10 Bahasa Tertua Yang Masih Kekal Hingga Kini

2,028

Bahasa sentiasa menjadi jaringan kepada kemanusiaan. Bahasa juga menjadi batu asas masyarakat dan pembukan kepada hidup ketamadunan. Tanpa bahasa, masyarakat tidak akan berkembang pesat sehingga abad ini, yang mana inilah bukti kemajuan manusia.

Bahasa juga seperti cecair, mampu berevolusi kepada variasi dibentuk oleh masa dan pengaruh. Sehingga kini, banyak bahasa hilang dan bangkit semula, membentuk bahasa baru dan berbeza bentuk. Namun mana satukah bahasa tertua yang masih diamalkan sehingga kini?

Bukan mudah untuk menjawab persoalan itu, namun pada akhirnya jawapannya tertera dalam ramalan. Mengapa? Kerana bagi justifikasikan usia bahasa tersebut, tulisan tertua sajalah menjadi rujukan. Dalam semua kebarangkalian, tulisan bahasa tertua telah digunakan lama sebelum sesuatu kaum menulis, dan berapa lama bahasa tersebut diamalkan mereka tidak tahu.

Walau bagaimanapun, kami akan membentangkan 10 bahasa tertua dunia yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat kini di selutuh dunia.

DILEMA PENTARIKHAN BAHASA

Seperti apa yang kami nyatakan, pentarikhan (dating) bahasa yang ditutur adalah tugas yang hamper mustahil untuk laksanakan. Bahasa yang ditutur, asal-usulnya diikuti dengan bahasa yang ditulis dalam manuskrip yang biasanya berusia berpuluh ribu tahun, jadi agak sukar untuk nyatakan bilakah bahasa tersebut wujud di masa lampau.

Namun, dengan usaha para ahli akademik bahasa, kita mampu pelajari lebih lanjut tentang perkembangan bahasa kuno dan pengaruhnya kepada generasi kemudian.

Melalui sejarah penaklukan, perang, dan migrasi besar-besaran, bahasa mudah dipengaruhi sama ada menjadi pupus atau lahir bahasa dan budaya baru. Bahasa-bahasa Eropah adalah contoh terbaik dalam evolusi bahasa. Sebelum migrasi orang Indo-European, bahasa dan budaya Eropah Kuno berkembang pesat, melahirkan bahasa Paleo-European, yang ada bahasanya masih diamalkan hingga kini.

Namun, bahasa kuno ini tidak menandingi sebaran budaya dan bahasa baru Indo-European. Ia tersebar menyebarangi benua dan berkembang menjadi dialek yang pelbagai disebabkan pengasingan geografi (geographical isolation), kemudian mempengaruhi kehidupan orang asal Eropah.

Di Asia, situasinya juga sama dengan Eropah. Eurasia adalah contoh terbaik bagaimana bahasa yang berbeza ini mampu berkembang seiring dengan masa.

Kaum-kaum Paleo yang tinggal di Eurasia, terasing dari tamadun Barat, mampu mengembangkan dan variasikan bahasa mereka tanpa pengaruh tamadun lain.

Sesetengah kaum mampu pergi jauh mengembangkan budaya dan bahasa dengan penaklukan, seperti kaum Mongol, Turkic, China, dan Rusia-Slavic.

Walaupun begitu, kaum Siberia di Rusia masih mengekalkan bahasa purba terasing mereka iaitu, bahasa Paleo-Siberian yang diamalkan sehingga kini. Sejauh mana tuanya bahasa ini, para akademik masih berteka-teki.

BAHASA TERASING

Ada sesetengah bahasa dikategorikan sebagai bahasa terasing (isolate languages). Bahasa ini terasing oleh kekangan geografi atau hubungan ‘genetik’ dengan bahasa lain. Di Eropah, bahasa Basque adalah bahasa tinggalan dari budaya Eropah Kuno.

Berkemungkinan juga bahasa ini adalah jenis Indo-European yang terasing, bermaksud bahasa asing yang awalnya hadir ke Eropah tetapi tidak mempengaruhi bahasa-bahasa lain. Bahasa Albania adalah contoh bahasa Indo-European terasing.

