10 Baka-Baka Kucing Termahal Dunia

3,213

Kucing merupakan antara haiwan yang paling banyak dipelihara oleh manusia di zaman ini. Baik daripada kucing kampung, sehinggalah kucing-kucing unik dan jarang-jarang dijumpai, sememangnya pemeliharaan kucing ini mengikut kajian akan menyebabkan impak yang positif terhadap tuannya dari segi mental. Perasaan suka terhadap kucing in dinamakan sebagai ailurophile, dan banyak kajian sedang dilaksanakan mengenai kelebihan-kelebihan seseorang yang memelihara kucing.

Berikut adalah beberapa baka kucing yang termahal di dunia. Sememangnya, harga yang disenaraikan di dalam gambar-gambar ini sedikit mahal berbanding dengan harga yang sebenar. Hal ini adalah kerana saya menggunakan rujukan di laman internet, dan harga yang disenaraikan itu mengikut kepada harga global (purata) dalam matawang US Dolar, dan telah saya tukarkan kepada ringgit Malaysia.

Beberapa kucing yang diperkatakan agak mahal seperti Allerca Hypoallergenic Cat tidak saya masukkan memandangkan kucing tersebut mahal disebabkan perubahan pada genetiknya yang mana para saintis berjaya membuang DNA yang menyebabkan mana-mana manusia yang mempunyai alahan pada kucing boleh memeliharanya. Juga, saya ingin ingatkan di sini, senarainya boleh berubah-ubah dalam masa ke semasa, dan adakalanya, senarai harga ini tidak begitu tepat memandangkan perubahan zaman dan masa boleh mengubah harga sesuatu baka kucing ini.

Jadi, inilah dia senarai 10 baka kucing yang termahal di dunia.

Suka saya galakkan di sini bahawa untuk mana-mana pihak yang ingin mencuba untuk membela kucing-kucing ini, mereka boleh didapati di rumah kucing yang mengambil kucing-kucing jalanan ini demi menyelamatkan mereka daripada penyakit dan juga kekejaman manusia lain. Saya menggalakkan semua pihak supaya mengutamakan kucing-kucing jalanan ini kerana mereka sangat memerlukan bantuan untuk penjagaan dan makanan mereka.

Kemudian, jika anda ada rezeki lebih, bolehlah mencuba untuk memelihara kucing-kucing baka istimewa ini. Saya sendiri pun teringin sangat untuk membela kucing Bengal. Well, manalah tahu ada sahabat di sini yang tidak mahu menjaga mereka dan ingin saya adopt, bolehlah kongsikan pada saya 😛

TAMAT

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.