diredakan oleh Phil Towle yang bertindak sebagai perantara.

Episod rakaman St Anger dan pertelagahan Hetfield-Ulrich ini direkodkan dalam satu dokumentari yang bertajuk Some Kind of M0nster. Walaupun St Anger dilabel sebagai lemah, album-album Metallica seterusnya lebih hebat seperti D34th Magnetic dan Hardwired… To Self Destruct. Menerusi Hardwired… To Self Destruct, ia dianggap sebagai antara album rock terbaik dalam tempoh sedekad.

The Rolling Stones

“Please allow me to introduce myself
I’m a man of wealth and taste
I’ve been around for a long, long year
Stole many a man’s soul to waste”

Bagi peminat Call of Duty terutama Black Ops, sudah pasti mengetahui tajuk rangkap lagu ini dan di mana ia dimainkan. Lagu Sympathy for the Devil, Gimme Shelter, Paint It Black dan Tumbling Dice merupakan antara lagu-lagu popular kumpulan The Rolling Stones pada pertengahan tahun 60-an hingga tahun 70-an. Kumpulan ini juga bertanggungjawab menghasilkan album-album malar hijau seperti Beggars Banquet, Let It Bleed, Sticky Fingers, Exile On Main St dan Some Girls.

Tetapi imej legenda kumpulan yang dianggotai ahli popular seperti Sir Mick Jagger, Ronnie Wood dan Keith Richards terhasil bukan sekadar oleh muzik tetapi gaya hidup mereka. Siapa tidak kenal perihal Mick Jagger sebagai buaya darat antarabangsa dengan beberapa wanita dikatakan pernah menjadi kekasihnya seperti Carla Bruni, Margaret Trudeau dan Puteri Margaret.

Selain perihal Jagger sebagai buaya darat, ahli-ahli kumpulan lain juga tidak lari daripada kontroversi. Pemain bass Bill Wyman dikecam kerana mengejar cinta gadis bawah umur berusia 13 tahun Mandy Smith. Sementara Wood pula tidak terlepas dari kontroversi kerana bercinta dengan model Rusia, Katia Ivanova.

Kontroversi lain yang menyelubungi Rolling Stones ialah pemergian gitaris asal mereka, Brian Jones ke negeri cacing pada Julai 1969 selepas ditemui tidak bernyawa dalam kolam renang kediamannya di Sussex. Walaupun ada menganggap kes kem4t1annya sebagai kemalangan, ia terus mencetuskan perdebatan sehingga hari ini.

Begitu juga dengan kes pembvnvhan Meredith Smith, 18, oleh kumpulan Hell’s Angels di Altamont Speedway, California. Pembvnvhan gadis berusia 18 tahun itu berlaku semasa kumpulan itu mengadakan konsert percuma di litar lumba berkenaan. Di sebalik semua kontroversi, ia tidak menghalang ramai pihak mengiktiraf mereka sebagai kumpulan rock ‘n’roll terhebat sepanjang zaman.

Black Sabbath

Tidak ramai tahu, sebelum Black Sabbath dikenali menerusi nama ini, kumpulan yang dianggotai oleh gitaris Tony Iommi, vokalis Ozzy Osbourne, pemain bass Geezer Butler and pemain dram Bill Ward sebenarnya bermula dengan nama Polka Tulk sebelum ditukar kepada Earth. Malah, menurut Iommi lagi, mereka sebenarnya bermula sebagai kumpulan blues-rock.

Tetapi semua itu berubah pada tahun 1969 apabila mereka menggubah sebuah lagu bernama Black Sabbath. Lagu yang diinspirasikan daripada sebuah filem seram lakonan Boris Karloff itu memasukkan unsur tiga ton yang dikenali sebagai selangan syaitan. Tambah dengan lirik ‘Satan’s coming round the bend’ (Syaitan datang dari selekoh), itu sudah cukup untuk menyakinkan mereka menukar nama kepada Black Sabbath.

Dengan 19 album dihasilkan, enam album pertama Black Sabbath penuh dengan pelbagai lagu hit klasik. Menurut penerbit muzik terkenal Rick Rubin, melodi lagu mereka yang menarik digabungkan dengan vokal Osbourne menjadikan lagu-lagu yang dihasilkan memberi impak besar kepada para pendengarnya.

Tetapi ada yang berpandangan album terbaik dihasilkan kumpulan ini ialah album yang menampilkan pengganti Osbourne, Ronnie James Dio selepas beliau dibuang dari kumpulan pada tahun 1979. Yang pasti, setiap album mereka dibentuk oleh Iommi yang bijak mengetengahkan melodi heavy metal yang tepat kepada para pendengar.