Di Asia, bahasa Ainu adalah bahasa terasing dari Jepun, tidak dipengaruhi oleh mana-mana bahasa lain. Bahasa terasing seterusnya adalah bahasa Vedda dari Sri Lanka. Secara teknikal, kedua-dua bahasa ini adalah antara bahasa tertua dunia, tapi sekali lagi pentarikhan sebenar bahasa-bahasa ini masih misteri.

BAHASA TIADA TULISAN TIDAK BERMAKSUD IA BAHASA BARU

Kita sebenarnya mampu menentukan tempoh bahasa tersebut berkembang dari asal. Tiada satu bahasa pun mampu berkembang dengan pantas. Kaum-kaum terdahulu selalu bermigrasi pada waktu aman mereka. Bahasa-bahasa yang berbeza bertembung sepanjang masa, kaum-kaum yang besar kemudian menjadi sebuah kaum baru yang kekal. Bahasa asal hilang dan bahasa baru lahir dengan pinjaman kata dan pembinaan tatabahasa baru.

Jarak dan pengasingan geografi antara kaum yang mangamalkan bahasa sendiri memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa. Contohnya adalah kaum Slav. Dalam sejarah awal, kau mini bertutur dalam sebuah bahasa. Apabila populasi kaum ini meningkat dan kebudayaan tersebar, kau mini mula berjauhan.

Setelah beberapa abad tidak berhubung sesame sendiri, bahasa mereka beradaptasi dengan bahasa jiran lain, membentuk bahasa baru dengan tatabahasa yang unik. Walaupun begitu, kaum Slav kini masih boleh berhubung dengan kaum mereka sendiri, tidak kira tinggal di negara lain. Seperti mana lancarnya bahasa kuno, begitu juga identiti masyarakat bersatu melalui bahasa.

Kini, penggunaan bahasa kuno semakin terpencil. Bahasa Lingua Franca masih berleluasa, namun bahasa kuno semakin pupus dengan berkurangnya pengamal bahasa tersebut. Namun, kami tetap bentangkan 10 senarai bahasa tertua yang masih ditutur!

BAHASA BASQUE, SEPANYOL

Permandangan San Sebastian, Basque Country, Sepanyol.

Dikenali sebagai Euskara oleh para pengamal, bahasa ini adalah satu-satunya bahasa unik dari Eropah. Para pengkaji bersepakat bahawa bahasa Basque adalah satu-satunya bahasa Eropah Kuno terakhir, mandiri selama berabad lamanya sebelum penyebaran bahasa Indo-European.

Bahasa ini ditutur di Basque Country, sebuah komuniti autonomi yang terdiri dari 1,185,000 orang penutur. Basque Country adalah rumah bagi kaum Basque yang terletak di Sepanyol – gabungan negeri Alava, Biscay, dan Gipuzkoa. Bahasa dan budaya Basque inilah tinggalan Eropah Kuno yang telah lama mandiri sehingga kini

Bahasa Basque mempunyai hubungan dengan bahasa lain yang dimiliki oleh keluarga Rom. Bahasa ini juga berhubung dengan kaum di pergunungan Kaukasus, mungkin ditutur oleh kaum Chechen dan Georgia. Walau bagaimanapun, bahasa Basque tetap bahasa purba Eropah yang bertahan dari pengaruh bahasa asing.

BAHASA KARTVELIAN, PERGUNUNGAN KAUKASUS

Berasal dari Kawasan Pergunungan Kaukasus Selatan, bahasa Kartvelian adalah antara bahasa paling tertua yang kekal ditutur oleh bangsanya. Bahasa ini berpecah kepada cabang bahasa Georgia, Svan, Zan, Mingrelian, dan Laz. Bahasa ini satu-satunya bahasa dari pergunungan yang terasing dan bertahan selama berabad-abad.

