Moving Forward As One

10 Ahli Sihir Terkuat Dalam Dunia Ahli Sihir Harry Potter

2,761

Wizarding World merupakan suatu semesta seperti MCU (Marvel Cinematic Universe) dan DCEU (DC Extended Universe), cuma dengan elemen tersendiri iaitu sihir dan ahli sihir. Semesta yang dicipta oleh penulis tersohor, J.K Rowling setakat ini hanya mempunyai 2 siri popular, siri Harry Potter yang dibawa oleh karakter Harry Potter sendiri, dan Fantastic Beast yang karakter utamanya bernama Newt Scammander. Dalam semesta ini, seharusnya terdapat ahli sihir yang terkuat, sukar ditandingi dan penuh dengan ilmu tersendiri.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

10. Mad-Eye Moody

Malangnya, filem Harry Potter gagal menyerlahkan kebolehan Mad-Eye Moody secara keseluruhan memandangkan Moody dalam filem Harry Potter and Goblet Of Fire merupakan penyamar Death Eater, Bartemius Crouch Jr. Lebih malang lagi, Moody m.ati dalam pepe.ra.ngan di langit ketika peristiwa 7 Potter oleh Lord Voldemort memandangkan ahli sihir itu menyangka Harry Potter bersama dengannya. Kehebatannya dibuktikan apabila semua digembar-gemburkan separuh daripada penghuni Azkaban merupakan hasil kerja Auror Mad-Eye Moodny.

9. Bartemius Crouch Snr.

Seorang lagi ahli sihir yang muncul dalam Harry Potter and Goblet of Fire, beliau merupakan orang tinggi Kementerian Sihir dalam Jabatan Kerjasama Sihir Antarabangsa. Beliau dib.un.uh oleh anaknya sendiri, Barty Crouch Jnr. Dia sangat berketokohan kerana dia berjaya meluluskan penggunaan Sihir Tidak Terampun oleh para Auror untuk menangkap Death Eater, dan tidak disangkal lagi, dia antara ahlis sihir yang hebat.

8. Severus Snape

Plot-twist terbesar dalam dunia sihir berjaya kerana beliau, siapa sedar dia mengambil berat atas Harry Potter atas kenangan lalunya bersama ibu Budak-Lelaki-Terselamat itu. Walaupun begitu, dendamnya terhadap James Potter menjadikannya terlalu kontroversi. Snape merupakan orang suruhan dan kepercayaan Albus Dumbledore, dan pada usia mudanya, dia berjaya mencipta posyen terbaik dan memahiri ilmu sihir seperti Sectumsempra dan Levicorpus.

7. Credence Barebone

Beliau merupakan watak sisipan-utama dalam siri Fantastic Beast kerana beliau dicari oleh seluruh ahli sihir pada zamannya, Grindelwald dan Dumbledore. Beliau dikenali sebagai No-Maj pada asalnya, sebelum dia memendam sihir yang ada padanya sehingga munculnya Obscurus dan menjadikannya seorang Obscurial. Andaikata dia melepaskan kuasanya itu pada tahap maksimum, akan berlaku malapetaka besar. Dan pada akhir filem Fantastic Beast and Crimes of Grindelwald, dapatlah kita mengetahui bahawa beliau merupakan keluarga Dumbledore, dengan nama sebenarnya Aurelius Dumbledore.

6. Godric Gryffindor

Dalam Harry Potter and Chamber of Secret, Profesor Binns (dalam filem, Profesor McGonagall) telah menjalaskan empat orang pengasas Hogwart, dengan masing-masing dari mereka merupakan ahli sihir terhebat pada zamannya. Godric Gryffindor merupakan pengasas rumah Gryfindor dan mewakili kekuatan, keberanian dan belas kasihan. Dia mencipta Topi Pengisih dan pedang terhebat sepanjang zaman, Pedang Gryffindor.

5. Salazar Slytherin

Salazar Slytherin dipercayai lebih kuat dalam alam sihir memandangkan dia lebih berani mencuba dan mengaplikasikan sihir hitam. Dia mempunyai banyak kelebihan yang tidak biasa ada pada ahli sihir biasa lain pada zamannya. Antara kelebihan yang dimiliknya termasuklah fasih berbahasa Parseltongue dan mampu menyorokkan Chamber of Secret, memerangkap seekor Basilisk dan menyembunyikan bukti kejahatannya dari 3 pengasas lainnya.

4. Merlin

Merlin dipercayai ahli sihir paling kuat di alam sihir namun beberapa kekurangannya membuatkan dia lebih rendah kedudukannya. Dia merupakan ahli rumah Slytherin dan memahami seni sihir lebih dari ahli sihir yang lain. Dia mempunyai impak besar pada dunia Muggle memandangkan beliau pernah membantu King Arthur dan Knights of Round Table. Beliau mencipta nama dengan menamakan anugerah Order of Merlin dengan namanya sendiri membuktikan kehebatannya.

3. Gellert Grindelwald

Penjenayah terbesar alam sihir, meliputi negara-negara Eropah khususnya. Beliau digelar ‘Penjahat Selepas Voldemort’ dan mempunyai suatu matlamat yang sama dengan Voldemort, ‘Hanya Pure-Blood yang layak memiliki sihir’, namun lebih ke arah politik. Beliau mengumpul pengikut yang ramai, pernah memegag Elder Wand, tongkat sihir terkuat sepanjang zaman. Mencipta kehuru-haraan di Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dan standing dengan Dumbledore. Dia berkedudukan di bawah Voldemort, kerana dia lebh mudah dikalahkan berbanding Voldemort. Grindelwald dikalahkan oleh Dumbledore namun di.bun.uh oleh Voldemort kerana keenganannya memberitahu lokasi tongkat Elder Wand.

2. Lord Voldemort

Berjaya mencipta sejarah sebagai Ahli Sihir Gelap Terkuat Sepanjang Zaman, Tom Marvolo Riddle mempunyai kuasa sihir yang tidak terbatas, dan memahiri semua sihir pada usia yang sangat muda. Tiada yang lebih kuat darinya kecuali seseorang, dan kemahirannya sangat menakjubkan. Dia sebenarnya abadi pada asalnya, kerana berjaya memecahkan 7 jiwanya ke 7 Horcrux : Loket Slytherin, Diadem Ravenclaw, Cincin Gaunt, Piala Hufflepuff, Diari Tom Riddle, Nagini dan Harry Potter (secara tidak sengaja). Dia memang sukar hendak dikalahkan keucali dengan usaha sama ahli sihir untuk meneumkan Horcrux nya.

1. Albus Dumbledore

Sekiranya setiap satu daripada ahli sihir yang di atas ini bertarung dengannya, mereka akan menemui kekalahan. Beliaulah yang terkuat sepanjang zaman, tercerdik sepanjang zaman dan termahir sepanjang zaman. Albus Percival Brian Wulfric Dumbledore merupakan pengetua Hogwart. Sejujurnya, beliau mempunyai banyak rahsia gelap, kem.ati.an Ariana Dumbledore, hubungannya dengan Grindelwald dan rahsia sebenar Harry Potter, mungkin dianggap jahat dan licik. Dia m.a.ti dib.un.uh oleh Severus Snape, dalam menjayakan rancangan supaya Draco Mafoy tidak dibu.n.uh oleh Dumbledore.

Sebenarnya, Harry Potter sendiri berada di tangga ke-14 diikuti Newt Scammander di tangga ke-15. Mungkin tidak tersangka oleh kedua watak utama dalam kedua siri penting Wizarding World, namun keduanya mempunyai identiti dan kemahiran tersendiri.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 

Ruangan komen telah ditutup.