1 Febuari – Tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu

432

Pada hari ini, 1 Februari 1948, telah termetrai satu perjanjian yang ditandatangani bersama oleh sembilan Raja-Raja Melayu, dan dua Negeri Selat (Singapura dipisahkan sebagai British Crown Colony) juga wakil-wakil British ketika itu untuk menggabungkan semua 11 negeri-negeri ini menubuhkan sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini sekaligus menggagalkan perancangan British yang asalnya mahu mewujudkan Malayan Union yang akan terus mencengkam Raja-Raja Melayu untuk kekal taat dan akur kepada telunjuk British. Persekutuan Tanah Melayu ini menggantikan Malayan Union yang telah dibubarkan pada 21 Januari tahun yang sama, kerana bantahan orang-orang Melayu yang dipimpin Dato’ Onn dan kemudiannya disertai bersama Raja-Raja Melayu.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini telah merintis jalan awal kepada kemerdekaan Tanah Melayu, sembilan tahun selepas itu. Ia telah mengembalikan semula kuasa Raja-Raja Melayu tanpa dipengaruhi kembali oleh Residen dan penasihat Inggeris di negeri masing-masing. Malah ia memperkenalkan juga konsep sebuah kerajaan persekutuan yang padanya wujud Sistem Raja Berpelembagaan.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini juga merupakan sebuah proses dekolonisasi British yang kembali selepas P3rang Dunia Kedua dengan BMA. Perjanjian ini juga seterusnya memastikan semua negeri-negeri yang bersekutu ini memberikan pula kerjasama rentas sempadan antara negeri dan menumpukan pula usaha persekutuan untuk membanteras kegiatan subversif dan k0munis. Malah, ketika perjanjian ini ditandatangani, kegiatan k0munis begitu aktif dan memuncak kerana Tanah Melayu ketika itu sedang berada di ambang Darurat yang pertama (1948-1960).

Kebersamaan dan persepakatan sebuah Persekutuan Tanah Melayu ini digambarkan pada bendera dan jata Persekutuan Tanah Melayu di bawah yang kemudiannya dikibarkan buat pertama kali pada 26 Mei 1950.

Promosi Buku DTT

Selamat Hari Persekutuan Tanah Melayu.

“تانه ملايو، برسكوتو برتمبه موتو”

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.