Kaum yang tinggal di kawasan pengasingan geografi ini, membenarkan mereka melakukan pembangunan social yang unik tanpa gangguan dari bangsa asing. Bahasa Georgia mempunyai tulisan terawal sekitar tahun 430.

Promosi Buku DTT

Namun bahasa pertuturannya lebih tua dari tulisan. Bahasa Kartvelian mempunyai 5.2 juta penutur di seluruh dunia. Bahasa asalnya adalah Proto-Kartvelian, kemudian meminjam bahasa Proto-Indo-European untuk pembinaan semula bahasa Kartvelian. Ini menunjukkan bahasa ini mempunyai hubungan dengan kaum nomad Indo-European.

BAHASA TAMIL. SELATAN INDIA

Inskripsi Tamil Kuno di dinding kuil Thanjavur Brihadeeshwarar, India.

Bahasa Tamil adalah sebahagian dari bahasa Dravidian yang ditutur oleh orang Tamil, tinggal di bahagian selatan benua India. Ia salah satu bahasa klasik yang tertua dan bertahan sehingga kini. Di Tamil, Nadu, bahasa ini adalah bahasa rasmi mereka, ditambah dengan dialek-dialek yang biasa diamalkan oleh masyarakatnya sendiri.

Bahasa ini tiada hubungan ‘genetik’ dengan bahasa Hindi yang biasa diamalkan oleh kaum Hindi di utara India. Bahasa Tamil ditutur oleh 75 juta penutur di seluruh dunia. Tulisan terawal direka pada 300 SM, menjadikan bahasa ini berusia lebih 2000 tahun lalu.

BAHASA PALEO-SIBERIA, RUSIA

Satu lagi bahasa tertua yang masih diamalkan sehingga kini adalah bahasa yang lahir dari kawasan utara yang terasing bernama Siberia dan Timur Jauh Rusia. Bahasa yang diamalkan di kawasan luas ini menunjukkan bahasa ini amat terasing dari pengaruh luar, menunjukkan terdapat keunikan di Siberia.

Bahasa Paleo-Siberia berpecah kepada bahasa Ket, Chukotko-Kamchatkan, Nivkh, dan Yukaghir. Bahasa-bahasa ini adalah dialek kaum Siberia yang menghuni di Kawasan berbeza. Bahasa ini adalah yang tertua mendahului bahasa Rusia, Tungusic, dan Turkic.

Yang menariknya bahasa ini tidak mempunyai system tulisan. Walaupun begitu, bahasa ini kekal sebagai bahasa purba yang masih ditutur oleh bangsanya dan berkembang selama berabad-abad dalam kawasan geografi yang liar dan sejuk seperti Siberia ini.

BAHASA AINU, JEPUN

Satu lagi bahasa tanpa system tulisan yang mempunyai keunikan tersendiri adalah bahasa Ainu. Bahasa ini ditutur oleh kaum Ainu yang tinggal di uatara Jepun, tua dari kaum Jepun moden. Bahasa ini adalah bahasa terasing, tiada hubungan langsung dengan budaya Jepun moden. Ia hamper sama dengan sejarah bahasa Paleo-Siberia.

Kaum Ainu dan bahasanya amat berbeza dari segi genetic dan budaya bila dibandingkan dengan budaya kaum Jepun moden. Ini menunjukkan dunia kuno wujud lama dari pembangunan negara moden. Walaupun bahasa ini tiada system tulisan, usia bahasa ini tidak boleh dipertikaikan.

BAHASA ARAB, TIMUR TENGAH

Tulisan Arab Kuno dalam kertas papyrus.

Bahasa Arab termasuk dalam kumpulan bahasa Semitik, antara bahasa tertua yang masih kekal diamalkan. Walaupun bahasa ini berpecah kepada beberapa sub-kumpulan dan dialek, ia bernaung dalam bentuk Arab Klasik – bahasa lingua franca di dunia Arab. Inskripsi pertama ditulis dalam bahasa ini berada tahun 125.