Legasi kumpulan ini ialah pengaruh muzik mereka terhadap kumpulan-kumpulan rock lain, ada yang menempa nama sebagai legenda. Antara kumpulan yang menjadikan Black Sabbath mempengaruhi genre lagu mereka ialah Guns N’ Roses, Pantera dan Metallica.

The Beatles

Sebut saja Beatles, ramai tidak menafikan legasi sumbangan mereka dari segi kebudayaan. Pada awal kemunculan mereka, kumpulan yang dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr menggabungkan elemen muzik klasik dan pop tradisional dengan lagu mereka secara kreatif. Dari situ, mereka mula meneroka pelbagai genre muzik lain seperti ballad, hard rock dan muzik India.

Antara single popular mereka yang memberi impak sehingga ke hari ini ialah Hey Jude, Boys, Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band, Yesterday dan And I Love Her. Walaupun ada yang kurang gemar dengan pengaruh mereka sebagai pelopor gerakan sub-budaya, tiada siapa menafikan keupayaan mereka bersama Bob Dylan mengubah setiap aspek kesenian mereka.

Ini kerana kedua-dua artis itu berinovasi dengan seni yang dibawa mereka termasuk melodi dan lirik sesebuah lagu, mengambil berat perkembangan semasa dari segi spiritual, fizikal dan politik serta memaksa mereka berevolusi agar terus relevan dengan perkembangan dunia ketika itu. Misalnya, lagu Taxman mengkritik rejim cukai Britain yang diperkenalkan oleh kerajaan Parti Buruh yang dipimpin Harold Wilson.

AC/DC

Selalunya bagi kumpulan rock legenda, ia sama ada dari Amerika Syarikat atau Britain. Tetapi ada satu kumpulan rock legenda dari Australia yang menempa nama sebagai artis rock hebat dalam kalangan peminat: AC/DC.

Tidak seperti kumpulan rock lain yang cuba beradaptasi dengan perubahan semasa, AC/DC kekal dengan imej dan genre lagu yang dibawa mereka dari dahulu sampai sekarang. Antara single yang mengangkat nama mereka ialah Back in Black, Gvns for Hire, D4nger and Heatseeker. Kumpulan ini dimasukkan sebagai ahli Dewan Kemahsyuran Rock ‘N’ Roll pada tahun 2003.

Teras utama kumpulan ialah Young bersaudara (Malcolm dan Angus Young) dan membantu kumpulan kekal bersama pada masa senang dan susah. Selepas kehilangan vokalis Bon Scott akibat ker4cvnan alkohol pada tahun 1980, Brian Johnson dibawa masuk sebagai pengganti dan membantu AC/DC mara lebih jauh dalam dunia rock.

Malcolm kemudiannya terpaksa mengundur diri akibat dementia sebelum kembali ke balik papan pada tahun 2017. Pemain dram Phil Rudd yang lama bersama mereka terpaksa berundur atas sebab isu perundangan. Manakala Johnson pula terpaksa mengundur diri selepas dinasihati doktor bagi mengelak beliau mengalami masalah pekak kekal. Akibatnya, persembahan AC/DC pada tahun 2016 diisi oleh vokalis Axl Rose secara sementara.

Ini disusuli oleh pengunduran seorang lagi anggota kumpulan bernama Cliff Williams pada tahun sama. Ini menyebabkan AC/DC berehat selama empat tahun sebelum kembali membuat kemunculan semula pada tahun 2020. Tahun ini menyaksikan Rudd, Williams dan Johnson kembali bersama kumpulan berkenaan yang dianggotai oleh Angus dan anak Malcolm, Stevie. Single terbaru mereka iaitu Sh0t in the Dark dilancarkan pada Oktober 2020.

Pink Floyd

Pengikut kumpulan Pink Floyd meletakkan kumpulan rock tersebut kepada empat fasa. Fasa pertama ialah kumpulan diterajui oleh Syd Barrett pada tahun 1965 dan hanya bertahan untuk satu album dan tiga single. Selepas itu, kumpulan itu hilang sebentar selepas Barrett dihalau keluar dari Pink Floyd pada tahun 1967.

Fasa kedua menyaksikan David Gilmour menyertai mereka pada tahun 1967 dengan Roger Waters bertindak sebagai ketua kumpulan. Semasa fasa ini, kumpulan terus menikmati populariti yang tinggi menerusi single seperti Dark Side of the Moon, Wish You Were Here dan Pigs on the Wing. Bagaimanapun, akibat konflik berkenaan royalti, Waters memilih mengundur diri pada tahun 1985.

Fasa ketiga pula menyaksikan Gilmour meneruskan kecemerlangan kumpulan pasca-Waters menerusi A Momentary Lapse of Reason (1987) dan Division Bell (1994). Selepas itu, Pink Floyd berehat lama sebelum bersatu semula untuk konsert amal Live 8 pada tahun 2005 tanpa kelibat Barrett. Gilmour kemudiannya melepaskan baki rakaman Division Bell dalam bentuk album The Endless River yang dianggap sebagai penutup kepada babak Pink Floyd.

