Kenapa 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Pekerja? Sebab ia adalah untuk memperingati Peristiwa Haymarket yang berlaku di Chicago, US pada 4 Mei 1886.

Pada abad ke-19 di US, ekonomi kembang dengan pesat akibat Revolusi Industri Kedua 1870-1910. Pekerja (buruh) di kilang bekerja non stop, termasuk wanita & budak kecil.

Waktu tu tak ada konsep pendidikan wajib, anak-anak kecil keluarga miskin pun kena bekerja untuk menambah mata pencarian.

Buruh-buruh tak dapat complain sebab kapitalis (pemilik kilang) besar seperti Rockefeller, Vanderbilt, Carnegie & JP Morgan bukan saja menguasai ekonomi malah menguasai politik.

Kesedaran hak buruh bermula di Eropah di pertengahan abad ke-19. Tokoh-tokoh seperti Karl Marx (bapa komunisme & sosialisme) menyedarkan buruh bahawa mereka adalah pencipta kekayaan yang sebenar, “hasut” buruh untuk bangkit menggulingkan kapitalis.

Marx juga antara yang mempelopori idea waktu kerja yang terhad, dan ideanya mempengaruhi International Workingmen’s Association (IWA) pada tahun 1866 untuk perjuangkan waktu kerja 8 jam.

1/3 hari untuk bekerja, 1/3 hari untuk tidur, 1/3 hari untuk “me time”.

Bila idea tu sampai ke US, buruh pun mula lawan kapitalis, mogok tuntut 8 jam waktu rehat & kenaikan upah.

Kapitalis selalunya akan guna kekerasan, sama ada pakai private guard atau panggil polis untuk suraikan mogok.

Peristiwa Haymarket terjadi apabila buruh kilang McCormick Harvesting Machine berpiket di Medan Haymarket untuk membantah tindakan polis men3mbak mati seorang buruh pada hari sebelum yang tuntut rehat 8 jam. 3000 buruh turun mogok.

Tapi tiba-tiba b0m meletup menyebabkan kekecohan, polis men3mbak ke arah buruh, menyebabkan seorang terbvnuh.’

4 ketua buruh dituduh sebagai dalang kejadian b0m dan dihukum gantung.

Pada tahun 1893, baru kerajaan tempat mengaku bahawa polis menerima rasuah untuk mencipta kekecohan supaya dapat suraikan mogok.

2 tahun selepas Haymarket, American Federation of Labor menetapkan 1 Mei sebagai tarikh peringatan tragedi. Buruh bekerja 8 jam saja sbg tanda protes.

Tahun seterusnya (1889), Second International (gabungan sosialis sedunia) juga menetapkan 1 Mei sebagai International Workers Day.

Sebab itu Hari Buruh ada citra sosialis yang kuat.

Di Malaysia zaman Tunku (1957-1970), Hari Buruh tidak digalakkan sebab kerajaan takut Hari Buruh akan galakkan fahaman komunisme.

Keratan Berita Harian 1960/02/25. “Sudah banyak sangat hari kelepasan”. Amboi.

Hanya bermula tahun 1972, baru Hari Buruh diwartakan sebagai cuti umum sebab Tun Razak (1970-1976) lebih terbuka kepada gerakan buruh.

Keratan Berita Harian 1972/05/21.

Tun Razak terpengaruh dengan fahaman sosialisme mazhab Fabian (sosialisme non-violent) semasa belajar di London. Siap join Labour Party.

Sebab itu Tun Razak sangat peka dengan keadilan ekonomi & hak buruh, dan ada banyak simbolisme sosialis dalam dasarnya – “RED book”, “NEP”.

Hari ini Hari Buruh dah transform jadi “Hari Pekerja”, golongan kolar putih yang selesa duduk ofis pun boleh bercuti sekali.

Di luar negara sosialis & komunis masih mengadakan piket besar-besaran.

Anda (termasuk aku) mungkin bukan seorang leftist atau sosialis, tapi tak dapat dinafikan ideologi kiri telah banyak menyumbang kepada kebajikan & kesejahteraan pekerja.

Orang yang bijak tak akan terikat dengan kiri, kanan, tengah tapi memilih apa yang terbaik.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.