Dalam sejarah penciptaan kalendar Masihi, iaitu kalendar yang digunakan oleh majoriti umat Kristian seluruh dunia pada masa sekarang, sebenarnya telah melalui beberapa fasa perubahan iaitu ianya bermula dari kalendar sistem Rom, kalendar sistem Julian dan akhirnya kalendar sistem Gregorian. Perubahan yang berlaku ini disusun mengikut hitungan para ahli pada zaman itu sehingga akhirnya ada beberapa di antara hitungan itu menemui kegagalan dan secara tidak langsungnya menyebabkan manusia menghadapi kekacauan dalam mengira hari. Berikut adalah serba sedikit maklumat yang disediakan untuk pembaca.

• KALENDAR ROM.

1. Pada asalnya, kalendar Rom kuno mempunyai hanya 10 bulan sahaja setiap tahun dan pengiraan awal tahun bermula pada 1 haribulan Maius (Mac) dengan mengandungi sebanyak 304 hari sahaja dan tidak dihitung 61 hari (2 bulan) yang berlaku pada pertengahan musim sejuk. Dicatatkan kalendar Rom kuno diambil dari kalendar Greek. Romulus, pemerintah pertama empayar Rom yang memperkenalkan kalendar ini pada umum pada tahun 700 SM.

10 bulan dalam calendar Rom beserta nama adalah:

Bulan pertama: Martius, diambil daripada nama Dewa Perang, Mars (31 hari).

Bulan kedua: Aprilis, diambil dari perayaan Aperni, sebutan untuk cuaca yang nyaman di dalam musim bunga (30 hari).

Bulan ketiga: Maius, diambil daripada nama Dewa Maia ( 31 hari).

Bulan keempat: Junius, diambil daripada nama Dewi Langit, Juno (30 hari).

Nama bulan kelima sehingga bulan kesepuluh diambil daripada nama angka dalam Rom.

Bulan kelima: Quintilis (31 hari).

Bulan keenam: Sextilis (30 hari).

Bulan ketujuh: September (30 hari).

Bulan kelapan: October (31 hari).

Bulan kesembilan: November (30 hari).

Bulan kesepuluh: December (30 hari).

2. Pada tahun pemerintahan Numa Pompilius, kaisar kedua empayar Rom, baginda menambahkan bulan Januari dan Februari serta menambahkan 50 hari. Jadinya, jumlah hari dalam hitungan 12 bulan pada masa itu adalah 354 atau 355 hari.

a. Bulan Januaris (30 hari).

Nama Januarius yang diambil daripada nama dewa yang mempunyai dua wajah yang memandang ke hadapan dan ke belakang: memandang masa lalu dan masa hadapan.

b. Bulan Februarius (29 hari).

Nama ini diambil daripada nama upacara Februa atau Februus yang disambut oleh masyarakat sebelum ketibaan musim bunga. Dirayakan pada tanggal 15 haribulan Februarius.

Penambahan dua bulan ini menyebabkan makna dari bulan kelima sehingga ke bulan kesepuluh tidak mempunyai makna yang selari.

• KALENDAR JULIAN.

1. Kaisar Julius yang baru pulang dari Mesir menambahkan bilangan kalendar Rom kepada bilangan 356 hari pada tahun 46 SM.

Penambahan ini dibuat setelah Kaisar Julius disarankan oleh seorang ahli astronomi Mesir, Sosigenes pada tahun 47 SM, yang menyatakan tempoh lengkap bumi beredar mengelilingi matahari sebanyak 365 hari 6 jam.