Bahasa Arab adalah contoh bahasa yang mengikut sejarah ia mampu menguasai masyarakat luar dunia Arab kemudian mempengaruhi rakyat untuk bertutur sebagai cara mempertahankan kualitinya selama berabad-abad. Dengan penyebaran ini, ia mampu mempengaruhi bahasa lain di seluruh dunia seiring mengekalkan keaslian bahasa.

BAHASA ARAMAIC, MESOPOTAMIA


Tulisan Aramaic Kuno dalam manuskrip Syriac Sertâ bertarikh abad ke-11 Masihi di Bukit Sinai, Mesir.

Bahasa tertua ini adalah sebahagian dari bahasa Afro-Asiatik yang ditutur oleh kaum Semitik Barat Laut. Sejarah penulisannya bermula pada 3,100 tahun lalu, menjadikan bahasa ini mendapat tempat teratas dalam senarai kami.

Pada awalnya bahasa ini ditutur oleh kaum Aramean, kemudian tersebar ke Kawasan Levant (Palestin, Lubnan, Semenanjung Sinai), Syria, dan Mesopotamia. Bahasa ini juga mampu membentuk beberapa kerajaan yang wujud sekitar 1000 SM.

Bahasa Aramaik menjadi bahasa diraja dan berprestig dan Inskripsi Diraja yang ditulis menggunakan bahasa Aramaik ditulis pada abad ke-10 SM. Fakta ini menguatkan reality sebenab bahawa bahasa tertua ini masih digunakan dalam bentuk penulisan dan pertuturan. Sehingga kini, bahasa ini ditutur oleh sebilangan bangsa Iran, Iraq, Turki, dan Syria.

BAHASA CINA, CHINA

Kita semua telah sedia maklum bahawa China adalah tamadun paling maju di Timur Jauh, terasing dari tamadun Barat. Bahasa Cina juga dikategorikan bahasa tertua dan mempunyai system sebutan dan tulisan terunik di dunia. Ia bersifat kompleks dari segi sebutan dan tulisan dan system tulisannya terdiri dari 100,000 simbol yang berbeza! Inilah satu-satunya bahasa yang mempunyai symbol tulisan sebanyak ini. Sistem tulisan dicipta pada 1250 SM, menjadikan China sebagai pelopor antara tulisan tertua dunia.

Tulisan Cina dalam papan tanda.

BAHASA PARSI, TIMUR TENGAH

Juga disebut sebagai Farsi, ia bahasa yang ditutur secara meluas, bahasa Indo-European tertua yang dimiliki oleh kaum Indo-Iranian. Seramai 70 juta orang menutur bahasa ini di seluruh dunia. Pada abad ke-6 SM, system tulisannya telah wujud. Bahasa ini pernah menjadi bahasa rasmi Empayar Achaemenid yang memerintah dari 550 hingga 330 SM. Empayar Sasanian juga menjadikan bahasa Parsi sebagai bahasa rasmi empayar. Penulisan tertua selepas penciptaan system tulisan Parsi ditulis semasa pemerintahan Darius I, menggunakan gaya tulisan cuneiform.

Bahasa Parsi Kuno yang ditulis dalam bentuk cuneiform di kubur Darius I.

BAHASA IRISH GAELIC, IRELAND

Bahasa tertua terakhir yang masih diamalkan sehingga kini adalah bahasa Irish Gaelic, cabang dari keluarga bahasa Goidelic, sebahagian bahasa Indo-European yang dimiliki oleh kaum Celt. Tulisan bahasa ini dicipta pada abad ke-4 Masihi, ditulis dalam skrip Ogham.

Selepas Ireland mengalami penjajahan teruk oleh penjajah English selama berabad-abad, bahasa ini masih dipertahankan dari ditenggelamkan oleh budaya penjajah, menjadikan komuniti kaum Irish masih wujud sehingga kini kerana pertahankan budaya dan bahasa asal mereka.

Contoh tulisan Irish Gaelic dalam manuskrip Book of Ballymote.

Diterjemah dan dioleh dari artikel Ancient Origin – 10 of the World’s Oldest Languages Still Used Today: https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/oldest-language-0013298

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.