Pink Floyd menjadi inspirasi kepada artis atau kumpulan rock seperti Axl Rose, Trent Reznor, Billy Corgan dan Noel Gallagher.

Rush

Semasa membuat penampilan pertama mereka pada tahun 1974 bersama pemain dram baru Neil Peart, ramai menyangka Rush cuba meniru Led Zeppelin dan melihat kumpulan ini tidak akan bertahan lama. Tetapi selepas 40 tahun, siapa sangka mereka menempa nama sebagai kumpulan rock legenda yang disegani.

Resepi kejayaan kumpulan ini berkisar kepada kemahiran muzik setiap ahli kumpulan, komposisi lagu yang sofistikated dan motif lirik yang diinspirasikan daripada genre sains fiksyen, falsafah dan fantasi. Misalnya, lagu Xanadu berdasarkan sajak Samuel Taylor Coleridge bertajuk Kubla Khan yang berkisar seorang lelaki mencari rahsia keabadian dengan pergi ke suatu tempat bernama Xanadu.

Dalam tempoh 40 tahun, Rush menghasilkan 40 album membabitkan album studio, album konsert secara langsung dan album kompilasi lagu-lagu mereka. Album-album ini turut bertindak sebagai refleksi eksperimen genre lagu mereka dari hard rock kepada rock progresif.

Kumpulan tersebut kemudiannya dibubarkan seperti didedahkan Geddy Lee dalam satu temubual bersama Rolling Stones pada tahun 2018. Satu sebab yang mendorong Rush tidak lagi aktif ialah isu kesihatan dan faktor umur membabitkan ahlinya: Lee, Peart dan Alex Lifeson. Selepas bergelut dengan glioblastoma selama tiga setengah tahun, Peart meninggal dunia pada Januari 2020.

Queen

Buddy, you’re a boy, make a big noise
Playing in the street, gonna be a big man someday
You got mud on your face, you big disgrace
Kicking your can all over the place, singin’
We will, we will rock you
We will, we will rock you

Lagu ini sentiasa bikin sesiapa saja meremang bulu roma kerana merangsang semangat sesiapa saja yang mendengarnya. Lagu We Will Rock You merupakan antara koleksi lagu Queen yang tidak pernah menghampakan para peminatnya lebih-lebih lagi dengan vokal mantap mendiang Freddie Mercury.

Dalam tempoh 22 tahun dari 1970 hingga 1992 (tahun pemergian Mercury ke negeri cacing), Queen sentiasa berani bereksperimen menggabungkan genre lagu rock mereka dengan genre-genre lain seperti vaudeville, opera dan jazz. Kebijaksanaan mereka berbuat demikian sentiasa membuahkan hasil dengan Bohemian Rhapsody antara mahakarya ulung mereka.

Led Zeppelin

Tidak syak lagi, Led Zeppelin merupakan kumpulan rock terbaik sepanjang zaman. Kumpulan yang dianggotai oleh vokalis Robert Plant, gitaris Jimmy Page dan Jeff Beck, pemain bass/keyboard John Paul Jones dan pemain dram John Bonham pada mulanya disangka tidak akan bertahan lama. Malah, nama Led Zeppelin itu sendiri sebenarnya diambil dari komen Keith Moon yang menyatakan kumpulan ini macam belon plumbum (lead balloon).

Revolusi rock yang dibawa mereka tercetus menerusi Zeppelin I dan Zeppelin II yang dilancarkan pada tahun 1969 menyaksikan ramai peminat berebut mendapatkan album mereka. Misalnya untuk Zeppelin II, syarikat label mereka Athletic menerima pesanan awal sebanyak 400,000 keping, 10 kali ganda lebih banyak berbanding Zeppelin I.

Impak yang dibawa mereka amat mengejutkan. Bilangan penonton yang menghadiri persembahan mereka memecahkan rekod kehadiran, album-album sentiasa berada di kedudukan teratas carta dan persembahan mereka tidak pernah mengecewakan sesiapa yang hadir. Pendek kata, Led Zeppelin berada di kemuncak.

Tetapi semua itu berubah dengan pemergian Bonham ke negeri cacing pada September 1980. Semua ahli memutuskan untuk membubarkan kumpulan kerana merasakan mereka tidak lagi boleh mara dengan kedudukan sekarang. Mereka pernah bergabung semula sebanyak empat kali untuk konsert-konsert amal dan melibatkan diri dalam projek solo masing-masing.

Namun begitu, ia masih tidak boleh melawan impak yang dibawa mereka secara berkumpulan sebagai Led Zeppelin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.