Kaisar Julian menukarkan kalendar Rom kepada kalendar baharu yang disusun olehnya, iaitu:

a. Pada masa ini, hitungan tempoh lengkap bumi beredar mengelilingi bumi adalah 365 hari dan 6 jam dan bumi kelebihan tempoh menyamai selama 6 jam setiap tahun. Makanya Kaisar Julius menetapkan setiap empat tahun sekali diadakan penampungan selama satu hari ( 6 jam x 4 tahun hasil jumlahnya adalah 24 jam ). Penampungan ini dimasukkan ke dalam bulan kedua, Februarius. Bulan Februarius yang sebelum ini berjumlah 29 hari pada tahun biasa menjadi angka 30 hari pada tahun lompat.

b. Bulan kelima, iaitu Quintilis ditukar kepada nama Julio (Julai) untuk menghargai sumbangannya dalam penyusunan semula kalendar pada tahun 44 SM.

Kalendar yang disusun semula oleh Kaisar Julius ini dinamakan sebagai Kalendar Julian digunakan secara rasmi dalam pemerintahan empayar Rom dan gereja.

2. Kaisar Augustus, pemerintah empayar Rom yang seterusnya mengubah nama bulan Sextilis (bulan kelapan) menjadi bulan Augustus (Ogos) bertujuan untuk mengabdikan namanya. Baginda juga menambahkan satu hari dalam bulan Augustus yang sebelumnya berjumlah 30 hari menjadi 31 hari. 1 hari ini diambil dari bulan Februarus dan menyebabkan bulan ini pada asalnya berjumlah 29 hari menjadi 28 hari sahaja.

Jadinya kesemua susunan bulan dan nama yang diperbaharui:

Bulan pertama: Martius (31 hari).
Bulan kedua: Aprilis (30 hari).
Bulan ketiga: Maius (31 hari).
Bulan keempat: Junius (30 hari).
Bulan kelima: Julio (31 hari).
Bulan keenam: Augustus (31 hari).
Bulan ketujuh: September (30 hari).
Bulan kelapan: October (31 hari).
Bulan kesembilan: November (30 hari).
Bulan kesepuluh: December (30 hari).
Bulan kesebelas: Januarius (30 hari).
Bulan kedua belas: Februarius. (28 hari).

• KALENDAR GREGORIAN.

Tetapi hitungan kalendar yang disusun oleh Kaisar Julius ini akhirnya menemui kegagalan juga di penghujungnya kerana mereka salah menghitung ukuran tepat bumi beredar mengelilingi matahari. Keadaan ini menyebabkan setiap 1000 tahun, kalendar Julian terlebih tempoh 7 sehingga ke 8 hari dan secara tidak langsung menyebabkan Pope Gregious XII mengambil langkah darurat membuang 10 hari dalam bulan Oktober pada tahun 1582 M.

1. Musim bunga dijangka tiba seperti yang telah ditetapkan di dalam kalendar Julian menemui kegagalan. Tarikh yang sepatutnya berlaku musim bunga telah terhitung ke hadapan sebanyak 3 bulan.

Setelah diselidiki dan dikaji semula, ternyata kalendar Julian yang mengikut peredaran matahari selama 365 hari 6 jam adalah salah. Sebenarnya bumi beredar mengelilingi matahari adalah 365 hari 5 jam 56 minit. Kelebihan 4 minit yang berlaku sejak pelancaran penggunaan kalendar Julian telah menyebabkan angka 4 minit ini dihitung setiap tahun sehingga terkumpulnya jumlah tempoh 7 sehingga ke 8 hari ataupun lebih.

Maka dengan kesalahan terbesar yang berlaku ini, Pope Gregious XII mengumumkan suatu pengumuman yang bakal mengubah sejarah hitungan hari dan perubahan sistem kalendar, iaitu:

a. Pada bulan Oktober, dikurangkan jumlah 10 hari. Hari ini 4 Oktober 1582 M, dan esoknya terus dilompatkan ke 14 Oktober 1582 M.

b. Bulan Januari ditetapkan sebagai bulan pertama dalam penggunaan kalendar baharu, kalendar Gregorian.

Dengan ini, kalendar Georgorian yang dinaiktaraf dari kalendar sistem Julian ini diterima pakai di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply